Tuesday, December 20, 2011

Guru Sandaran Dapat Pembelaan

Menyedari kepentingan untuk meletakkan sistem pendidikan negara kepada satu tahap yang tinggi sesuai dengan tuntutan semasa, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran mengambil banyak pendekatan termasuk melakukan transformasi bukan sahaja untuk menjaga kepentingan golongan pendidik tetapi juga ingin memastikan para pelajar memperoleh pendidikan sempurna, terjamin dan berkesan.



Justeru tindakan Kementerian Pelajaran menyerapkan Guru Sandaran Tidak terlatih (GSTT) adalah satu langkah bijak untuk mengatasi masalah kekurangan golongan pendidik dan dalam masa yang sama memberi peluang kepada golongan itu untuk mempertingkatkan kemahiran masing-masing sesuai dengan pengalaman yang mereka miliki.

[Selanjutnya]

Wednesday, November 23, 2011

Kadar Tol Di Malaysia Masih Yang Terendah

Kenaikan kadar tol di semua lebuh raya di negara ini merupakan satu isu yang sensitif dan tidak kurang juga dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan mereka. Maka tidak hairan jika isu kenaikan kadar tol sentiasa menarik minat orang ramai lebih-lebih lagi jika kenaikan kadar tol tersebut dianggap tidak munasabah dan membebankan pengguna.

Selama ini kita kerap membangkitkan isu kadar kenaikan tol dan mengeluarkan pelbagai dakwaan kononnya syarikat pengendali lebuh raya di negara ini hanya mengutamakan keuntungan tanpa memperdulikan beban yang ditanggung rakyat sedangkan ramai yang tidak tahu bahawa sebenarnya kadar tol di negara ini masih rendah jika dibandingkan dengan beberapa buah negara Asia kerana ia hanya membabitkan peningkatan sebanyak lima peratus untuk tempoh tiga tahun.

Dalam mementukan kadar kenaikan tol, sebenarnya banyak faktor diambil kira dan ia berbeza-beza mengikut negara di mana pelbagai kaedah diguna pakai termasuk mengambil kira kadar inflasi di negara masing-masing.


[Selanjutnya]

Tuesday, November 15, 2011

Kampung WiFi : Bawa Manfaat Pada Penduduk Luar Bandar


Bagi memastikan rakyat negara ini mendapat pendedahan menyeluruh kepada teknologi maklumat khususnya aksess keada internet, kerajaan melalui kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) berusaha untuk mewujudkan dan memperluaskan kampung WiFi ke seluruh negara.

Usaha tersebut juga selari dengan matlamat kerajaan untuk merapatkan jurang capaian internet antara penduduk bandar dan kawasan luar bandar sekali gus memberikan peluang sama rata kepada akses internet kepada seluruh rakyat.

[Selanjutnya]

Monday, October 31, 2011

NELAYAN PERLU GUNA BANTUAN SEBAIK MUNGKIN



Bagi memastikan kehidupan nelayan di negara ini terus terbela terutama kumpulan nelayan pantai atau tradisional, kerajaan mengambil pendekatan untuk terus menyalurkan bantuan elaun sara hidup sebanyak RM200 sebulan kepada lebih 55,000 nelayan di seluruh negara mulai tahun depan.

Bantuan membabitkan peruntukan melebihi RM230 juta itu terkandung dalam Bajet 2012 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini sepatutnya tamat penghujung tahun ini.


[Selanjutnya]

Tuesday, October 11, 2011

Bajet 2012 diterima baik

Walaupun pembangkang menggambarkan pembentangan Bajet 2012 sebagai gula-gula pilihan raya, mencedok apa yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga, tidak menyeluruh dan sebagainya, bajet kali ini mempunyai signifikan besar kepada usaha kerajaan meneruskan agenda pelan transformasi kerajaan.

Melihat kepada perkara-perkara yang diberikan penekanan dalam bajet kali ini, ia juga merupakan inisiatif kerajaan untuk meredakan beban inflasi rakyat. Ini kerana banyak perkara yang mendesak bersangkutan keperluan rakyat perlu diberikan keutamaan terlebih dahulu bagi memastikan semua agenda transformasi kerajaan berjalan seperti mana dirancang.

Bajet kali ini boleh dikatakan bajet menyeluruh walaupun cuba dinafikan oleh pembangkang melalui pelbagai kenyataan pemimpin-pemimpin mereka yang boleh ditafsirkan sebagai kehilangan modal untuk menidakkan apa yang diberikan kerajaan pada bajet kali ini.



[Selanjutnya]

Monday, September 26, 2011

Bantu Usahawan Desa Pergi Lebih Jauh

Untuk membantu usahawan kecil di kawasan luar bandar, kerajaan mengambil langkah memperuntukkan sebanyak RM50 juta melalui program Usahawan Kecil Dinamik (UK Dinamik) yang akan memberi manfaat kepada lebih 10,000 yang layak.



[Selanjutnya]

Friday, September 9, 2011

RM1.4 bilion untuk bantu golongan memerlukan




Warga emas, orang kurang upaya, ibu tunggal dan balu askar dan polis akan menerima bantuan bulanan bagi membantu mereka sekaligus memastikan golongan tersebut tidak terpinggir dan terbiar dalam masyarakat.
Di bawah bantuan kebajikan masyarakat melalui Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA), sejumlah RM1.4 bilion diperuntukkan oleh kerajaan membabitkan kira-kira 500,000 penerima.

Seperti yang diumumkan oleh Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, peruntukan itu merangkumi bantuan untuk golongan kanak-kanak sebanyak RM290 juta, orang kurang upaya (RM332 juta), warga emas (RM455 juta) dan membiayai program-program kemasyarakatan di peringkat komuniti (RM303 juta).


[Selanjutnya]

Thursday, August 11, 2011

Usaha perangi kenaikan kos kehidupan


Menyedari peningkatan kos hidup yang kian meningkat dan kesannya kepada majoriti rakyat negara ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memutuskan untuk menambah satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang dilihat bukan sahaja penting tetapi juga dianggap sebagai satu keperluan yang mendesak.

Pertambahan NKRA kepada tujuh bidang berbanding enam sebelum ini dibuat berdasarkan kajian dan penilaian terhadap tuntutan serta kehendak rakyat. Perangi Kos Kehidupan Yang Kian Meningkat,akan melengkapkan usaha kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat ekoran kenaikan kos harga barang makanan.

[Selanjutnya]

Thursday, August 4, 2011

Presint 11 dipilih perintis projek Perumahan 1Malaysia



Presint 11 di Putrajaya dipilih sebagai tapak perintis bagi Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) membabitkan pembinaan 560 unit pangsapuri yang akan dijual dengan harga RM120,000 seunit.

Sehingga kini sebanyak 20 lokasi strategik di Lembah Klang termasuk di kawasan seluas 3.04 hektar di Presint 11telah dikenal pasti di bawah fasa pertama PR1MA yang menyaksikan 42,000 unit rumah dibina.

[Selanjutnya]

Saturday, July 23, 2011

Program 6P - Rekod PATI

Kerajaan buat pertama kali nya mengadakan proses pemutihan dan pengampuanan secara besar-besaran untuk pekerja asing tanpa izin (PATI) bagi merekod dan mendaftarkan golongan itu di negara ini, melalui program 6P bermula 11 Julai lalu.

Program 6P adalah singkatan bagi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin. Ia adalah satu pakej program yang menggabungkan beberapa syor yang dikemukakan oleh Makmal Pengurusan Warga Asing (MPWA) sebagai pendekatan terkini oleh Kerajaan untuk memantapkan pengurusan warga asing di Malaysia.

Angka enam (6) pada nama Program 6P itu membawa maksud kepada enam peringkat pelaksanaan yang akan digerakkan sepanjang tempoh program ini, bermula dengan PENDAFTARAN, PEMUTIHAN, PENGAMPUNAN, PEMANTAUAN, PENGUATKUASAAN dan PENGUSIRAN.


[Selanjutnya]

Monday, July 11, 2011

Kedai Rakyat 1Malaysia: Bantu golongan berpendapatan rendah



Dengan menawarkan 250 jenis barangan pada harga paling minimum, rakyat kini mempunyai pilihan untuk mendapatkan barangan keperluan asas melalui penubuhan Kedai Rakyat 1Malaysia – satu lagi sumbangan kerajaan kepada rakyat negara ini untuk membantu golongan berpendapatan rendah selepas penubuhan Klinik 1Malaysia yang kini semakin mendapat sambutan.

Usaha yang dirintis oleh kerajaan itu bukan sahaja untuk memastikan keperluan asas rakyat tidak diabaikan tetapi juga untuk membela golongan rakyat biasa yang dihimpit dengan kenaikan harga barangan keperluan asas disebabkan oleh persekitaran ekonomi global yang tidak menentu ketika ini.


[Selanjutnya]

Tuesday, June 28, 2011

Gaji minimum bantu golongan berpendapatan rendah

Sebelum hujung tahun ini golongan pekerja berpendapatan rendah bakal menerima kenaikan gaji baru selaras dengan usaha kerajaan untuk melaksanakan gaji minimum di mana Rang Undang-Undang Majlis Konsultasi Gaji Negara kini sedang dibentangkan di Dewan Rakyat.

Jika mendapat kelulusan, kerajaan akan menubuhkan Majlis Konsultasi Gaji Negara yang akan berperanan untuk meneliti beberapa perkara sebelum ia dilaksanakan. Antara perkara yang akan diperhalusi sebelum ia dilaksanakan termasuklah melibatkan umur persaraan, elaun sara hidup (COLA) dan isu pekerja asing. Semua itu perlu diperhalusi secara mendalam agar segala keputusan yang dibuat nanti memberikan kebaikan kepada semua pihak.

Untuk memastikan ia berjalan seperti yang dirancang, ketika mengumumkan berita gembira tersebut, Perdana Menteri turut mengingatkan agar pihak pekerja, majikan dan kerajaan di negara ini perlu berkerja sebagai satu pasukan dan berusaha untuk mengelakkan perbalahan terbuka sesame sendiri seperti yang kerap berlaku semasa era 60-an dan 70-an dahulu.


[Selanjutnya]

Tuesday, June 14, 2011

SL1M bantu siswazah menganggur

Siswazah yang gagal mendapatkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian, kini berpeluang untuk menerima latihan dengan syarikat milik kerajaan (GLC) selama setahun. Mereka bukan sahaja berpeluang untuk mencari pengalaman dan mengasah kemahiran tetapi juga layak untuk menerima elaun minimum sebanyak RM1,000 sebulan sepanjang tempoh latihan tersebut.

Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu bukan sahaja bertujuan membantu siswazah yang gagal mendapatkan pekerjaan untuk menimba pengalaman tetapi juga sebagai langkah untuk menyediakan mereka dengan segala bentuk kemahiran bagi memenuhi kehendak pasaran – paling penting untuk membantu siswazah mendapatkan pekerjaan sesuai dengan kelayakan mereka Selain membantu siswazah melalui SL1M, kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi juga sedang melaksanakan langkah jangka panjang bagi meningkatkan kualiti dan kebolehpasaran graduan.

Ini penting kerana graduan yang memenuhi keperluan pasaran merupakan elemen penting dalam menentukan keupayaan negara menarik pelaburan langsung asing dan memacu pertumbuhan domestik yang baru.


[Selanjutnya]

Friday, June 10, 2011

Peluang bagi penghuni PPR miliki kediaman

Selaras dengan usaha kerajaan untuk memastikan setiap rakyat di negara ini memiliki kediaman sendiri terutama bagi golongan yang kurang berkemampuan, satu badan khas akan diwujudkan untuk membantu penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) yang kurang mampu untuk membeli kediaman yang mereka duduki.

Seperti yang diumumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, cadangan penubuhan badan itu akan dibentangkan ke kabinet Ogos ini bagi mendapat kelulusan kerajaan.

Cadangan jangka pendek itu diharap dapat membantu kira-kira 24,000 pemohon yang rata-rata berdepan dengan masalah pinjaman bank disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya warga emas dan mereka yang tiada mempunyai pekerjaan tetap.


[Selanjutnya]

Tuesday, May 10, 2011

Biasiswa untuk semua pelajar cemerlang

Selain pinjaman pendidikan yang boleh dibuat melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pelajar-pelajar cemerlang lulusan Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) kini tidak lagi perlu risau untuk menyambung pengajian ke peringkat tertinggi apabila kerajaan memperkenalkan pelbagai bentuk biasiswa sebagai salah satu bentuk penghargaan kepada kecemerlangan akademik mereka.

Keputusan kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan biasiswa kepada pelajar cemerlang yang memperoleh keputusan 8A+ dan ke atas dalam SPM 2010 tanpa mengira kaum dan dilaksanakan mulai tahun ini, mampu mengurangkan tekanan kepada pelajar untuk mencari sumber biaya pengajian.

Keputusan memperkenalkan biasiswa ini dibuat berikutan jumlah atau bilangan pelajar cemerlang yang meningkat tahun demi tahun dan jumlah mereka yang memohon boasiswa JPA turut meningkat. Bagaimanapun, disebabkan factor purata keputusan peperiksaan yang begitu tinggi, ramai di kalangan pelajar cemerlang ini gagal mendapat biasiswa JPA dan terpaksa memohon pinjaman menerusi PTPTN.


[Selanjutnya]

Tuesday, May 3, 2011

Bantu golongan muda miliki rumah

Walaupun ada pihak yang menganggap usaha kerajaan memperkenalkan skim rumah pertama ku kepada golongan muda berusia 35 tahun ke bawah dengan pendapatan di bawah RM3,000, boleh mengheret golongan itu ke kancah beban hutang dan pelbagai masalah lain, ia sebenarnya perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas dan dipandang daripada sudut yang lebih positif.

Jika bercakap tentang soal beban hutang, sebagai kumpulan pekerja yang menerima gaji bulanan, beban hutang sememangnya tidak dapat dielakkan. Sama ada membeli kediaman atau kereta, kita tidak terlepas daripada membuat pinjaman dan bayaran ansuran secara bulanan kepada instutusi-institusi kewangan.

Jadi soal beban hutang sebenarnya bukan pokok persoalan kerana selagi kita mengamalkan corak perbelanjaan berhemah dan mampu mengatur kewangan dan perbelanjaan dengan bijak, kita tidak akan terperangkap dengan beban hutang.


[Selanjutnya]

Friday, March 18, 2011

Kebajikan penjawat awam dijaga

Di sebalik beberapa keistimewaan yang diperoleh oleh kakitangan sejak kebelakangan ini, Perdana menteri tetap mengingatkan kakitangan awam agar berani menilai dan mengkaji semula amalan-amalan masa kini bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan memandangkan masih ada penambahbaikan yang perlu dilakukan terhadap sistem berkenaan.

Ini termasuk melihat kembali sistem dan prosedur kerja sedia ada, undang-undang dan peraturan yang diguna pakai, peralatan dan kelengkapan yang digunakan serta tahap kemahiran anggota organisasi yang melaksanakan tugas.

[Selanjutnya]

Thursday, March 10, 2011

Dana Belia RM20 juta dilancar

Kepentingan dan peranan golongan belia dalam pembangunan negara selain menjadi pewaris kepada kelangsungan kepimpinan negara di masa depan, banyak usaha sedang dan telah dibuat oleh kerajaan bagi memastikan kumpulan ini tidak tercicir daripada arus pembangunan negara.

Pelancaran Dana Belia dengan peruntukan sebanyak RM20 juta yang dilancarkan oleh Perdana menteri datuk Seri Najib Tun Razak, adalah satu usaha untuk membuka ruang dan peluang kepada mereka untuk mencetuskan kreativiti bagi manfaat negara dan masyarakat.

Selain itu, objektif utama penubuhan dana itu adalah untuk menggalakkan para belia terlibat secara langsung dalam usaha membangunkan negara mengikut kaca mata dan naluri golongan terbabit. Sebagai golongan muda yang terdedah kepada kemajuan dan pembangunan di sekeliling mereka, sudah pastinya mereka memiliki kreativiti tersendiri dan kreativiti tersebut perlu dikembangkan melalui peluang-peluang yang ada di sekeliling mereka.


[Selanjutnya]

Thursday, January 13, 2011

Inisiatif berterusan membantu golongan miskin

Bertepatan dengan konsep rakyat didahulukan, banyak usaha dilakukan oleh kerajaan untuk membantu membaiki taraf hidup rakyat dan memastikan kehidupan rakyat terutama golongan bawahan terbela.

Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sejak Januari sehingga November tahun lalu, kerajaan telah membelanjakan RM1.028 bilion untuk membantu 413,763 orang miskin di seluruh negara di mana penerima bantuannya terdiri daripada 117,150 warga emas, 109,782 keluarga miskin, 93,646 kanak-kanak, 89.461 orang kurang upaya dan 3,724 mangsa bencana – jumlah yang disalurkan adalah antara RM100 hingga RM450 sebulan.

[Selanjutnya]

Monday, January 3, 2011

Projek MRT mampu menjana pertumbuhan ekonomi

Selaras dengan apa yang terkandung dalam Bajet 2011 iaitu untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat dan menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi, pembangunan sistem pengangkutan secara lebih efisyen dan sistematik menjadi antara keutamaan kerajaan.

Siapnya Terminal Bersepadu Selatan – Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) yang mula beroperasi menjelang Tahun Baru lalu, membuka satu lagi lembaran baru kepada sistem pengangkutan di mana buat julung kalinya terminal yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara itu beroperasi dengan segala kemudahan teknologi moden akan menjadi hub baru yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam kepada orang ramai.

[Selanjutnya]