Warga emas, orang kurang upaya, ibu tunggal dan balu askar dan polis akan menerima bantuan bulanan bagi membantu mereka sekaligus memastikan golongan tersebut tidak terpinggir dan terbiar dalam masyarakat.
Langkah tersebut juga menepati konsep keadilan sosial yang sentiasa diperjuangkan kerajaan demi kepentingan rakyat. Antara inisiatif yang sudah diwujudkan dan mendapat sambutan baik di kalangan masyarakat termasuklah mewujudkan Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Rumah Rakyat 1Malaysia dan program sarapan dan makan tengah hari 1Malaysia.
Di bawah bantuan kebajikan masyarakat melalui Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA), sejumlah RM1.4 bilion diperuntukkan oleh kerajaan membabitkan kira-kira 500,000 penerima.
Seperti yang diumumkan oleh Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, peruntukan itu merangkumi bantuan untuk golongan kanak-kanak sebanyak RM290 juta, orang kurang upaya (RM332 juta), warga emas (RM455 juta) dan membiayai program-program kemasyarakatan di peringkat komuniti (RM303 juta).
Turut termasuk dalam program bantuan kewangan itu adalah balu anggota tentera dan polis yang layak, melibatkan peruntukan sebanyak RM4.1 juta.
Kerajaan melihat bahawa bantuan kepada golongan tersebut perlu selaras dengan usaha kerajaan untuk menegakkan satu daripada prinsip yang amat penting daripada segi falsafah negara dan satu daripada tiang utama daripada Gagasan 1Malaysia iaitu menegakkan keadilan sosial.
Oleh itu kumpulan seperti orang kurang upaya, warga emas, ibu tunggal dan balu anggota tentera dan polis merupakan kelompok yang besar dalam masyarakat dan jika tidak ada campur tangan kerajaan dalam program yang tersusun rapi, mereka akan terus berada dalam keadaan terpinggir dan terbiar dalam masyarakat kita.
Langkah kerajaan itu jelas menunjukkan komitmen tinggi kerajaan untuk membantu golongan kurang mampu dengan memberikan pelbagai inisiatif bagi membantu meringankan beban rakyat dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu pada masa ini.
Langkah tersebut juga menepati konsep keadilan sosial yang sentiasa diperjuangkan kerajaan demi kepentingan rakyat. Antara inisiatif yang sudah diwujudkan dan mendapat sambutan baik di kalangan masyarakat termasuklah mewujudkan Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Rumah Rakyat 1Malaysia dan program sarapan dan makan tengah hari 1Malaysia.
No comments:
Post a Comment