Untuk membantu usahawan kecil di kawasan luar bandar, kerajaan mengambil langkah memperuntukkan sebanyak RM50 juta melalui program Usahawan Kecil Dinamik (UK Dinamik) yang akan memberi manfaat kepada lebih 10,000 yang layak.
Program bantuan UK Dinamik itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan melalui Program Transformasi Luar Bandar (RTC) di mana ia akan memainkan peranan sebagai pusat pembekalan agromakanan dan agribisnes yang menghubungkan pengeluaran dengan pengguna seluruh Malaysia dan ai akan dilakukan untuk memperhebatkan rangkaian produk desa.
Antara usaha yang dijalankan untuk merealisasikan hasrat tersebut ialah dengan mengadakan Karnival Usahawan Desa (KUD) 2011 di mana karnival itu bukan sahaja berjaya menarik perhatian usahawan desa menyertainya tetapi juga memberi peluang kepada mereka untuk mencari peluang-peluang bagi memasarkan produk keluaran mereka.
Ketika mengumumkan program UK Dinamik, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut menggariskan lima perkara dalam menjadikan usahawan luar bandar sebagai pemain utama bukan sahaja untuk pasaran tempatan tetapi juga antarabangsa.
Kelima-lima perkara yang digariskan oleh kerajaan itu termasuklah untuk membantu usawan desa meneroka bidang perniagaan baharu yang berpotensi, mengenalpasti pasaran yang lebih besar, menyuntik eleman inovasi terhadap produk, mementingkan aspek penjenamaan dan akhir sekali menggunakan laman maya sebagai alat pemasaran.
Perdana Menterui turut menggesa usahawan desa agar terus berusaha untuk mencari pendekatan baru dan melahirkan idea lebih kreatif selain menuntut komitmen yang lebih daripada ke semua agensi yang terbabit.
Ketika mengulas kelima-lima perkara tersebut, Perdana Menteri menganggap bahawa , adalah penting bagi usahawan desa untuk meneroka bidang perniagaan baru yang berpotensi bagi mengelakkan negara terperangkap dalam persaingan yang tidak memberi kesan besar kepada pulangan atau keuntungan jualan.
Selain itu, beliau menambah, kerajaan akan membantu para usahawan desa supaya mereka dapat dihubungkan dengan pasaran yang lebih besar.
Untuk merealisasikan impian tersebut, usahawan desa mesti menyuntik elemen inovasi yang boleh mewujudkan permintaan baru dan juga mementingkan aspek penjenamaan kerana ia boleh menambah nilai jualan produk.
Selain itu mereka perlu bergerak ke hadapan dengan menggunakan laman maya maya untuk menghubungkan mereka dengan pasaran yang lebih luas dan boleh membuat penilaian dari segi cita rasa bakal-bakal pelanggan mereka jika mereka berhasrat untuk pergi lebih jauh dalam bidang keusahawanan.
No comments:
Post a Comment