Tuesday, November 15, 2011
Kampung WiFi : Bawa Manfaat Pada Penduduk Luar Bandar
Bagi memastikan rakyat negara ini mendapat pendedahan menyeluruh kepada teknologi maklumat khususnya aksess keada internet, kerajaan melalui kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) berusaha untuk mewujudkan dan memperluaskan kampung WiFi ke seluruh negara.
Usaha tersebut juga selari dengan matlamat kerajaan untuk merapatkan jurang capaian internet antara penduduk bandar dan kawasan luar bandar sekali gus memberikan peluang sama rata kepada akses internet kepada seluruh rakyat.
Ketika ini tumpuan kepada usaha mewujudkan kampung WiFi banyak tertumpu di Perlis, Sabah dan Sarawak di mana sehingga kini terdapat 1,400 kampung WiFi di ketiga-tiga negeri tersebut. Malah pihak kementerian juga dalam proses untuk membina menara elektronik di Sabah dan Sarawak bagi memperluaskan capaian internet kepada penduduk di kedua-dua negeri tersebut terutama penduduk di kawasan luar bandar dan pendalaman.
Pihak kementerian juga mensasarkan menjelang akhir tahun depan sebanyak 4,000 kampung WiFi akan diwujudkan di seluruh negara. Selain untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah komuniti internet, usaha yang dilakukan oleh kerajaan inj juga bertujuan untuk memberi peluang kepada Usahawan Kecil dan Sederhana (IKS) mendaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi talian bagi memperkembangkan perniagaan menerusi dalam talian.
Menyedari kekangan yang wujud untuk memastikan hasrat meningkatkan pencapaian di dalam talian terutama membabitkan IKS seperti kurangnya sistem pendidikan yang sistematik untuk membolehkan rakyat mahir dalam penggunaannya, aspek perkongsian pengetahuan dan pengalaman agensi berkaitan turut dituntut.
Aspek pendidikan ini dianggap penting terutama bagi generasi muda dan warga emas yang kurang mahir untuk mengendalikan perniagaan secara dalam talian dan menggunakannya dengan sebaik mungkin memandangkan perniagaan secara dalam talian hari ini sudah menjadi satu budaya yang menjanjikan pulangan besar jika diteroka dengan sebaik mungkin.
Bagi memastikan projek tersebut mendatangkan manfaat kepada semua rakyat, setiap kampung akan disediakan dengan sistem perkomputeran biasa dengan kemudahan jalur lebar percuma untuk tiga bulan pertama dan selepas itu dikenakan bayaran minimum sebanyak RM10 sebulan. Dan purata kos projek bago setiap kampong membabitkan perbelanjaan kira-kira RM25,000 hingga RM32,000.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Kampung wifi telah memberi kan kami warga kampung lebih celik IT serta dapat tahu banyak benda-benda yang terkini di dalam bog-blog... Terima kasih kerajaan BN
bagaimana dengan perkhidmatan wifi kg yang tidak memuaskan, kepada pihak mana yang harus di buat aduan?
Saya brminat utk apply kg wifi utk pnduduk kg sy boleh bantu saya bagaimana caranya....harap dpt mklumbalas segera tq
Post a Comment