Siswazah yang gagal mendapatkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian, kini berpeluang untuk menerima latihan dengan syarikat milik kerajaan (GLC) selama setahun. Mereka bukan sahaja berpeluang untuk mencari pengalaman dan mengasah kemahiran tetapi juga layak untuk menerima elaun minimum sebanyak RM1,000 sebulan sepanjang tempoh latihan tersebut.
Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu bukan sahaja bertujuan membantu siswazah yang gagal mendapatkan pekerjaan untuk menimba pengalaman tetapi juga sebagai langkah untuk menyediakan mereka dengan segala bentuk kemahiran bagi memenuhi kehendak pasaran – paling penting untuk membantu siswazah mendapatkan pekerjaan sesuai dengan kelayakan mereka Selain membantu siswazah melalui SL1M, kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi juga sedang melaksanakan langkah jangka panjang bagi meningkatkan kualiti dan kebolehpasaran graduan.
Ini penting kerana graduan yang memenuhi keperluan pasaran merupakan elemen penting dalam menentukan keupayaan negara menarik pelaburan langsung asing dan memacu pertumbuhan domestik yang baru.
Antara usaha yang dilakukan termasuklah menjadikan kebolehpasaran graduan sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) setiap Naib Chanselor universiti awam, mengadakan kurikulum keusahawanan dan menjalankan program kemahiran tertentu serta melaksanakan program bimbingan pelajar di syarikat awam dan swasta sebelum pelajar menjadi siswazah.
Usaha lain adalah seperti mengadakan dialog berterusan antara universiti dengan pihak industry di mana tujuannya ialah untuk meningkatkan lagi kualiti graduan di mana pendekatan itu dijangka mampu mengurangkan masalah tidak sepadan antara penawaran dan permintaan tenaga mahir di negara ini.
Selain itu, untuk mempertingkatkan kebolehpasaran para graduan, kerajaan turut mengambil langkah mengadakan program-program jangka pendek yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Bank Negara, Khazanah Nasional dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran bagi menyediakan peluang latihan kepada graduan.
Ini terbukti melalui program latihan singkat yang dikendalikan oleh Bank Negara kepada 500 orang graduan di mana ke semua peserta program berjaya memperoleh pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka.
Di bawah skim yang baru dilancarkan itu, semua graduan sarjana muda dari institut pengajian tinggi tempatan dan luar negara yang mencapai purata nilai gred kumulatif (CGPA) sekurang-kurangnya 2.5 layak memohon. Bagi yang berminat, mereka boleh mendapatkan borang permohonan di laman web GLC antaranya – Affin Bank Berhad, Axiata Group Berhad, Malayan Banking Berhad, Malaysia Airport Holdings Berhad, Telekom Malaysia Berhad dan Tenaga Nasional Berhad.
Tuesday, June 14, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
saya adalah siswazah yang gagal mendapatkan pekerjaan tetap setelah hampir setahun mencari2 peluang pekerjaan yg sesuai dengan kelulusan saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas keperihatinan kerajaan untuk membela nasib kami, sekurang2nya dengan adanya SL1M ini saya boleh menafaatkannya untuk menimba pengalaman berkerja seterusnya mendapat kerja yang sesuai untuk saya,
Saya dah lama tamat belajar sejak 2010 lagi.Bila saya tahu adanya SL1M ni, saya teruja sebab saya rasa saya layak. Tapi dah banyak kali minta dan mohon. Satu pun tak sangkut.Haih..nasib..nasib..
Post a Comment