Sebelum hujung tahun ini golongan pekerja berpendapatan rendah bakal menerima kenaikan gaji baru selaras dengan usaha kerajaan untuk melaksanakan gaji minimum di mana Rang Undang-Undang Majlis Konsultasi Gaji Negara kini sedang dibentangkan di Dewan Rakyat.
Jika mendapat kelulusan, kerajaan akan menubuhkan Majlis Konsultasi Gaji Negara yang akan berperanan untuk meneliti beberapa perkara sebelum ia dilaksanakan. Antara perkara yang akan diperhalusi sebelum ia dilaksanakan termasuklah melibatkan umur persaraan, elaun sara hidup (COLA) dan isu pekerja asing. Semua itu perlu diperhalusi secara mendalam agar segala keputusan yang dibuat nanti memberikan kebaikan kepada semua pihak.
Untuk memastikan ia berjalan seperti yang dirancang, ketika mengumumkan berita gembira tersebut, Perdana Menteri turut mengingatkan agar pihak pekerja, majikan dan kerajaan di negara ini perlu berkerja sebagai satu pasukan dan berusaha untuk mengelakkan perbalahan terbuka sesame sendiri seperti yang kerap berlaku semasa era 60-an dan 70-an dahulu.
Bagi memastikan pelaksanaannya mencapai matlamat, kerajaan turut memberikan jaminan bahawa Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 yang akan dibentuk kelak bebas daripada campur tangan Kementerian Sumber Manusia. Majlis tersebut akan dianggotai mereka yang mempunyai – kepakaran dan pengetahuan terdiri daripada ahli-ahli akademik dan pakar ekonomi untuk membuat syor mengenai pelaksanaan dasar gaji minimum di negara ini.
Majlis berkenaan bertanggungjawab untuk menjalankan kajian tentang semua perkara berkenaan gaji minimum dan membuat syor kepada kerajaan untuk membuat perintah gaji minimum mengikut sektor, jenis pekerjaan dan kawasan wilayah serta mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berhubungan.
Banyak pihak berpendapat pelaksanaan atau penetapan gaji minimum harus dilaksanakan segera memandangkan ia selari dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi tambahan pula ketika ini golongan pekerja berpendapatan rendah masihi dibelenggu dengan masalah kemiskinan sama ada mereka yang berkerja dan tinggal di Bandar mahu pun di luar bandar.
Berdasarkan rang undang-undang itu juga, ia memperuntukkan lebih banyak kuasa penguatkuasaan dalam memastikan pematuhan gaji minimum oleh majikan bagi melindungi kepentingan pekerja yang baginya perintah gaji minimum terpakai.
Di bawah rang undang-undang itu juga nanti turut menghendaki pembayaran gaji pekerja termasuk pembantu rumah dibuat dengan memasukkannya ke dalam akaun bank. Ia juga bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai pendaftaran maklumat pembekalan pekerja, maklumat penamatan perkhidmatan pekerja asing dan memperuntukkan siasatan mengenai aduan gangguan seksual.
Tuesday, June 28, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment