Kepentingan dan peranan golongan belia dalam pembangunan negara selain menjadi pewaris kepada kelangsungan kepimpinan negara di masa depan, banyak usaha sedang dan telah dibuat oleh kerajaan bagi memastikan kumpulan ini tidak tercicir daripada arus pembangunan negara.
Pelancaran Dana Belia dengan peruntukan sebanyak RM20 juta yang dilancarkan oleh Perdana menteri datuk Seri Najib Tun Razak, adalah satu usaha untuk membuka ruang dan peluang kepada mereka untuk mencetuskan kreativiti bagi manfaat negara dan masyarakat.
Selain itu, objektif utama penubuhan dana itu adalah untuk menggalakkan para belia terlibat secara langsung dalam usaha membangunkan negara mengikut kaca mata dan naluri golongan terbabit. Sebagai golongan muda yang terdedah kepada kemajuan dan pembangunan di sekeliling mereka, sudah pastinya mereka memiliki kreativiti tersendiri dan kreativiti tersebut perlu dikembangkan melalui peluang-peluang yang ada di sekeliling mereka.
Dana yang pertama seumpamanya itu disediakan dan diuruskan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ia disediakan khusus buat golongan belia berumur 15 hingga 40 tahun. Penubuhan dana tersebut juga merupakan salah satu cara bagi memperkasakan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia sejajar dengan gagasan 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri untuk melihat setiap rakyat tanpa mengira latar belakang kaum untuk berkongsi kemakmuran negara ini.
Usaha yang dilakukan oleh kerajaan ini diharapkan akan digunakan sebaiknya oleh kaum belia yang mungkin selama ini tercari-cari ruang untuk mengembangkan bakat dan kreativiti mereka.
Dana yang diilhamkan menerusi Makmal Pemuda Barisan Nasional ini memberi penekanan terhadap usaha membuka peluang seluas-luasnya kepada mencetuskan idea-idea yang kreatif dan inovatif.
Usaha ini bukan sahaja mampu mendekatkan diri belia dengan kerajaan sekali gus mengajak golongan ini untuk bersama-sama menyokong dan mengerakkan agenda penting kerajaan untuk merealisasikan segara program terutama menjadikan negara ini sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 memandangkan golongan ini juga lah yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada ketika itu.
Thursday, March 10, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment