Untuk melonjakkan ekonomi negara dan mengeluarkan negara daripada kepompong negara berpendapatan sederhana, dasar ekonomi negara perlu diubah. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang di mana sepanjang 10 tahun lepas, pertumbuhan ekonomi negara hanya berada antara empat hingga lima peratus setahun.
Berbanding sekitar 1990-an, ekonomi Malaysia berkembang sekitar lapan hingga sembilan peratus setahun tetapi krisis kewangan Asia pada 1997 dan 1998 telah merencatkan pertumbuhan tersebut. Krisis kewangan global baru-baru ini telah memburukkan lagi keadaan dan satu pendekatan baru perlu diambil untuk mengubah ekonomi negara secara besar-besaran.
[Selanjutnya]
Friday, December 17, 2010
Friday, December 10, 2010
Amanah Hartanah Bumiputera, Langkah agih kekayaan secara adil
Walaupun banyak pihak mempertikaikan dasar-dasar Kerajaan kebelakangan ini yang dilihat cuba menafikan hak Bumiputera dalam ekonomi dan sebagainya, hakikatnya, Kerajaan sememangnya serius dan komited untuk memastikan golongan Bumiputera mampu untuk terus bersaing dan dalam masa yang sama memastikan golongan Bumiputera dapat menikmati kekayaan negara secara adil dan saksama serta berjaya dalam bidang ekonomi seperti mana kaum-kaum lain.
Pelancaran skim pelaburan c oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, membuka satu lagi ruang bagi membolehkan golongan Bumiputera melabur dalam satu lagi unit amanah yang kemudiannya akan digunakan untuk membeli hartanah komersial bernilai tinggi.

Monday, November 29, 2010
Mengubah wajah luar bandar dengan pembangunan
Mengubah wajah kawasan luar bandar dengan pembangunan kemudahan prasarana seperti mana yang dirancang oleh Kerajaan perlu seiring dengan pengisian-pengisian lain bagi memastikan penduduk luar bandar sama-sama dapat merasai nikmat pembangunan dan tidak terlalu tersisih daripada arus pembangunan yang rata-rata lebih memihak kepada penduduk bandar dalam segala segi.
Apa yang sedang diusahakan oleh kerajaan melalui Pelan Induk Pembangunan Luar bandar (PILB) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan satu langkah tepat bukan sahaja untuk membela nasib penduduk di kawasan luar bandar tetapi yang lebih penting adalah untuk mempersiapkan mereka dalam tempoh sepuluh tahun akan datang untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dalam sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

Monday, October 18, 2010
Melahirkan modal insan berkualiti
Selaras dengan usaha Kerajaan untuk memastikan negara ini muncul sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020, pembangunan modal insan menerusi bidang pendidikan tetap diberikan penekanan. Ia cukup penting kerana untuk menjadi sebuah negara maju kita memerlukan sejumlah besar golongan cerdik pandai bagi membolehkan kita bersaing di peringkat global.
Menyedari kepentingan tersebut dan masa yang semakin suntuk untuk memenuhi impian tersebut dalam tempoh 10 tahun akan datang, Kerajaan bersetuju untuk merombak sistem pendidikan negara dengan memberikan lebih penekanan kepada daya pemikiran, sahsiah diri, kreativiti, inovasi serta daya saing yang tinggi.
Untuk mencapai matlamat tersebut, sebanyak RM29.3 bilion diperuntukkan dalam Bajet 2011 – satu jumlah yang agak besar iaitu peningkatan peruntukan sebanyak 24.9 peratus berbanding tahun lalu sebanyak RM25.5 bilion. Taburan peruntukan tersebut kali ini nampak lebih menyeluruh dan agak seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar.

Friday, October 15, 2010
Bajet 2011 komprehensif dan realistik
Bertemakan – Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi, ramai yang menyifatkan Bajet 2011 sebagai yang paling komprehensif dan realistik dalam menyediakan asas kukuh kepada Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi tanpa meminggirkan kesejahteraan rakyat.
Ia juga menjadi bukti dan komitmen Kerajaan dalam mengangkat konsep 1 Maaysia sebagai falsafah induk memandu hala tuju negara sementara Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Pelan Transformasi Ekonomi pula menjadi peta panduan dan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Model Baru Ekonomi (MBE) dengan lapan terasnya pula akan membentuk kerangka kerja ke arah hala tuju tersebut dan akan diterjemah melalui RMK-10 dan RMK-11.

Thursday, August 5, 2010
Menyediakan rakyat celik IT
Selari dengan usaha Kerajaan untuk meluaskan penembusan akses jalur lebar kepada seluruh rakyat di bawah program Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) selain mempersiapkan generasi akan datang celik teknologi maklumat (ICT), sebanyak 1.2 juta unit komputer riba akan diagihkan secara percuma kepada rakyat berpendapatan rendah termasuk pelajar dengan syarat mereka perlu melanggan pakej perkhidmatan jalur lebar dengan Telekom Malaysia Berhad (TM).
Seperti yang diumumkan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim baru-baru ini, pemberian komputer secara percuma itu akan dijalankan secara berperingkat-peringkat. Pada fasa pertama sebanyak 200,000 unit akan diagihkan dan dijangka selesai sepenuhnya menjelang akhir tahun ini. Sementara sebanyak satu juta lagi akan diagihkan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sebaik sahaja peringkat fasa pertama selesai diagihkan.

Friday, July 16, 2010
Pengurangan Subsidi tidak jejas rakyat
Kenaikan harga gula, petrol, diesel dan petroleum gas cecair (LPG) seharusnya tidak menjadi satu isu yang dianggap membebankan oleh rakyat jika kita semua faham bahawa perancangan yang dibuat oleh Kerajaan ini sebenarnya bertujuan untuk kebaikan rakyat juga. Malah kaedah dan pertimbangan yang dibuat dipastikan tidak akan membebankan rakyat.
Walaupun berlaku sedikit kenaikan harga, pada hakikatnya Kerajaan masih membelanjakan lebih kurang RM7.82 bilion setahun untuk subsidi bahan bakar dan gula. Namun dalam masa yang sama penyelarasan itu juga membolehkan Kerajaan melakukan penjimatan melebihi RM750 juta tahun ini di mana ia boleh digunakan untuk memenuhi agenda seperti dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang bakal dilaksanakan.

Monday, July 5, 2010
Saham bagi golongan miskin
Selari dengan matlamat menjadikan Malaysia negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020, agenda membantu meningkatkan pendapatan golongan miskin sama ada di bandar mahu pun di luar bandar menjadi keutamaan Kerajaan. Usaha berterusan ini perlu bukan sahaja untuk merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara golongan kaya dan miskin tetapi juga untuk memastikan kekayaan ekonomi negara ini mampu dikongsi segenap lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang kedudukan dan ekonomi mereka.
Usaha memberikan pemilikan saham kepada golongan miskin tegar dan miskin bandar melalui Program Amanah Wawasan 2020 – Bandar (ASW-2020-Bandar) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini membuktikan komitmen berterusan Kerajaan untuk memastikan golongan ini tidak terpinggir daripada arus pembangunan.

Monday, June 14, 2010
RMK-10 pemacu Wawasan 2020
Banyak pihak menyifatkan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Naijib Tun Razak baru-baru ini jelas menunjukkan keseriusan Kerajaan untuk membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju dengan berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Kita dapat melihat bahawa RMK-10 kali ini lebih banyak memberikan tumpuan kepada mengtransformasikan negara menjadi sebuah negara maju dengan mewujudkan persekitaran kondusif bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup rakyat. Ia dirangka sedemikian rupa dengan pelbagai pendekatan baru dalam usaha mencapai Wawasan 2020 – bukan sahaja menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi tetapi juga berproduktiviti tinggi.

Labels:
Pelaburan Langsung Asing (FDI),
RMK-10,
Wawasan 2020
Sunday, June 6, 2010
Subsidi: Pandangan rakyat diambil kira
Banyak pihak mempunyai pandangan tersendiri berhubung isu pemberian subsidi oleh Kerajaan dan cadangan untuk memansuhkan pemberian subsidi yang setelah sekian lama dinikmati oleh rakyat negara ini. Ada yang menyokong agar pemberian subsidi ini dikaji semula. Tidak kurang yang mahu pemberian subsidi ini dikekalkan atas alasan untuk menjaga kepentingan golongan berpendapatan rendah dan miskin.
Biar apa pun alasannya, kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala yang mendakwa negara boleh muflis dalam tempoh sembilan tahun lagi jika dasar pemberian subsidi ini tidak dimansuhkan, wajar diberikan perhatian. Menurut beliau, hutang negara dijangka meningkat 100 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2019, jika pemberian subsidi diteruskan.

1Malaysia,
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),
PM
Saturday, May 29, 2010
Sasaran negara maju mampu dicapai
Usaha memulihkan ekonomi menerusi beberapa tindakan yang dibuat oleh Kerajaan seperti pakej rangsangan ekonomi dan strategi yang berkesan mula membuahkan hasil. Ini dapat dilihat berdasarkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatat pertumbuhan 10.1 peratus bagi suku pertama tahun ini.
Ia merupakan kadar tertinggi sejak suku pertama 2000 yang mencatat sebanyak 11.7 peratus. Pertumbuhan itu adalah lebih baik berbanding suku tahun keempat 2009 iaitu sebanyak 4.4 peratus. Berikutan itu unjuran KDNK 2010 dikaji semula kepada enam peratus berbanding sasaran 4.5 peratus hingga 5.5 peratus yang dibuat oleh Bank Negara sebelum ini.
[Selanjutnya]
Ia merupakan kadar tertinggi sejak suku pertama 2000 yang mencatat sebanyak 11.7 peratus. Pertumbuhan itu adalah lebih baik berbanding suku tahun keempat 2009 iaitu sebanyak 4.4 peratus. Berikutan itu unjuran KDNK 2010 dikaji semula kepada enam peratus berbanding sasaran 4.5 peratus hingga 5.5 peratus yang dibuat oleh Bank Negara sebelum ini.
[Selanjutnya]
Labels:
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),
PM
Thursday, April 8, 2010
MEB janji manfaat kepada semua kaum
Tiada rakyat Malaysia yang hidup dalam kemiskinan, semuanya mendapat peluang saksama untuk berjaya dan berkongsi kemakmuran – itu lah antara jaminan yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB). Pelaksanaannya bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang memiliki ekonomi maju dan berdaya saing dengan rakyat menikmati kualiti hidup serta berpendapatan tinggi hasil pertumbuhan yang inklusif dan mampan.
Menerusi MEB juga Kerajaan meletakkan sasaran untuk menjadikan Malaysia lebih kompetitif bukan sahaja di peringkat serantau tetapi juga di peringkat global untuk manfaat setiap rakyat sekali gus menyumbang kepada peningkatan pendapatan per kapita kepada AS$15,000 menjelang akhir dekad ini berbanding AS$7,000 ketika ini.
Untuk mencapai impian tersebut, sebanyak lapan inisiatif pembaharuan strategik telah digariskan oleh Kerajaan bagi merealisasikan program transformasi ekonomi Malaysia ke arah melonjakkan kualiti hidup semua kaum.

Thursday, March 18, 2010
Empat tonggak utama ke arah perubahan negara
Untuk memastikan Kerajaan benar-benar serius ke arah membangunkan negara dan merealisasikan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan sekali gus memperlihatkan bahawa Kerajaan yang ada hari ini adalah ‘untuk rakyat dan kerana rakyat’, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini menggariskan empat tonggak utama agenda perubahan Kerajaan.
Selain gagasan 1 Malaysia, tonggak-tonggak tersebut adalah Program Transformasi Kerajaan (PTK), Model Ekonomi Baru dan Rancangan Melaysia Ke-10. Beliau juga menyifatkan empat tonggak tersebut umpama sebuah kerusi yang mempunyai empat kaki. Ia bukan sahaja stabil tetapi juga selamat kepada sesiapa sahaja yang mendudukinya.
Bagi memastikan kejayaannya, Kerajaan turut menggariskan tiga komponen penting yang merangkumi modal insan, modal swasta dan modal sosial di mana tanpa ketiga-tiga elemen tersebut . Peranan ketiga-tiganya begitu penting dan tanpa penglibatannya pasti setiap misi besar yang telah ditetapkan oleh Kerajaan untuk pembangunan rakyat dan negara ini tidak akan dapat dicapai.

Wednesday, March 10, 2010
Penstrukturan harga minyak dibatalkan
Rakyat boleh menarik nafas lega berikutan keputusan Kerajaan membatalkan cadangan pelaksanaan penstrukturan semula subsidi petroleum. Pembatalan tersebut dibuat setelah Kerajaan mengambil kira pandangan dan maklum balas negatif daripada rakyat. Malah keputusan tersebut juga disifatkan oleh banyak pihak sebagai langkah terbaik dalam menangani keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.
Berikutan langkah tersebut, harga bagi minyak RON 95 dan RON 97 bersubsidi, masing-masing kekal pada harga RM180 seliter dan RM2.05 seliter. Sementara diesel pula dijual pada harga RM1.70 seliter.
Bermakna, dalam usaha mengekalkan harga runcit petrol dan diesel, Kerajaan menanggung subsidi petroleum tahun lalu sebanyak RM3.4 bilion manakala subsidi bagi diesel pula sebanyak RM1.9 bilion.

Penstrukturan Harga Minyak,
Ron 95,
Ron 97
Wednesday, February 10, 2010
Klinik 1 Malaysia Diterima Baik
Selepas sebulan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu pada 7 Januari lalu, Klinik 1 Malaysia mula diterima baik oleh rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Mereka bukan sahaja menyambut baik usaha tersebut tetapi juga menganggap idea dan konsep Perdana Menteri itu sedikit sebanyak mampu meringankan beban mereka yang selama ini banyak bergantung pada rawatan di klinik swasta.
Lebih-lebih lagi hampir ke semua 50 klinik yang diwujudkan di seluruh negara itu bertumpu kepada kawasan penempatan golongan berpendapatan rendah dan sederhana seperti di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR). Paling penting Klinik 1 Malaysia ini terbuka kepada semua – menepati gagasan 1 Malaysia selain memastikan setiap penduduk mendapat perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dengan secara yang lebih adil, saksama dan menyeluruh.

Friday, January 22, 2010
GST Tidak bebankan Rakyat
Walaupun banyak pihak menentang langkah kerajaan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau Goods and Services Tax (GST) dan menganggap ia menambah lagi beban yang terpaksa ditanggung rakyat, Kerajaan memberi jaminan bahawa pelaksanaan GST sama sekali tidak akan membebankan rakyat terutama kumpulan berpendapatan rendah. Sebagai jaminan, Kerajaan akan memastikan barangan keperluan asas yang banyak digunakan oleh rakyat akan dikecualikan daripada GST.
Rakyat perlu tahu dan memahami bahawa usaha Kerajaan memperkenalkan GST adalah satu bentuk keperluan jangka panjang memandangkan penggantungan negara terhadap petroleum sebagai penyumbang utama negara perlu diganti bermula sekarang. Rakyat juga perlu memahami bahawa pengeluaran petroleum tidak akan kekal selama-lamanya dan bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang, pengenalan GST dilihat mampu mengatasi sebarang kehilangan pendapatan cukai akibat pengurangan simpanan minyak negara.
Jika ada di kalangan rakyat yang masih kabur dengan maksud dan konsep GST, secara kasarnya GST merupakan cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. Memandangkan ia berasaskan pengenaan cukai di setiap langkah nilai ditambah, maka pungutan cukai mampu dilakukan lebih kerap berbanding dengan pungutan cukai jualan dan perkhidmatan di mana cukai dikutip hanya sekali.

Thursday, January 7, 2010
Kurangkan Pengambilan Gula
Kenaikan harga gula seharusnya dilihat daripada susut positif dan kenaikan sebanyak 20 sen ini sebenarnya bukan lah sesuatu yang membebankan rakyat malah tidak juga memberi impak besar kepada pengguna mahu pun peniaga. Ini kerana gula merupakan barangan yang diperlukan mengikut kemahuan dan kehendak masing-masing. Oleh itu kenaikan harga gula kali ini perlu dilihat dalam perspektif dan sudut yang lebih luas tanpa sebarang prejudis dan prasangka negatif.
[Selanjutnya]
[Selanjutnya]
Labels:
Gula
Subscribe to:
Posts (Atom)