Monday, June 14, 2010

RMK-10 pemacu Wawasan 2020

Banyak pihak menyifatkan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Naijib Tun Razak baru-baru ini jelas menunjukkan keseriusan Kerajaan untuk membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju dengan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Kita dapat melihat bahawa RMK-10 kali ini lebih banyak memberikan tumpuan kepada mengtransformasikan negara menjadi sebuah negara maju dengan mewujudkan persekitaran kondusif bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup rakyat. Ia dirangka sedemikian rupa dengan pelbagai pendekatan baru dalam usaha mencapai Wawasan 2020 – bukan sahaja menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi tetapi juga berproduktiviti tinggi.


Di bawah RMK-10 yang akan berjalan bagi tempoh 2011 – 2015 ini sebanyak RM230 bilion akan dibelanjakan untuk pembangunan. Di mana sebanyak 55 peratus akan diperuntukkan bagi sektor ekonomi, 10 peratus bagi keselamatan dan 5.0 peratus bagi pentadbiran am.

Dalam tempoh lima tahun akan datang ini, Kerajaan juga telah menetapkan satu sasaran untuk meletakkan negara pada kedudukan 10 buah negara teratas di dunia dalam urusan melakukan perniagaan. Sasaran tersebut bukan sahaja untuk meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat global tetapi juga menjadikan negara sebagai destinasi terbaik atau pilihan utama pelabur asing di rantau Asia.

Untuk mencapai atau merealisasikan sasaran tersebut, Kerajaan turut meletakkan sasaran untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara berada pada kadar enam peratus setahun sepanjang tempoh RMK-10. Ia penting untuk memastikan setiap agenda dan aspirasi Kerajaan mampu direalisasikan.

Oleh itu satu tranformasi besar-besaran perlu dilakukan bagi membolehkan peningkatan dinamisme dan produktiviti negara. Kebelakangan ini cabarannya begitu hebat dan cabaran utama yang perlu ditanggani oleh Malaysia adalah untuk beralih daripada ekonomi bedasarkan kos dan sumber asli kepada ekonomi yang dipacu oleh produktiviti, inovasi dan berupaya memupuk, menarik serta mengekalkan modal insan berbakat, syarikat dan modal.


Sukar untuk kita menafikan bahawa Malaysia kini berada dalam farsa yang cukup kritikal untuk mengtransformasikan ekonomi bagi mencapai aspirasi negara maju berpendapatan tinggi. Selain perlu mengekalkan memontum pertumbuhan ekonomi pada kadar enam peratus setahun sepanjang tempoh RMK-10, aspirasi tersebut tidak akan mampu dicapai tanpa melakukan transformasi ekonomi yang menyeluruh. Tanpa kedua-duanya, negara akan jauh ketinggalan dan tidak mampu mencapai Wawasan 2020.
Seperti mana negara-negara membangun lain, baik di rantau Asia, Afrika mahu pun di Amerika Latin, Malaysia juga berada di persimpangan yang cukup kritikal untuk meneruskan agenda pembangunan negara. Semua ini ada hubung kaitnya dengan prospek ekonomi global yang tidak menentu. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada ekonomi negara membangun, tidak terkecuali Malaysia. Tambahan pula persaingan untuk menarik Pelaburan Langsung Asing (FDI) juga semakin sengit terutama di rantau Asia.

Ini kerana, krisis kewangan global yang masih belum pulih sepenuhnya. Bagaimana pun, faedahnya dapat dilihat apabila tumpuan ekonomi kini mula beralih kepada rantau Asia. Namun begitu ia tidak semestinya memberikan keuntungan kepada Malaysia kerana negara perlu berdepan dengan persaingan daripada negara seperti China, India, Indonesia dan Vietnam yang jauh menawarkan kos yang lebih rendah, saiz pasaran domestik yang lebih besar dan pelbagai kelebihan lain.

Secara tidak langsung negara-negara ini menjadi tumpuan utama pelabur asing dan untuk mengelakkan Malaysia ketinggalan dalam persaingan ini, Malaysia perlu mengubah strategi dan perlu mengambil tindakan segera untuk melonjakkan negara keluar daripada perangkap negara berpendapatan sederhana kepada negara maju berpendapatan tinggi.

Untuk merealisasikannya, Kerajaan turut menetapkan sasaran bagi meningkatkan Pendapatan Negara Kasar (KNK) perkapita kepada RM38,850 (AS$12,140) menjelang 2015. Usaha tersebut perlu disokong dengan penglibatan dan peranan lebih besar sektor swasta untuk mengumpul pelaburan sekitar RM115 bilion setahun bagi memastikan kejayaan rancangan lima tahun ini memandangkan negara ketika ini berdepan dengan cabaran getir untuk mencapai aspirasi negara maju dalam keadaan ekonomi global yang dijangka berkembang sebanyak 4.5 peratus dalam tempoh tersebut.

Intipati rancangan Malaysia Ke-10

• Kerajaan mensasar untuk meningkatkan sumbangan pendidikan swasta sehingga sekali ganda dari RM7 bilion pada 2008 kepada RM14 bilion pada 2015 dengan menarik 150,000 penuntut tempatan dan antarabangsa melanjutkan pelajaran di negara ini.
• Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya atau ‘Greater KL’ akan dijadikan bandar bertaraf dunia yang mempunyai persekitaran memberangsangkan sebagai tempat tinggal, berkerja dan beriadah dalam tempoh lima tahun akan datang.
• Kanak-kanak dalam isi rumah 40 peratus terendah akan terus diberi peluang pendidikan saksama untuk meningkatkan pencapaian pendidikan dan kemahiran mereka.
• Kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan purata pendapatan isi rumah 40 peratus terendah kepada RM2,300 sebulan pada 2015 bernanding hanya RM1,440 sebulan tahun lepas.
• Kerajaan menjangkakan peningkatan sebanyak 1.4 juta pekerjaan terutama dalam sektor perkhidmatan.
• Agenda pembangunan bumiputera perlu dilaksana dengan pendekatan baru berasaskan prinsip mesra pasaran, merit, ketelusan dan keperluan.
• Malaysia akan menumpukan kepada tiga perkara dalam usaha memperbaiki kedudukan dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International (TI-CPI).
• Polis akan membuat saringan terhadap penjaga kanak-kanak untuk menjamin keselamatan kanak-kanak dan pelindungan kanak-kanak yang berada di bawah jagaan pihak lain seperti pusat jagaan, pusat asuhan dan tadika.
• Lebih banyak universiti tempatan yang menepati syarat akan diberi kuasa autonomi.
• Sebanyak RM2.8 bilion diperuntukan untuk membangunkan sektor pengangkutan awam di bandar bagi tempoh dua tahun pertama RMK-10.
• Kerajaan akan memperkenalkan persaingan dan mekanisme pasaran dalam perkhidmatan awam di bawah RMK-10 untuk bertindak sebagai sebuah syarikat yang kompetatif.
• RMK-10 akan memberi penekanan kepada penggunaan tenaga boleh diperbahagrui dan peningkatan kecekapan tenaga selain fokus kepada pewujudan bangunan mesra alam.
• Kerajaan akan mempertingkatkan kemudahan pendidkan teknikal dan latihan vokasional dalam usaha mengarus perdanakan bidang ini dan membolehkan lebih ramai pelajar menceburinya.
• Pembinaan jalan berturap sepanjang 6,300 kilometer di Semenanjung dan 2,500 km di Sabah dan 2,800 km di sarawak yang bakal member faedah kepada 3.3 juta penduduk.
• Mass Rapid Transid (MRT) berkapisiti tinggi di Greater Kuala Lumpur yang akan dibina sepanjang 150 km yang boleh menampung perjalanan dua juta penumpang sehari.
• Sistem pengangkutan awam darat diperluas ke bandar raya lain termasuk Johor Bharu dengan tambahan bas awam 200 buah di Pulau Pinang.
• 78,000 buah rumah mampu milik akan dibina di bawah RMK-10.
• Umur persekolahan formal diturunkan daripada enam tahun kepada lima tahun di akhir tempoh rancangan – kerana ia bakal memberi implikasi besar kepada sistem pendidikan negara
• Putrajaya dan Cyberjaya dijadikan contoh model perintis bagi bandar hijau contoh.

No comments: