Nyata perancangan Malaysia untuk membangunkan Iskandar
Malaysia sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi wilayah selatan mula
menampakkan hasil memberangsangkan apabila menerima pelaburan baru dengan nilai
dianggarkan sebanyak RM28 bilion menerusi enam kerjasama berasingan membabitkan
beberapa syarikat baru-baru ini.
Dengan itu menjadikan jumlah komitmen pelaburan di wilayah
pembangunan ekonomi itu setakat 30 September lalu telah mencecah sebanyak RM99.79
bilion dalam pelbagai sektor di mana sebanyak RM42 bilion atau 43 peratus telah
berjaya direalisasikan dengan 63 peratus daripadanya merupakan pelabur
tempatan.
[Selanjutnya]