Janji ditepati – Ini lah yang ungkapan paling tepat bagi menggambarkan langkah kerajaan menerusi Felda dalam usaha membela golongan peneroka dan kelangsungan mereka untuk tempoh-tempoh mendatang. Hari ini golongen peneroka Felda yang mewakili kira-kira 112,000 orang boleh tersenyum lebar dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada setiap peneroka iaitu sebanyak RM15,000 untuk setiap keluarga, membabitkan jumlah keseluruhan RM1.689 bilion.
Pemberian itu melibatkan tiga fasa iaitu fasa pertama,
setiap ketua keluarga akan menerima RM5,000 seorang melibatkan jumlah
keseluruhan sebanyak RM563.715 juta.
Sementara untuk pemberian fasa kedua, sebanyak RM5,000 lagi akan diagihkan kepada
isteri peneroka sebagai mengiktiraf peranan yang diberikan oleh golongan
tersebut.
Dan seterusnya dalam frasa ketiga, sebanyak RM5,000 lagi
akan diberikan kepada generasi kedua Felda sekali gus melengkapkan keseluruhan
mereka yang bertanggungjawab membantu membangunkan Felda seperti mana yang ada
sekarang.
Ketika mengumumkan pemberian itu, beliau berkata bahawa
pemberian itu tidak berakhir begitu sahaja kerana ada pula 'durian gugur' iaitu
tabung amanah, 'blue form' atau borang biru untuk saham Felda Global Ventures
Holdings (FGVH) kepada warga peneroka dan bantuan untuk dana Yayasan Felda bagi
membaik pulih kampung-kampung lama dan tradisional di kawasan Felda.
Beliau berkata, untuk tabung amanah, sebanyak 20 peratus
saham FGVH akan dimasukkan ke dalam tabung milik warga peneroka tersebut.
Dengan mengganggarkan keuntungan besar hasil penyenaraian
FGVH, golongan peneroka akan turut menikmati keuntungan tambahan dan jika FGVH mampu meraih untung RM1.5 bilion seperti mana yang
dijangkakan untuk tahun pertama penyenaraiannya, pada tahun depan setiap
peneroka dijangka memperoleh keuntungan tambahan sebanyak RM1,331 selepas semua
keuntungan itu ditolak dengan cukai dan sebagainya.
Selain golongan peneroka, kakitangan Felda yang selama ini
banyak membantu membangunkan Felda juga tidak dilupakan apabila jasa dan
keringat mereka turut dihargai dengan pemberian boring merah jambu berupa saham selain mendapat bonus khas sebanyak dua
bulan setengah.
Pemberian atau anugerah kepada peneroka Felda ini menjadi
bukti kejayaan kerajaan menguruskan Felda walaupun ada pihak yang cuba
mempolitikkan isu penyenaraian FGVH sebagai
menggadai masa depan golongan peneroka dan sebagainya.
Namun hakikatnya, apa yang dijanjikan oleh kerajaan terhadap
golongan peneroka ini menjadi satu bukti jelas keperihatinan kerajaan dalam
memastikan kebajikan golongan peneroka bukan sahaja terbela tetapi juga memastikan ke semua
langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan itu tidak menjadi satu beban
berpanjangan kepada mereka.
No comments:
Post a Comment