Untuk menjadikan bandaraya Kuala Lumpur setaraf dengan bandaraya bertaraf dunia dengan segala kemudahan, aspek pengangkutan awam menjadi salah satu kriteria penting yang tidak boleh dipinggirkan.
Menyedari akan kepentingan meningkatkan tahap keberkesanan dan kecekapan pengangkutan awam di negara ini terutama di Kuala Lumpur, kerajaan mengambil pelbagai inisiatif untuk mempertingkatkannya.
Usaha meningkatkan tahap pengangkutan awam ini menjadi sebahagian keutamaan kerajaan melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), di mana di bawah inisiatif itu pelbagai usaha, perancangan dan pendekatan telah diambil untuk memastikan sistem pengangkutan awam di negara ini berada setaraf dengan lain-lain bandaraya maju di dunia.
Pembinaan Terminal Bersepadu Tasik Selatan (TBS), menaikkan imej Hentian Pudu Raya kepada Pudu Sentral, pembinaan KL Sentral serta laluan Transit Aliran Ringan (LRT) seterusnya Transit Aliran Massa (MRT) adalah antara usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk menjadikan sistem pengangkutan awam di negara ini mencapai tahap kecekapan yang tinggi, teratur dan canggih.
MRT merupakan satu projek mega yang berharga RM36 bilion sepanjang 150 kilometer menghubungkan antara Sungai Buluh dengan Kajang yang bukan sahaja akan meningkatkan rangkaian rail sedia ada tetapi juga menjadikan sistem rangkaian rail di negara ini lebih bersepadu selain diharap membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan metropolitan Kuala Lumpur.
Apabila siap sepenuhnya, sistem MRT Kuala Lumpur bakal menjadikan Kuala Lumpur setaraf dengan bandaraya moden lain di dunia. Ia juga bakal meningkatkan sistem rangkaian rail ringan di Lembah Kelang.
Begitu juga dengan sistem LRT yang turut dipertingkatkan dengan penyambungan bagi kedua-dua laluan iaitu laluan Ampang dan Kelana Jaya. Projek penyambungan kedua-dua laluan yang menelan belanja RM7 bilion, memabitkan sambungan trek sepanjang 17 kilometer menghubungkan stesen Kelana Jaya ke Putra Heights bagi laluan Kelana Jaya dan laluan sepanjang 17.7 kilometer dari stesen Sri Petaling ke Putra Heights bagi laluan Ampang
Bagi sambungan bagi laluan Kelana Jaya, kebanyakannya melalui beberapa kawasan tumpuan sekitar Subang Jaya manakala laluan Ampang pula sebahagian besarnya melalui kawasan pertumbuhan rancak di Bandar Puchong .
Syarikat Prasarana Negara berhad (Prasarana) menjangkakan kira-kira 800,000 orang akan menggunakan kemudahan itu setiap hari apabila ia mula beroperasi pada 2014 berbanding 300,000 pengguna sehari ketika ini .
Usaha mempertingkatkan kemudahan pengangkutan awam menjadi agenda penting kerajaan untuk memberikan keselesaan kepada pengguna selain bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas yang semakin buruk di Kulala Lumpur akibat pertambahan kenderaan sehingga menyebabkan masa pengguna lebih banyak terbuang di jalan raya akibat kesesakan.
Dengan wujudnya sistem rangkaian rail bersepadu menghubungkan kawasan-kawsan penting dan tumpuan ramai di Kuala Lumpur, pengguna kini mempunyai lebih banyak pilihan tanpa perlu lagi bersesak-sesak atau terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Thursday, March 29, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
hope kerajaan bina lah MRT dr Kl ke putrajaya untuk memudahkan rakyat
Post a Comment