Tuesday, March 6, 2012

Gaji Minimum Wajar Dilaksanakan


Walaupun ada pihak yang menganggap langkah melaksanakan gaji minimum boleh menyebabkan negara muflis kerana terpaksa membayar lebih untuk kerja yang kurang selain cuti umum yang terlalu boleh menjejaskan produktiviti negara, kerajaan tetap komited untuk melaksankannya setelah mengambil kira semua aspek daripada segenap sudut.

Sebaliknya kerajaan menganggap penetapan gaji minimum tidak akan mendatangkan sebarang masalah jauh sekali boleh menyebabkan negara muflis sebaliknya ia dilihat sebagai pemangkin kepada golongan pekerja untuk meningkatkan lagi produktiviti masing-masing.


Tambahan pula kerajaan tidak mengambil mudah dalam melaksanakannya dan untuk memastikan ia berkesan dan mampu menyumbang sesuatu kepada produktiviti dan ekonomi negara, pelbagai kajian dijalankan termasuk mendapatkan cadangan dan maklum balas daripada banyak pihak.



Ketika ini lebih 80 buah negara sudah pun melaksanakan penetapan gaji minimum dan pelaksanaannya tidak menimbulkan sebarang masalah kepada pertumbuhan ekonomi dan produktiviti sebaliknya ia dilihat sebagai satu perkara positif untuk membangunkan sektor ekonomi.

Di kalangan negara-negara Asia, Singapura, Jepun dan Taiwan sudah lama melaksanakannya dan pelaksanaannya sama sekali tidak menjejaskan produktiviti negara terbabit. Dan jika ingin dibuat perbandingan dengan ketiga-tiga negara terbabit, struktur gaji di negara ini adalah jauh lebih rendah.

Selari dengan hasrat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020, sudah sampai masanya kerajaan mengambil pendekatan tersebut.

Tambahan pula dalam melaksanakannya, kerajaan mempunyai strategi tersendiri dan pelaksanaannya diyakini tidak akan memberi kesan kepada ekonomi negara.

8 comments:

Rafie Bin Isa said...

pihak yang mengatakan kenaikan gaji mininum boleh menyebabkan negara muflis adalah salah kerana pihak tertentu sudah pasti dari golongan atasan yang telah banyak makan pelbagai projek. mereka tidak pernah memikirkan nasib golongan bawahan.

Anonymous said...

saya bagi pihak kakitangan awam akan menunggu pengumuman yang akan di umumkan oleh PM tentang kenaikan gaji kakitangan awam... akan adakah perubahan yang drastik..

Staff Bawahan said...

gaji oh gaji...
bos-bos dpt naik gaji tinggi...
kuli-kuli dpt naik gaji sikit...

bos-bos bole pergi enjoy ke negara orang putih...
kuli-kuli nak pergi Kuala lumpur pun tidak lepas....

Tahniah lah kepada bos-bos yang tidak reti buat kerja....

kakitangan awam said...

terima kasih PM krn sudi memberikan kenaikan gaji kepada kami kakitangan golongan bawahan seperti kami. mmg nampak banyak sangat 13% tue kan PM??? terima kasih PM

Anonymous said...

kerajan BN.... oh kerajaan BN....

skim bawahan said...

13% bagi skim P&P masyuk lah....
13% bagi skim sokongan... Alhamdulillah.. Pandai PM kita...

kecewa said...

tak sabar rasa nye nak tunggu PRU 13, tima kasi lah PM yea.....

Anonymous said...

gaji oh gaji, sampai bila lah asyik jadi bual mulut sahaja, bila lah nak di laksanakan....