Friday, October 25, 2013

Ucapan Bajet Tahun 2014 Oleh Perdana Menteri

Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan


Berikut adalah ucapan Bajet Tahun 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada Jumaat.


"MEMPERTEGUH KETAHANAN EKONOMI, MEMPERKASA TRANSFORMASI DAN MELAKSANA JANJI"


Tuan Yang di-Pertua,


Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk "Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2014 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu" dibaca bagi kali kedua.



[Selanjutnya]

Monday, October 21, 2013

Rumah Transit Untuk Pasangan Baharu Berkahwin




Pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga kini boleh menarik nafas lega apabila pihak Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperkenalkan program Rumah Transit buat julung kalinya bagi membantu pasangan yang sukar mendapatkan kediaman mampu milik di Kuala Lumpur.

Untuk program pertama ini sebanyak 632 pasangan muda akan diberikan kemudahan tersebut menerusi dua blok Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Pinggiran Bukit Jalil di mana ia akan mula beroperasi pada awal 2014.

Program itu mampu mengurangkan beban pasangan muda berpendapatan rendah kerana kadar sewa ditetapkan adalah RM250 sebulan dan setiap pasangan pula dibenarkan menyewa sehingga tempoh dua tahun. Bagaimanapun, mereka yang dipilih menyertai program itu sama sekali tidak dibenarkan untuk menyewakan kediaman tersebut kepada orang lain.

[Selanjutnya]

Friday, September 6, 2013

Gelombang Transformasi Pendidikan


11 September 2012, iaitu hampir setahun yang lalu dan di dewan ini juga, kita telah sama-sama menyaksikan Pelancaran Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia. Setahun adalah satu jangkamasa yang agak lama. Jika kita bertanam padi tentu sudah kita nikmati hasilnya, jika dahulu anak-anak pandai bertatih, kini sudah boleh melangkah gagah.

Begitu juga halnya dalam kita merangka satu pelan pembangunan pendidikan yang komprehensif, kementerian tidak bertindak tergesa-gesa malah kita mengambil pendekatan terbuka mendengar pelbagai pandangan daripada segenap lapisan masyarakat. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mendengar suara rakyat, baik di bandar, mahu pun di desa, hatta hingga nun jauh ke kawasan pedalaman, pandangan tulus daripada pelbagai persatuan, agensi kerajaan, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan, serta pakar-pakar pendidikan dalam dan luar negara. Tidak lengkap dengan itu, PPPM ini kita bentangkan dalam Mesyuarat Khas Jemaah Menteri. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri serta ahli Jemaah Menteri yang memberi sokongan yang cukup padu kepada pembangunan pelan ini. Pelan ini juga telah saya sembah maklum kepada Majlis Raja-Raja.





[Selanjutnya]

Tuesday, August 27, 2013

Wednesday, July 31, 2013

Operasi Buru PATI Habis-Habisan



Banyak pihak mengalu-alukan langkah kerajaan untuk membersihkan negara ini daripada masalah kebanjiran pendatang tanpa izin (PATI) kerana penyelesaian secara menyeluruh yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen di seluruh negara selepas sambutan Aidilfitri ini perlu disokong oleh semua pihak kerana masalah kebanjiran PATI ini jika tidak diambil tindakan boleh menjejaskan keselamatan negara di masa akan datang.

Langkah yang diambil oleh Jabatan Imigresen itu merupakan susulan daripada Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) yang dimulakan Oktober 2011 hingga 18 Julai lalu di mana dalam tempoh tersebut seramai 41,647 PATI berjaya ditahan.

[Selanjutnya]

Tuesday, July 2, 2013

Pelaksanaan Gaji Minimum Berkuat kuasa Januari 2014


Selepas pelaksanaannya tertangguh beberapa kali, berkuat kuasa Januari tahun hadapan, majikan di negara ini tidak lagi mempunyai sebarang alasan untuk menangguhkan pelaksanaan gaji minimum dan tidak akan ada sebarang pengecualian diberikan kepada mana-mana syarikat di mana mereka dikehendaki membayar gaji minimum sebanyak RM800 sebulan di Sarawak dan Sabah dan RM900 di Semenanjung mengikut Perintah Gaji Minimum 2012 bagi sektor swasta.


Tindakan kerajaan menguatkuasakan perintah tersebut bermakna mana-mana majikan yang didapati gagal mematuhi arahan itu akan dikenakan tindakan tegas oleh Kementerian Sumber Manusia di mana tempoh masa yang diberikan sudah cukup untuk memberi ruang dan peluang kepada majikan membuat persediaan bagi menstrukturkan semula gaji pekerja serta operasi perniagaan masing-masing.


[Selanjutnya]

Tuesday, June 18, 2013

Pengamal Media Sosial perlu Lebih Bertanggungjawab

Walaupun kerajaan Malaysia tidak mengambil langkah mengenakan syarat baharu perlesenan terhadap portal berita seperti mana yang diambil oleh kerajaan Singapura untuk mengawal salah laku, banyak pihak menganggap langkah kerajaan itu sebagai tepat untuk membolehkan prinsip-prinsip demokrasi berfungsi dengan baik dan undang-undang sedia ada ketika ini sudah cukup untuk menanggani isu yang ditimbulkan di laman-laman media sosial.

 Datuk Seri Najib Tun Razak

Malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga berpandandangan bahawa rakyat dan pengamal media semestinya berpegang kepada pendirian mulia supaya tiada di antara kita yang menyimpang mahupun menyalahgunakan kuasa. Sambil mengingatkan agar pengamal media tidak menyalahgunakan kuasa yang ada, beliau juga menganggap tindakan kerajaan tidak mencontohi pendekatan kerajaan Singapura itu di sebabkan oleh landskap media dan organisasi berita di negara ini telah mengalami perubahan yang amat pesat dengan kehadiran media dalam talian melengkapi media cetak dan media elektronik sedia ada.

Keputusan kerajaan itu juga disambut baik oleh orang ramai dan pengguna media sosial tetapi dalam masa yang sama mereka turut menyarankan agar kerajaan terus mencari jalan penyelesaian kepada isu atau masalah penyalahgunaan media sosial dan internet melalui undang-undang sedia ada atau dibentuk undang-undang baharu selain mengemaskini undang-undang sedia ada.

[Selanjutnya]

Wednesday, May 22, 2013

Kerajaan Usaha Untuk Turunkan Caj Internet



Pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan berusaha memperluaskan infrastruktur komunikasi ke seluruh negara bagi memastikan caj internet dapat ditawarkan pada kadar yang lebih murah agar pelbagai pihak di negara ini termasuk golongan peniaga kecil akan mendapat manfaatnya.

Ketika mengambil alih tugas sebagai menteri di Kementerian Komunikasi dan Multimedia daripada bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim baru-baru ini, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, satu kajian lanjut mengenai perbandingan caj perkhidmatan itu dengan negara-negara lain akan dilakukan dalam masa terdekat.

Ketika ini kadar penembusan jalur lebar di kalangan rakyat negara ini hanya 60 peratus berbanding negara maju lain yang ada antaranya sudah mencecah hampir 100 peratus dan sudah sampai masanya pembangunan infrastruktur komunikasi tersebut dipertingkat dan diperhebatkan pada masa akan datang. 

[Selanjutnya]

Monday, April 1, 2013

Internet Percuma Untuk Golongan Berpendapatan Rendah



Untuk memastikan setiap rakyat mendapat akses kepada perkhidmatan internet sekali gus merapatkan jurang teknologi maklumat yang semakin canggih, banyak pendekatan telah diambil oleh kerajaan untuk memberikan pendedahan kepada rakyat terutamanya masyarakat luar bandar untuk sama-sama berkongsi pengetahuan.

Langkah itu juga selari dengan dasar kerajaan untuk melahirkan masyarakat berilmu dan menyediakan rakyat negara ini dengan kemahiran kerana untuk menjadi sebuah negara maju, pemikiran dan pengetahuan rakyat juga perlu selari dengan kemajuan pembangunan yang dicapai.



[Selanjutnya]

Wednesday, February 27, 2013

Sektor Pertanian Mampu Menjana Ekonomi Negara

Golongan peladang, penternak dan nelayan di seluruh negara bakal menerima peruntukan sebanyak RM2.4 bilion setahun melalui pelbagai insentif-insentif yang akan diberikan oleh kerajaan antaranya termasuklah subsidi harga padi, subsidi baja padi, insentif pengeluaran padi, subsidi harga beras, insentif tangkapan ikan serta elaun sara hidup nelayan.


Insentif-insentif tersebut merupakan komitmen berterusan kerajaan untuk memastikan golongan itu terus mendapat pembelaan dan juga menjadi satu bukti bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan sektor pertanian memandangkan kepentingan sektor tersebut kepada pertumbuhan ekonomi negara.



[Selanjutnya]

Wednesday, February 13, 2013

Dana bantu Kecemerlangan Pelajar



Satu lagi kemudahan bagi golongan pelajar apabila kerajaan memperkenalkan Skim Prihatin Pendidikan 1 Malaysia (SPP1M) – satu produk pinjaman berkonsepkan dana tambahan berjumlah RM5 bilion khusus buat pelajar ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana.

SPP1M berfungsi sebagai pinjaman tambahan kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedia ada untuk pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang tertentu di mana di bawah skim ini pelajar boleh memohon pinjaman tambahan RM150,000 bagi bidang kepakaran perubatan dan RM100,000 untuk krusus teknologi dan profesional terpilih.


[Selanjutnya]

Tuesday, January 15, 2013

Janji Kerajaan Mendahulukan Rakyat

Tidak seperti janji-janji pembangkang yang hanya pandai berjanji untuk memenangi hati rakyat dalam manifesto pilihan raya, kerajaan barisan nasional (BN) bukan sekadar berjanji tetapi menunaikan setiap apa yang dijanjikan kepada rakyat tanpa mengira latar belakang kaum dan kedudukkan ekonomi mereka.

Ini lah perbezaan terbesar pendekatan yang diambil oleh kerajaan berbanding pembangkang. Apa yang berlaku di negeri-negeri di bawah pemerintahan pembangkang hari ini sudah cukup untuk dijadikan bukti kegagalan mereka untuk menunaikan apa yang telah mereka janjikan.

Kebelakangan ini sering dipaparkan di akhbar tentang keluhan dan kemarahan rakyat Selangor menuntut kerajaan negeri memenuhi janji-janji yang terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu. Di mana banyak kandungan manifesto berkenaan tidak ditunai seperti dijanjikan.

[Selanjutnya]