Ini lah perbezaan
terbesar pendekatan yang diambil oleh kerajaan berbanding pembangkang. Apa yang
berlaku di negeri-negeri di bawah pemerintahan pembangkang hari ini sudah cukup
untuk dijadikan bukti kegagalan mereka untuk menunaikan apa yang telah mereka
janjikan.
Kebelakangan ini
sering dipaparkan di akhbar tentang keluhan dan kemarahan rakyat Selangor
menuntut kerajaan negeri memenuhi janji-janji yang terkandung dalam manifesto Pilihan
Raya Umum Ke-12 lalu. Di mana banyak kandungan manifesto berkenaan tidak
ditunai seperti dijanjikan.
Antara janji tidak
tertunai yang dibangkitkan termasuklah pemberian insentif RM1,000 kepada meraka
yang layak memasuki universiti namun janji tersebut kemudiannya hanya diberikan
kepada pelajar dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah di mana syarat baru
itu sama sekali bertentangan dengan janji asal mereka.
Begitu juga dengan
janji untuk menurunkan cukai taksiran sebanyak 20 peratus yang tidak
dilaksanakan di mana janji tersebut dilihat bertentangan dengan konsep Negara
berkebajikan yang sering dilaungkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan
DAP.
Berbeza dengan
pembangkang, membuka tirai 2013, sebahagian besar rakyat bakal memperoleh
manfaat melalui pelbagai insentif di
mana semua itu bertujuan untuk mengurangkan beban rakyat dan dalam masa yang
sama untuk memastikan hasil pendepatan negara diagihkan sama rata kepada mereka
yang difikirkan layak untuk dibantu.
Berikut adalah antara
insentif yang bakal dinikmati oleh rakyat sepanjang tahun ini;
· Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) di
mana pembayaran kepada meraka yang layak akan dibuat bermula Februari ini.
Sebanyak 2,684,916 permohonan baru untuk BRIM 2.0 diterima merangkumi 1,823,039
individu bujang dan 861,877 keluarga. BR1M 2.0 akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu
bujang menerusi peruntukan sebanyak RM3.0 bilion dalam Bajet 2013. Tahun lalu
seramai 4.2 juta mendapat manfaat
membabitkan peruntukan RM2.1 bilion.
· Diskaun
sebanyak 50 peratus caj bayaran pemprosesan pasport untuk kanak-kanak dan warga
tua.
· Pelaksanaan
gaji minimum RM900 sektor swasta di Semenanjung dan RM800 di Sabah dan Sarawak.
· Insuran
bas sekolah membabitkan 1.5 juta pelajar.
·
Rebet
telefon pintar bernilai RM200 untuk golongan belia di mana rebet ini diberikan
kepada
mereka yang layak ke atas semua jenis telefon pintar yang berada di pasaran.
mereka yang layak ke atas semua jenis telefon pintar yang berada di pasaran.
·
Rebet
tunai RM10,000 dan subsidi dua peratus untuk pengusaha bas sekolah untuk pinjaman
penuh bagi menggantikan bas sekolah lama berusia lebih 25 tahun.
penuh bagi menggantikan bas sekolah lama berusia lebih 25 tahun.
·
Pengagihan
bantuan awal persekolahan RM100 untuk membantu meringankan perbelanjaan ibu
bapa menyediakan kelengkapan dan keperluan persekolahan anak-anak mereka.
bapa menyediakan kelengkapan dan keperluan persekolahan anak-anak mereka.
·
Umur
persaraan kakitangan di sektor swasta akan ditingkatkan kepada 60 tahun.
·
Pembinaan
20,000 unit rumah bagi generasi baru
Felda.
·
Fasa
pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 bermula.
·
Pencarum
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenar mengeluarkan caruman menerusi
akaun kedua sebanyak RM3,000 untuk menunaikan haji.
akaun kedua sebanyak RM3,000 untuk menunaikan haji.
· Bagi
melahirkan generasi celik IT dan merapatkan jurang antara masyarakat Bandar dan
luar Bandar, sebanyak 100 buah pusat internet 1Malaysia akan diwujudkan di
perumahan rakyat dan Bandar.
· Bayaran
insentif khas RM200 sebulan kepada 25,708 pegawai dan anggota tentera.
· Bagi
menjamin tahap keselamatan rakyat terjamin dan usaha mengurangkan kadar jenayah,
bilangan anggota polis, unit rondaan motorsikal, ahli pasukan sukarelawan polis
dan bilangan kamera litar tertutup (CCTV) akan ditambah.
· Kadar
Cukai Keuntungan Harta Tanah naik daripada 10 peratus kepada 15 peratus bagi
hartanah yang dilupuskan dalam tempoh kurang daripada dua tahun.
Ke semua ini
adalah bukti jelas menunjukkan keperihatinan kerajaan untuk memastikan
kebajikan rakyat sentiada diberikan keutamaan selari dengan matlamat kerajaan
untuk mendahulukan rakyat dalam apa juga perancangan agar rakyat terutama
golongan yang kurang mampu dan berpendapatan sederhana tidak terus terperangkap
dengan situasi ekonomi global yang tidak menentu ketika ini.
No comments:
Post a Comment