Wednesday, February 27, 2013

Sektor Pertanian Mampu Menjana Ekonomi Negara

Golongan peladang, penternak dan nelayan di seluruh negara bakal menerima peruntukan sebanyak RM2.4 bilion setahun melalui pelbagai insentif-insentif yang akan diberikan oleh kerajaan antaranya termasuklah subsidi harga padi, subsidi baja padi, insentif pengeluaran padi, subsidi harga beras, insentif tangkapan ikan serta elaun sara hidup nelayan.


Insentif-insentif tersebut merupakan komitmen berterusan kerajaan untuk memastikan golongan itu terus mendapat pembelaan dan juga menjadi satu bukti bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan sektor pertanian memandangkan kepentingan sektor tersebut kepada pertumbuhan ekonomi negara.




Sebagai contoh, menerusi Bajet 2013, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5.8 bilion khusus untuk memajukan sektor pertanian


''Atas sebab itu di dalam Bajet 2013 saya telah meluluskan bukan sedikit peruntukan tetapi sebanyak RM5.8 bilion khusus untuk sektor pertanian. Untuk memastikan sektor itu terus menjadi penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan keperluan rakyat, kerajaan turut menggerakkan fungsi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ke tahap maksimum.


Untuk tujuan itu, kerajaan juga bersetuju untuk membina Menara LPP yang menelan belanja sebanyak RM45 juta yang dibina di atas tanah dua hektar dengan ketinggian 51.7 meter, menempatkan blok pejabat serta tempat letak kereta tiga tingkat.


Selain peruntukan tahunan sebanyak RM2.4 bilion, kerajaan juga turut memperuntukkan sebanyak RM28 juta bagi membantu golongan pekebun kecil serta membiayai kursus lanjutan untuk kumpulan Kor Tani di mana penyaluran peruntukan tersebut akan dibuat secara sekali gus.



Ke semua langkah yang diambil oleh kerajaan itu menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan insiatif untuk mengubah persepsi masyarakat dan beliau tidak mahu lagi melihat sektor pertanian dikaitkan dengan kemiskinan sebaliknya bidang tersebut perlu dilihat sebagai salah satu penjana pertumbuhan ekonomi negara.

Bagi mencapai hasrat tersebut beliau berkata, setiap pihak yang terlibat dalam sektor itu terutama para petani harus mempunyai idea unggul dan bernas termasuk menggunakan teknologi moden supaya hasil pertanian mampu ditingkatkan.


Sebagai contoh ujar beliau, kediaman rasminya sendiri iaitu Seri Perdana telah berjaya mengeluarkan hasil buah rock melon dengan keuntungan bersih RM500,000 setahun di atas tanah seluas 2.4 hektar dan menggunakan kaedah 'autopot'. Di mana daripada setengah juta itu, ia didermakan kepada badan-badan kebajikan setiap tahun dan kejayaan itu bukan kisah khayalan tetapi sudah terbukti dengan tanah seluas itu, Seri Perdana boleh mendapat keuntungan RM500,000 setahun.

No comments: