11 September
2012, iaitu hampir setahun yang lalu dan di dewan ini juga, kita telah
sama-sama menyaksikan Pelancaran Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia.
Setahun adalah satu jangkamasa yang agak lama. Jika kita bertanam padi tentu
sudah kita nikmati hasilnya, jika dahulu anak-anak pandai bertatih, kini sudah
boleh melangkah gagah.
Begitu juga
halnya dalam kita merangka satu pelan pembangunan pendidikan yang komprehensif,
kementerian tidak bertindak tergesa-gesa malah kita mengambil pendekatan
terbuka mendengar pelbagai pandangan daripada segenap lapisan masyarakat.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mendengar suara rakyat, baik di bandar,
mahu pun di desa, hatta hingga nun jauh ke kawasan pedalaman, pandangan tulus
daripada pelbagai persatuan, agensi kerajaan, pertubuhan kerajaan dan bukan
kerajaan, serta pakar-pakar pendidikan dalam dan luar negara. Tidak lengkap
dengan itu, PPPM ini kita bentangkan dalam Mesyuarat Khas Jemaah Menteri. Saya
juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri
serta ahli Jemaah Menteri yang memberi sokongan yang cukup padu kepada
pembangunan pelan ini. Pelan ini juga telah saya sembah maklum kepada Majlis
Raja-Raja.
Dalam tempoh
setahun setelah pelancaran laporan awal, KPM telah mengambil pertimbangan
sewajarnya bagi setiap maklum balas yang diterima. Kami dengar, kami angkat
suara hati rakyat dalam bentuk dokumen rasmi. Akhirnya pada hari ini, dengan
segala data dan maklumat yang kami cerna sejak 2011 lahirlah PPPM 2013-2025.
Pelan ini menjadi suatu dokumen rasmi yang amat signifikan untuk pembangunan
negara kerana ia merupakan suatu rangka pelan pendidikan yang terhasil dengan
begitu teliti, tuntas, menyeluruh dan mencakupi semua lapisan masyarakat.
Maka hari
ini, KPM dengan rasa rendah hati "memulangkan" Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 kepada rakyat dengan pelbagai rangka tindakan
yang telah digalurkan sebagaimana yang diingini oleh rakyat untuk kepentingan
rakyat seluruhnya. Pelan ini dilancarkan dengan harapan yang begitu tinggi
daripada pihak kerajaan agar pendidikan menjadi tunjang kepada transformasi
negara yang sedang diusahakan. Penghasilan pelan ini memulakan lembaran
transformasi pendidikan tetapi juga menerajui transformasi perkhidmatan awam.
Maka, tidak sempurna jika saya tidak mengungkapkan jutaan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam penghasilan pelan pendidikan ini.
Kelainan dalam penghasilan PPPM
Bagi
mencapai cita-cita besar untuk maju dalam pendidikan, KPM telah mencipta
kelainan dan melangkaui semua kemungkinan dalam penghasilan PPPM. Suka saya
nyatakan di sini, suatu kelainan dalam menyediakan PPPM 2013-2025 ini adalah
dari segi penggunaan data dan dapatan kajian yang dilaksanakan oleh
Kementerian, universiti tempatan, UNESCO dan juga Bank Negara. Kementerian
telah menganalisis semula laporan awal sebelum ini seperti Laporan Penyata
Razak, Laporan Kabinet, Pelan Pembanguan Pendidikan 2000-2012 dan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) untuk menilai pencapaian negara dalam pendidikan.
Kita tidak
nafikan dalam usaha mengangkat kecemerlangan sistem pendidikan negara sejak
merdeka, telah banyak perkara yang telah dicapai. Kita telah berjaya
meningkatkan sebagai contoh kadar enrolmen pelajar sekolah rendah dan menengah
hampir 97 peratus; peruntukan pendidikan yang signifikan dan mapan hampir 16
peratus daripada belanjawan negara diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan,
merapatkan jurang pencapaian bandar dan luar bandar dan kadar literasi yang
semakin baik, hampir 100 peratus sudah pun tercapai.
Kejayaan ini
memperlihatkan bahawa wujud amalan-amalan baik yang pernah dilaksanakan oleh
Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah yang membawa
kepada keberhasilan dan peningkatan prestasi dalam sistem pendidikan kita.
Contoh amalan baik ini juga adalah antara elemen yang diambil dalam merangka
strategi pelaksanaan inisiatif-inisiatif PPPM. Sebagai tambahan, kementerian
juga meneliti amalan terbaik daripada negara-negara yang mempunyai sistem
pendidikan bertaraf dunia seperti Korea Selatan, Singapura dan Finland.
Dari sinilah
kita memulakan perancangan untuk mengorak langkah bagi kembara yang panjang
sehingga 2025. Ini bermakna, setiap perancangan pendidikan yang terkandung
dalam PPPM ini, tidak dibuat secara sewenang-wenangnya malah berdasarkan kepada
fakta dan data selain daripada menerima secara positif pendapat yang disuarakan
oleh masyarakat keseluruhannya.
Tumpuan kepada keberhasilan murid
PPPM
2013-2025 memberi tumpuan kepada keberhasilan murid. Pelan ini direncanakan
sebegitu komprehensif yang melibatkan semua laluan pendidikan merangkumi
pendidikan teknik dan vokasional, pendidikan inklusif, pendidikan agama, pendidikan
seni dan sukan di sekolah-sekolah kerajaan. Ia juga merangkumi semua peringkat
persekolahan; daripada peringkat prasekolah hingga kepada peringkat lepasan
menengah.
Kita telah
berjaya meningkatkan sebagai contoh kadar enrolmen pelajar sekolah rendah dan
menengah hampir 97 peratus; peruntukan pendidikan yang signifikan dan mapan
hampir 16 peratus daripada belanjawan negara diperuntukkan kepada Kementerian
Pendidikan, merapatkan jurang pencapaian bandar dan luar bandar dan kadar
literasi yang semakin baik, hampir 100 peratus sudah pun tercapai.
Saya
mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Dialog Nasional Pendidikan Negara,
Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin yang mengambil inisiatif turun ke
seluruh negara dan berjumpa dengan sejumlah 17,000 rakyat yang mengemukakan
pandangan yang pelbagai dan hasil itulah yang kita cerna dan masukkan dalam
pelan ini.
Dalam usaha
kita untuk mencapai cita-cita yang tinggi bagi tempoh 13 tahun lagi, PPPM
2013-2025 telah memberi tumpuan utama kepada pembelajaran dan keberhasilan
murid. Sebagai contoh, Kementerian telah memperkukuhkan dasar bahasa dengan
memberi tumpuan kepada dua bahasa utama iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris. Malahan dalam siri dialog yang kita adakan di seluruh negara
sebahagian besar mengutarakan kepentingan tentang bahasa Inggeris diperkukuhkan
dan ini kita ambil kira dalam pelan ini.
Kita juga, memantapkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), ini penting untuk menentukan anak-anak kita bukan sahaja belajar dalam menghafal tapi faham dan tahu apa yang mereka belajar dan menggunakan akal fikiran pada tahap tinggi. Selain itu, kita memantapkan elemen etika dan kerohanian kerana elemen pembelajaran kita tidak hanya mahu menekankan aspek pembelajaran semata-mata, tetapi pembentukan sahsiah, menjadikan insan kamil dan roh pendidikan itu mesti disemai, ditanam dan diperkukuh dalam jiwa setiap anak-anak Malaysia dalam sistem persekolahan kita.
Kita juga, memantapkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), ini penting untuk menentukan anak-anak kita bukan sahaja belajar dalam menghafal tapi faham dan tahu apa yang mereka belajar dan menggunakan akal fikiran pada tahap tinggi. Selain itu, kita memantapkan elemen etika dan kerohanian kerana elemen pembelajaran kita tidak hanya mahu menekankan aspek pembelajaran semata-mata, tetapi pembentukan sahsiah, menjadikan insan kamil dan roh pendidikan itu mesti disemai, ditanam dan diperkukuh dalam jiwa setiap anak-anak Malaysia dalam sistem persekolahan kita.
Dasar bahasa
Untuk
memberikan pendidikan yang berkualiti kepada semua murid tanpa mengira
peringkat dan jenis sekolah, saya berani mengatakan semua aspek untuk
meningkatkan kualiti pendidikan telah dikaji dengan teliti dan dibincangkan
secara mendalam. Dasar pendidikan sedia ada yang berasaskan kepada Akta
Pendidikan masih dipertahankan dalam pelan ini.
Kementerian
tidak berhasrat meminggirkan mana-mana aliran persekolahan yang wujud di negara
ini, malah akan memastikan setiap murid di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan
Kerajaan mendapat akses, ekuiti dan kualiti pendidikan. Kewujudan Sekolah Jenis
Kebangsaan juga dijamin oleh Akta Pendidikan 1996 (Seksyen 28) dan ingin saya
nyatakan di sini bahawa kedudukan bahasa-bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar
di sekolah-sekolah ini tidak pernah dinafikan sama sekali.
Kementerian
juga akan terus memartabatkan Bahasa Malaysia demi menjunjung semangat
perpaduan dan jati diri kebangsaan yang kukuh dalam kalangan masyarakat. Pada
masa sama untuk melahirkan generasi global, mata pelajaran Bahasa Inggeris
turut diberikan perhatian utama dan seperti yang telah diumumkan awal tahun ini
akan dijadikan mata pelajaran SPM wajib lulus menjelang tahun 2016. Dalam
memastikan pelaksanaan hasrat ini, Kementerian sedang dalam usaha menambah masa
ataupun 'contact hours' di dalam kelas agar pendedahan/immersion murid-murid
yang lebih dalam Bahasa Inggeris dapat dilaksanakan.
Saya sedang
meneliti kerana kita mempunyai sejumlah sekolah satu sesi dan masih ada 1,600
sekolah dua sesi yang akan dijadikan sekolah satu sesi, maka tempoh waktu
persekolahan dilanjutkan umpamanya menambah waktu persekolah sejam atau dua jam
dan itu boleh kita gunakan untuk menambah contact hours untuk bahasa Melayu,
bahasa Inggeris atau bahasa lain di seluruh sekolah.
Bagi
memperkukuh kedua-dua bahasa ini, PPPM menggariskan beberapa inisiatif.
Antaranya ialah menambah baik Kurikulum Bahasa Malaysia di Sekolah Jenis
Kebangsaan. Bagi murid yang lemah, kelas pemulihan akan diadakan di luar waktu
persekolahan dan ini tidak akan menjejaskan waktu pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran lain.
Dalam usaha
meningkatkan penguasaan murid dalam bahasa Inggeris pula, guru-guru Bahasa
Inggeris telah diuji kemahiran mereka melalui Cambridge Placement Test (CPT).
Ekoran itu, kohort pertama seramai 5,000 orang telah mengikut latihan lanjutan
oleh British Council, manakala seramai 9,000 guru Bahasa Inggeris akan
mengikuti latihan pada Oktober nanti.
Suka saya
nyatakan di sini, walaupun Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris menjadi agenda
utama kementerian, murid juga digalakkan untuk menguasai bahasa tambahan.
Kementerian tidak menghalang pengajaran pembelajaran bahasa ibunda malah
membuka ruang dan peluang kepada murid untuk mendapatkan pendidikan bahasa
tambahan seperti bahasa Arab dan Kadazan Dusun.
Selain
berusaha untuk meningkatkan penguasaan dwibahasa, kemahiran berfikir aras
tinggi, atau Higher Order Thinking Skills, juga menjadi fokus dalam usaha
Kementerian untuk melonjakkan sistem pendidikan negara dalam kelompok
negara-negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik di dunia. Oleh itu,
dalam pelan ini, dasar 60:40 yang mula diperkenalkan pada 1967 akan
diperkukuhkan dengan meningkatkan kesedaran tentang Pendidikan Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Kurikulum bersepadu berasaskan
standard antarabangsa akan dihasilkan dan penambahbaikan kerangka pentaksiran
dengan memasukkan elemen kemahiran berfikir akan dilakukan.
Pendidikan Islam
Kementerian
juga beriltizam untuk melahirkan murid yang memiliki sahsiah terpuji serta
mempunyai identiti nasional. Dengan itu kurikulum bagi mata pelajaran
Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral akan dimantapkan. Kurikulum
Kebangsaan di sekolah agama akan ditingkatkan dengan pengukuhan kurikulum Dini
dan Tahfiz agar murid dapat dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran
untuk berjaya dalam pasaran kerja berasaskan nilai dan tasawur Islam yang
kukuh. Soal ini sebenarnya banyak juga dibangkitkan oleh ibu bapa Islam yang
mahu pendidikan Islam diperkukuh dan diperluas agar menjadi asas kukuh dalam
sahsiah dan peribadi moral dan akhlak anak-anak kita.
Sistem
pendidikan juga akan menyediakan laluan pendidikan yang bersesuai dengan dengan
bakat, minat dan gaya pendidikan di samping akan disepadukan dengan keperluan
pasaran buruh yang terarah kepada kerjaya pilihan mereka. Maka, kementerian
turut mengambil kira pendidikan teknik dan vokasional, seni, dan sukan
Malahan saya
telah melancarkan tahun lalu Program Transformasi Vokasional yang mana kita
tahu dalam sistem di negara kita setakat ini, tumpuannya tidak begitu besar
terhadap vokasional iaitu kurang 10 peratus. Sasaran kita meningkatkan sehingga
20 peratus.
Di negara
maju sudah sampai 60 hingga 70 peratus daripada keseluruhan pelajar dalam
sistem persekolahan yang mengambil bidang vokasional dan teknikal. Bermakna,
Malaysia masih jauh. Apabila kita melancarkan dasar ini dan menyediakan tempat
sebanyak 10,000, tahun ini sahaja terdapat 126,000 ibu bapa yang mendaftar
anak-anak mereka untuk mengambil aliran vokasional. Alhamdulillah, sudah
meningkat dengan begitu mendadak sekali. Sementara itu, kita juga tidak lupakan
pendidikan khas yang lebih inklusif. Dalam blue print awal kita, mungkin kita
tidak nyatakan dengan jelas tentang soal pendidikan khas. Jadi mereka yang
terdiri daripada kepimpinan persatuan yang mewakili orang istimewa bertanya
kenapa tidak ada makmal khas untuk mereka. Jadi, segala cadangan mereka kita
masukkan sebagai inti pati penting dalam pelan pendidikan ini khusus untuk
anak-anak kita yang kelainan dan keistimewaan ini.
Mengupaya pemimpin sekolah dan guru
Pembelajaran
murid tidak akan berlaku jika tidak diiringi dengan perancangan rapi di
peringkat pelaksana. Guru adalah tunggak utama dalam meningkatkan prestasi
murid di sekolah. Menyedari perkara ini, PPPM telah memperkukuhkan Pejabat
Pendidikan Daerah dengan menempatkan pembimbing pakar untuk guru dan pemimpin
sekolah dengan program yang dikenali sebagai SISC+ dan SIPartner+. Mereka bukan
sahaja dapat membimbing dari segi pengajaran dan pembelajaran tetapi juga dalam
aspek penilaian seperti Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Harapan saya
melalui bimbingan ini, guru-guru dan semua pengetua/guru besar dapat
melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan.
Kementerian
terus berusaha untuk memartabatkan profesionan keguruan dengan inisiatif
meningkatkan syarat kemasukan guru iaitu 30 peratus daripada graduan terbaik
memasuki profesion perguruan. Mereka ini digalakkan menjadi guru kerana kita
mahu guru bukan sahaja dalam kalangan terdidik tetapi terpelajar, banyak ilmu
dan ada kecemerlangan dalam pembelajaran mereka.
Selain itu laluan
kerjaya guru, cadangan untuk mengurangkan beban tugas guru, dan pelaksanaan
program profesionalisme berterusan turut dilaksanakan. Bagi pengetua/guru
besar, kriteria perlantikan iaitu yang tidak berdasarkan kepada jangka masa
perkhidmatan akan dilaksanakan.
Tidak
semestinya yang lebih senior menjadi pengetua atau memegang jawatan yang lebih
penting.
Berdasarkan merit dan keupayaan mereka, ini yang kita akan ambil kira dalam kenaikan pangkat mereka. Dalam masa lima tahun akan datang, 4,000 pengetua/guru besar akan menamatkan perkhidmatan dan ini membuka peluang kepada calon-calon pengetua/guru besar yang berkelayakan dan berprestasi tinggi mengisi kekosongan. Sudah ada peraturan ketika ini sesiapa yang ingin jadi pengetua dan guru besar mesti melalui satu proses dan latihan khusus dan jika mereka lulus baru kita meletakkan sebagai pengetua atau guru besar di sekolah berkenaan.
Kelainan dalam Pelaksanaan PPPM
Berdasarkan merit dan keupayaan mereka, ini yang kita akan ambil kira dalam kenaikan pangkat mereka. Dalam masa lima tahun akan datang, 4,000 pengetua/guru besar akan menamatkan perkhidmatan dan ini membuka peluang kepada calon-calon pengetua/guru besar yang berkelayakan dan berprestasi tinggi mengisi kekosongan. Sudah ada peraturan ketika ini sesiapa yang ingin jadi pengetua dan guru besar mesti melalui satu proses dan latihan khusus dan jika mereka lulus baru kita meletakkan sebagai pengetua atau guru besar di sekolah berkenaan.
Kelainan dalam Pelaksanaan PPPM
Semua aspek
perancangan digalurkan didalam pelan ini. Apa yang harus kita tumpukan sekarang
ini adalah dari segi pelaksanaan. Saya akui PPPM yang dicadangkan ini luas dan
kompleks. Bagi memastikan kejayaan pelan ini, strategi pelaksanaan secara
berhemah mengikut fasa atau disebut sebagai gelombang, dirangka dengan memberi
tumpuan kepada sokongan terhadap guru dalam gelombang pertama, sebelum memacu
peningkatan sistem dalam gelombang kedua dan beranjak ke arah kecemerlangan
pendidikan dalam gelombang ketiga. Penyusunan sebegini adalah penting kerana
bagi memastikan pelan ini berjaya keutamaan perlu diberikan terhadap inisiatif
yang penting khususnya yang membawa keberhasilan murid.
Penubuhan PADU
Untuk
mengupayakan pelaksanaan Pelan ini juga, kementerian telah mewujudkan entiti
khas yang dinamakan PADU iaitu Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan untuk
memantau dan memastikan kejayaan inisiatif. PADU ditubuhkan dengan dianggotai
oleh pegawai-pegawai yang berbakat dari dalam dan luar Kementerian kerana
pelaksanaan pelan ini menuntut kesungguhan yang kental dan kemahiran pengurusan
yang cekap lagi berwibawa. Jelasnya, penubuhan entiti khas ini tidak pernah
dilakukan oleh Kementerian Pendidikan dalam melaksanakan mana-mana perancangan
sebelum ini. Malah melalui PADU yang akan mengaplikasikan prinsip-prinsip
pengurusan bersifat korporat, kementerian berhasrat untuk menyediakan laporan
tahunan dan status pencapaian inisiatif sebagai maklumat kepada semua pihak.
Penglibatan pihak berkepentingan
Suatu lagi
keunikan dalam pelaksanaan pelan ini ialah dengan pelibatan pihak
berkepentingan. Kementerian tidak mahu Pelan ini menjadi satu dasar yang hanya
difahami dan berlegar sekitar warga Kementerian sahaja.
Memandangkan
pelan ini terhasil daripada aspirasi rakyat, maka kementerian berhasrat untuk
merakyatkan pelaksanaannya. Inisiatif-inisiatif yang direncanakan dalam 11
anjakan yang telah diuar-uarkan, perlu melibatkan komitmen keseluruhan rakyat
kerana daripada rakyatlah tercetusnya ilham untuk merangka inistiatif tersebut.
Di samping
itu kita turut menekankan betapa pentingnya jaringan yang utuh antara PIBG, ibu
bapa dan sekolah. Kita juga memberikan perhatian tentang sumbangan swasta dalam
kita mahu meningkatkan PPPM ini.
Teach for
Malaysia dan Sekolah Amanah dengan melibatkan pihak swasta. Saya mengucapkan
terima kasih kepada pihak Yayasan Amir dan Khazanah Malaysia. Secara kebetulan
saya baru mengadakan lawatan ke sebuah Sekolah Amanah di Gelang Patah semalam
dan menunjukkan hasil yang luar biasa.
Dengan
pendekatan baharu yang digunakan sekolah ini saya melihat lonjakan yang
berganda. Kalaulah kita ada peruntukan sebanyak itu, dibantu dan diberikan
kepada kementerian, alangkah moleknya, semua sekolah kita laksanakan dalam
bentuk sama, lonjakan berganda akan kita lihat dalam tempoh yang amat singkat.
Pelancaran
ini memberi seribu makna kepada kita dalam meningkatkan kualiti pendidikan.
Sempena majlis pelancaran ini kementerian menyediakan dokumen lengkap setebal
300 muka surat dan ringkasan eksekutif dalam bahasa Malaysia dan Inggeris
selain brosur dalam empat bahasa. Mana yang rajin bacalah dokumen setebal 300
muka surat itu supaya tahu apa yang mahu kita laksanakan. Mana yang kurang
rajin, mungkin baca brosur atau yang malas langsung kita akan sediakan video.
Pendekknya
tidak ada sebab rakyat Malaysia tidak tahu mengenai pelan ini. Tidak ada sebab
semua pihak tidak boleh terlibat sama mendokong dan menyokong pelan ini. Kalau
ada suara-suara yang sumbang itu mungkinkerana bahasanya sumbing, sebab itu
mereka tidak faham apa tujuan kita
.
.
Sebab itu
saya sebut, walaupun ada halilintar, ribut dan taufan, kita akan terus melaksanakan
pelan ini, insya-Allah. Kita mengharapkan dengan sokongan semua pihak, maka
akan tercerna satu sistem yang lebih baik dan berkualiti.
Saya ucapkan
terima kasih kepada semua pihak yang bekerja bertungkus-lumus selama lebih dua
tahun untuk menyediakan satu dokumen yang menjadi sejarah pada hari ini.
No comments:
Post a Comment