Thursday, December 10, 2009
Lebih banyak produk IKS masuki pasar raya besar
Persepsi yang silap ini seharusnya diubah kerana sudah banyak usaha yang dilakukan oleh Kerajaan untuk mempertingkatkan produk yang dihasilkan oleh pengusaha IKS. Kebelakangan ini jika dilihat sudah banyak produk yang dihasilkan oleh pengusaha IKS diterima baik di pasaran tempatan malah sebahagiannya mendapat permintaan tinggi di pasaran luar negara. Ini membuktikan produk yang dihasilkan oleh pengusaha IKS bukan sahaja bermutu tetapi juga berjaya memenuhi kehendak pasaran.
[Selanjutnya]
Monday, November 23, 2009
Dasar Tempoh Jangka hayat Kenderaan Ditarik Balik
NAP diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada 24 Oktober lalu di mana dasar Tempoh Jangka Hayat kenderaan merupakan salah satu dasar yang sudah dipersetujui. Di bawah dasar tersebut, pemilik kenderaan berusia 15 tahun ke atas diwajibkan menjalani pemeriksaan di Puspakom sebagai syarat untuk memperbaharui cukai jalan. Bagaimanapun sejak langkah tersebut diumumkan, Kerajaan menerima banyak aduan dan rungutan daripada orang ramai yang rata-rata tidak bersetuju dengan langkah pemeriksaan mandatori tahunan tersebut.
Keputusan tersebut menjadi bukti dasar terbuka Kerajaan dalam menerima pandangan yang dikemukakan oleh rakyat walaupun pada dasarnya tujuan memperkenalkan dasar tersebut adalah untuk menjamin keselamatan pengguna dan pemilik kenderaan tanpa berniat untuk menyusahkan rakyat.
Berikutan langkah menarik balik dasar tersebut, MITI akan mencari kaedah baru bagi menggantikan cadangan tersebut termasuklah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengenal pasti langkah baru yang boleh diguna pakai. Paling penting adalah untuk memastikan setiap kenderaan di jalan raya benar-benar selamat terutama kereta yang sudah berusia lebih 15 tahun.
[Selanjutnya]
Wednesday, November 11, 2009
Peluang miliki rumah sendiri
Di bawah persetujuan yang telah diberikan oleh Kerajaan itu, sebanyak 29,562 unit PPR di bawah seliaan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di 20 kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan dijual pada harga RM35,000 sebuah. Sementara bagi 14,584 unit Perumahan Awam DBKL di 17 lokasi pula akan dijual pada harga antara RM21,500 hingga RM35,000 sebuah mengikut keluasan kawasan dan jumlah bilik.
Borang permohonan akan mula diedarkan 12 Oktober lalu dan pemilik dijangka akan menerima surat kelulusan dan dokumen perjanjian jual beli rumah pada November atau Disember ini.
[Selanjutnya]
Monday, November 2, 2009
Bauchar beras dilaksana hujung tahun
Menerusi program subsidi itu kira-kira 43,500 keluarga miskin tegar berpendapatan RM450 sebulan di bandar dan RM420 sebulan di luar bandar akan menerima kupon bagi 30 kilogram beras percuma setiap bulan manakala lebih 150,000 keluarga yang berpendapatan RM1,500 sebulan di bandar dan RM1,000 di lyar bandar akan menerima tiga kupon subsidi bernilai RM10 setiap satu enam bulan sekali. Turut menerima beras percuma dan subsidi beras ialah kira-kira 15,000 keluarga orang asli di seluruh negara.
Pemberian kupon beras percuma ini dibuat selepas Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melakukan kajian di mana hasil kajian itu mendapati keperluan sebenar beras ST15 oleh golongan sasar hanyalah sekitar 6,000 tan metrik sebulan – sedangkan pada masa ini (sejak April 2009) sebanyak 40,000 tan matrik sebulan di subsidi oleh Kerajaan. Jadi adalah tidak tepat jika banyak pihak terus mendakwa bahawa bekalan berat ST15 tidak cukup di pasaran seandainya semua pihak memahami matlamat sebenar beras ST15 ini di subsidi oleh Kerajaan.
Sehubungan dengan itu pihak kementerian mencadangkan supaya kaedah pelaksanaan program subsidi beras ST15 sedia ada tidak diteruskan selepas 30 November 2009 dan akan diganti dengan kaedah baru iaitu pemberian bauchar kepada golongan sasar di bawah program ‘Subsidi Beras Untuk Rakyat’ atau ringkasnya SUBUR yang akan dilaksanakan pada 1 Disember 2009.
Antara faedah yang dijangka dicapai melalui program tersebut termasuklah bagi memastikan subsidi kerajaan sampai sepenuhnya kepada golongan sasar. Ini bermakna hak golongan miskin dikembalikan kepada mereka.
Selain itu ia juga bertujuan untuk menghentikan penyelewengan bekalan beras ST15 dan sekali gus menutup ruang berlakunya ketirisan. Di samping itu ia juga mampu menjimatkan perbelanjaan Kerajaan dalam pemberian subsidi beras kepada rakyat di mana peruntukan hasil penjimatan ini boleh disalurkan kepada golongan atau sektor lain.
Keseluruhannya, kos program SUBUR dan penggunaan bauchar yang dicadangkan akan melibatkan perbelanjaan kerajaan dalam bentuk subsidi sebanyak RM8,250,854 sebulan.
Di antara golongan sasar yang layak menerima bauchar tersebut adalah berdasarkan daripada senarai eKasih iaitu golongan miskin tegar (49,437 keluarga), miskin (68,027), mudah miskin iaitu golongan berpendapatan rendah (111,054 keluarga). Masyarakat orang asli terdiri daripada keluarga miskin tegar sebanyak 8,808 keluarga dan miskin sebanyak 4,834 keluarga. Institusi kebajikan.
Bauchar tersebut akan diagihkan setiap enam bulan kepada golongan sasar yang dikenal pasti mengikut kawasan Parlimen dan disampaikan oleh ahli Parlimen Barisan Nasional atau Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP). Penerima boleh menggunakan bauchar tersebut untuk membeli beras di mana-mana permis runcit sedia ada yang menjual beras gred berkenaan. Pemborong boleh mengemukakan baucar tersebut kepada Pejabat Kawal selia Padi dan Beras Negeri-Negeri atau ibu Pejabat untuk menuntut bayaran.
Di bawah program ini, penerima kupon RM10 melayakkan pemegangnya membeli beras gred ST15 (15 peratus hancur) bagi sekilogram yang bernilai RM24 pada harga RM14 dan jika mahu membeli beras yang lebih mahal mereka hanya perlu membayar perbezaan harga beras itu sahaja.
Bagi melaksanakan tujuan itu – sebanyak 54,000 peruncit dan 1,200 pemborong beras di seluruh negara akan diberi surat arahan menerima garis panduan daripada kerajaan mengenai sistem pembelian melalui kupon ini. Di pihak peruncit mereka hanya perlu menyerahkan kupon yang diterima kepada pihak pemborong untuk mendapatkan wang tunai. Jika ada peruncit yang enggan menerima kupon yang dikemukakan, Kerajaan berhak menarik balik lesen peruncit terbabit.
Semua ini bertujuan untuk memastikan matlamat kerajaan membantu golongan miskin tercapai – kerana selama ini pengilang dan pemborong mengaut keuntungan besar terutama apabila kerajaan membahagikan beras kepada tiga kategori iaitu ST15 (15 peratus hancur), ST10 (10 peratus hancur) dan ST5 (lima peratus hancur).
Apa yang berlaku ST15 sukar diperoleh di pasaran kerana pemborong membungkus semula beras ST15 kepada ST10 atau ST5 yang harganya lebih mahal. Untuk mengelakkan penipuan daripada segi kualiti, Kerajaan mengambil keputusan dengan membenarkan beras ST15 dan ST15 dijual di pasaran terbuka manakala ST10 akan dimansuhkan.
[Selanjutnya]
Saturday, October 24, 2009
Bajet 2010 Pacu Semula Ekonomi Negara
Apa yang jelas, bajet kali ini merupakan bajet berhemat yang banyak memberi impak kepada rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan masyarakat luar bandar di mana hasrat tersebut juga selari dengan salah satu teras dalam Bidang Keberhasilan Utama nasional (NKRA) bagi mencapai indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) – seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri iaitu untuk meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.
[Selanjutnya]
Friday, August 14, 2009
Subsidi beras untuk golongan miskin
Banyak usaha dilakukan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah tersebut terutama bagi memastikan bekalannya berterusan dan harganya terjamin bagi mengelak rakyat terutama golongan berpendapatan rendah terjejas. Memandangkan pengeluaran besar tempatan hanya sekitar 1.1 juta tan setahun dan masih tidak mampu memenuhi penggunaan domestik, usaha mengimport makanan rugi penduduk dunia ini oleh Kerajaan sedikit sebanyak mampu membendung masalah tersebut.
Bagi memastikan golongan berpendapatan rendah dan keluarga miskin tegar tidak terjejas seperti mana yang berlaku sebelum ini, Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, akan memperkenalkan pemberian sistem kupon untuk membolehkan mereka mendapatkan bekalan beras dan meneruskan kehidupan seperti mana orang lain.
Buat masa ini pihak Kementerian sudah mengenal pasti seramai 100,743 ketua keluarga terdiri dari golongan miskin tegar dan berpendapatan rendah yang layak untuk menerima subsidi melalui sistem kupon tersebut.
Nama-nama tersebut akan dikeluarkan pada bulan depan dan akan dipamerkan oleh Majlis Pembangunan Pertanian (MPP) di tempat-tempat awam seperti balai raya, masjid-masjid dan surau-surau di setiap kawasan Parlimen. Mereka boleh membuat semakan nama tersebut untuk memastikan nama mereka tidak tercicir daripada senarai penerima bantuan.
Jika semua proses ini berjalan lancar dan mendapat pengesahan jemaah menteri, pelaksanaan sistem kupon ini akan dilaksanakan menjelang Oktober depan.
[Selanjutnya]
Monday, August 3, 2009
AS1M Untuk Semua
Berbeza dengan skim pelaburan amanah yang diperkenalkan sebelum ini, Amanah Saham 1 Malaysia (AS1M) diperkenalkan khusus buat seluruh rakyat selari dengan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak – rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
Dengan jumlah dana RM10 bilion iaitu dana terbesar yang pernah dikeluarkan oleh Permodalan Nasional berhad (PNB), AS1M terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, berusia 18 tahun ke atas dengan harga RM1 seunit. Ia boleh dilanggan bermula 5 Ogos sehingga 3 September 2009.
Daripada 10 bilion unit, 50 peratus diperuntukkan kepada Bumiputera, 30 peratus kepada kaum Cina, 15 peratus kepada kaum India dan selebihnya kepada kaum-kaum lain.
Sementara had langganan ditetapkan peda 50,000 unit bagi pelabur berusia 18 tahun dan 100,000 unit bagi pelabur melebihi usia 55 tahun.
Golongan pelajar pusat pengajian paling bertuah apabila Kerajaan bersedia memperuntukkan sebanyak 100 unit percuma AS1M. Pemberian unit percuma ini membabitkan hampir 50,000 pelajar tahun satu peringkat ijazah pertama di Institut Pengajian Awam (IPTA) bagi sesi pengajian 2009. Peruntukan membabitkan sejumlah RM5 juta itu disumbangkan oleh PNB, Malayan Banking Bhd, (Maybank), CIMB Bank, RHB Bank dan Pos Malaysia.
Sebagai golongan pewaris negara, kerajaan mahu melihat golongan muda yang mendapat pendidikan peringkat ijazah menjadi warganegara berwawasan dan progresif serta bijak dalam bidang pelaburan dan perancangan kewangan.
[Selanjutnya]
Wednesday, July 22, 2009
Hadiah Perdana Menteri Kepada Rakyat
Berbagai-bagai pihak menyambut baik pengumuman tersebut dan beberapa usaha yang diambil oleh kerajaan tersebut juga dilihat mampu mengurangkan beban rakyat seterusnya membantu meningkatkan ekonomi rakyat tanpa mengira kaum.
• Diskaun 20 peratus kepada pengguna kad prabayar Touch n Go dan SmartTag yang menggunakan lebuh raya 80 kali atau lebih dalam sebulan bermula 1 September 2009
(Ia membabitkan kira-kira 85,000 pengguna lebuh raya yang layak dan sejumlah RM61 juta diperuntukkan oleh kerajaan untuk tujuan ini. Pengguna lebuh raya yang memenuhi kriteria untuk menikmati diskaun tersebut boleh menebus dalam bentuk rebat tol ketika menambah nilai kad prabayar Touch 'n Go dan SmartTag masing-masing di 136 kaunter pusat jualan Touch 'n Go dan SmartTag di lebuh raya terpilih mulai 1 Oktober ini dan sah disimpan untuk tempoh enam bulan dari tarikh kelayakan)
•Penyewa Program Perumahan rakyat di Wilayah Persekutuan dibenarkan membeli rumah yang disewa
(Ia melibatkan sebanyak 44,905 unit rumah sewa di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) sedia untuk dijual secara berperingkat-peringkat bermula November ini. Sebagai langkah untuk membolehkan penyewa PPR memiliki kediaman sendiri. Kerajaan juga bercadang untuk memperluaskannya ke negeri-negeri lain di seluruh negara)
•Potongan diskaun 50 peratus kepada peniaga kecil di Wilayah Persekutuan memohon dan membaharui lesen perniagaan
•Tambahan RM150 juta bagi dan TEKUN dan RM15 juta untuk pembangunan usahawan muda kaum India
•Tambahan kira-kira 3,000 lagi permit teksi individu dalam masa tiga bulan akan datang
•Komited untuk mengurangkan kadar jenayah terutamanya ragut dan kecurian kenderaan
•Mempergiat usaha bagi memastikan bilangan pendaftaran lewat kelahiran dilaksanakan dengan segera
•Menyegerakan usaha menyelesaikan masalah kewarganegaraan rakyat
•Usaha menambah baik akses kepada kemudahan asas seperti pembinaan jalan dan penyaluran bekalan air serta elektrik di kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak ditingkatkan
•Mengurangkan kadar bayaran permohonan lesen motosikal kepada RM211 berkuat kuasa 1 September depan
•Menubuhkan Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz sehingga 10 bilion unit dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Selain 11 hadiah untuk rakyat tersebut, Perdana Menteri turut mengumumkan enam bidang keberhasilan utama nasional (NKRA) untuk mencapai matlamat Penunjuk Prestasi Utama (KPI) dengan lebih berkesan.
Keenam-enam bidang itu ialah mencegah jenayah, memerangi rasuah, melunaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan serta meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah. Selain itu ia juga meliputi memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman dan menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana – keenam-enam bidang itu akan menjadi fokus utama kerajaan.
KPI diwujudkan bagi membolehkan rakyat mengukur pencapaian anggota pentadbiran kerajaan dan untuk memastikan ada garis panduan jelas kepada penggubal dan pelaksana dasar dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.
[Selanjutnya]
Tuesday, July 14, 2009
Sains dan Matematik diajar semula dalam bahasa Malaysia
Walau apa pun kesannya, keputusan yang telah dibuat oleh Kerajaan ini bukan bermakna Kerajaan tunduk kepada desakan golongan pejuang bahasa atau dibuat semata-mata kepentingan politik tetapi yang lebih penting ia dibuat setelah mengambil kira pelbagai aspek dengan pertimbangan yang cukup teliti serta bijaksana.
Dengan pemansuhan PPSMI ini bermakna mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan manakala di sekolah-sekolah SJKC dan SJKT menggunakan bahasa ibunda masing-masing mulai 2012. Bagaimanapun, perubahan itu tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi.
Bagaimanapun pemansuhan ini dilihat bukan satu halangan bagi Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan untuk memberikan pendedahan dan meningkatkan keupayaan murid-murid untuk menguasai ilmu Sains dan Matematik. Ini kerana satu usaha bersepadu akan dilakukan di mana selain memastikan martabat bahasa Malaysia terus dipelihara dan dipertahankan, penekanan terhadap penguasaan bahasa Inggeris turut menjadi agenda atau keutamaan.
Untuk memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan, satu transformasi kurikulum di sekolah rendah dan menengah akan diperkenalkan dengan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa di kalangan murid melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik.
Modul yang disediakan meliputi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Sementara pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa akan diberi penekanan dalam kurikulum bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah.
Walaupun mata pelajaran sains dan matematik tidak lagi diajar dalam bahasa Inggeris mulai 2012, Kerajaan melihat penguasaan bahasa antarabangsa ini perlu dipertingkatkan dan antara langkah yang diambil oleh Kerajaan antaranya ialah menambah jumlah guru bahasa Inggeris seramai 13,933 orang termasuk 1,000 guru dari luar negara dan menggunakan semula kepakaran 600 guru bahasa Inggeris yang sudah bersara.
Selain menambah bilangan guru, peruntukan waktu bagi pembelajaran bahasa Inggeris di semua sekolah ditambah seratus peratus . Selain itu program sastera kontemporari kanak-kanak bahasa Inggeris juga akan diperkenalkan kepada semua murid tahap II untuk mengukuhkan minat membaca di samping memperkenalkan unsur-unsur sastera.
Walaupun ada pihak yang mahukan ia dilaksanakan segera tanpa menunggu sehingga 2012, tempoh dua setengah tahun adalah satu tempoh yang realistik bagi pihak Kerajaan untuk membuat segala persiapan perlu. Langkah ini perlu memandangkan sebarang perubahan perlu dibuat secara berhati-hati tanpa terburu-buru bagi mengelakkan berlaku kesilapan seperti sebelum ini.
Keputusan untuk memansuhkan PPSMI ini dibuat setelah Kerajaan meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai dasar itu yang menunjukkan ia tidak dapat dilaksanakan seperti yang dihasratkan.
Rasional memansuhkan PPSMI
• Hanya sebilangan kecil guru Sains dan Matematik menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya
• Penggunaan bahasa Inggeris hanya sekitar 53 hingga 58 peratus daripada keseluruhan masa Sains dan Matematik
• Hanya sebahagian kecil guru Sains dan Matematik berjaya mencapai tahap kefasihan bahasa Inggeris pada 2008
• Peratusan murid mendapat Gred A, B dan C bagi untuk kedua-dua mata pelajaran tersebut dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 merosot bagi sekolah bandar dan luar bandar
• Jurang pencapaian yang semakin melebar antara sekolah bandar dan luar bandar sepanjang PPSMI dilaksanakan
• Trends in mathematics and Science Study 2007 melaporkan kedudukan murid Malaysia dalam kedua-dua mata pelajaran itu merosot. Mata pelajaran Sains jatuh ke tangga 21 pada 2007 berbanding tangga ke-20 pada 2003. Sementara bagi mata pelajaran Matematik pula jatuh dari tangga 10 kepada tangga ke-20
• Kajian universiti tempatan mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid adalah nominal dan tidak melebihi tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI
• Tahap penguasaan bahasa Inggeris di luar bandar masih rendah menyebabkan murid sukar memahami PPSMI
[Selanjutnya]
Tuesday, July 7, 2009
Biasiswa Nasional Untuk Semua kaum
Langkah kerajaan memperkenalkan Biasiswa Nasional iaitu satu kategori khas biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah bukti hasrat kerajaan untuk mendahulukan rakyat dengan mengambil kira pertimbangan rakyat keseluruhannya.
Di bawah biasiswa khas yang akan diperkenalkan mulai tahun depan, pemberian biasiswa tersebut hanya terbuka kepada pelajar yang meraih keputusan terbaik sahaja tanpa mengira latar belakang kaum dan agama di mana kelayakannya 100 peratus berdasarkan merit.
Langkah tersebut sedikit sebanyak melegakan pelajar dan ibu bapa sekali gus menjawab segala persoalan dan isu yang ditimbulkan mengenai pemberian biasiswa yang dibangkitkan sebelum ini. Langkah ini juga bertujuan untuk memastikan tiada pelajar yang cemerlang tercicir atau tersisih daripada perhatian kerajaan.
Apa yang lebih penting, inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan ini seharusnya dimanfaatkan oleh pelajar untuk meningkatkan kecemerlangan akademik masing-masing untuk kepentingan bangsa dan negara di masa depan.
[Selanjutnya]
Thursday, June 4, 2009
Menyatupadukan Rakyat Melalui Konsep Satu Malaysia
Secara umumnya, gagasan Satu Malaysia dilihat sebagai tepat pada masanya dan berada pada landasan yang betul untuk mempersiapkan rakyat Malaysia sebagai satu bangsa yang maju seterusnya mencapai wawasan 2020. Satu Malaysia bertujuan untuk menyatupadukan rakyat – paling penting bagi memastikan tiada rakyat di negara ini terpinggir daripada arus pembangunan. Malah setiap rakyat sama ada daripada kelompok kecil atau besar tidak akan dipinggirkan sebaliknya diberikan bantuan sama rata.
Gagasan ini juga bertujuan menjadikan Malaysia bukan sahaja sebagai sebuah negara yang kuat dan maju tetapi juga menjadikan rakyat yang berbilang kaum dan agama ini hidup bersatu padu sebagai satu bangsa. Melalui gagasan Satu Malaysia ini, rakyat pelbagai kaum, agama dan latar hidup disatukan bagi melahirkan satu bangsa dengan satu impian sekali gus menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang kuat dan dihormati di peringkat antarabangsa.
Sebagai rakyat Malaysia yang menyokong usaha membawa negara ini menjadi sebuah negara maju, kuat, bersatu serta dihormati, gagasan Satu Malaysia ini wajar disokong dan didokong oleh semua pihak. Walaupun ada pihak yang mempertikaikan dan mentafsirkan gagasan ini sebagai bakal menghakis hak dan kesitimewaan orang-orang Melayu dan kaum Bumiputera lainnya, pandangan cetek begini perlu disangkal. Apa yang jelas, gagasan Satu Malaysia ini masih berlandaskan atau berpaksikan kepada Perlembagaan dengan memastikan hak-hak keistimewaan orang Melayu dan kaum Bumiputera akan terus dipelihara dan dalam masa yang sama hak-hak kaum lain akan terus dibela dan dihormati.
Jika diperhalusi ke semua lapan nilai dalam konsep Satu Malaysia ini iaitu, budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, integriti dan pendidikan, sememangnya bertepatan dengan hala tuju negara pada ketika ini.
a) Aspek-aspek Budaya Kecemerlangan
Misalnya pengertian waktu, ‘waktu Malaysia’, yang sering dijadikan bahan jenaka orang ramai. Beliau berpendapat, ketepatan masa merupakan antara perkara-perkara yang boleh ketengahkan, meningkatkan kesedaran untuk merubah di mana perlu. Pernyataan seperti ‘lebih kurang’ –sepatutnya tidak wujud lagi dalam perkataan-perkataan yang diguna pakai seharian. Kita perlu lebih tepat dalam setiap perbuatan, pertuturan, dalam apa sahaja yang ingin dicapai.
b) Tentang Mempelajari Budaya Kecemerlangan
2. Ketabahan
Seseorang itu akan berjaya menghadapi rintangan dan dugaan sekiranya beliau kerja keras, berdedikasi, dan tabah menghadapinya serta perlu menghargai dan memahami waktu semasa menghadapi kesukaran tersebut. Begitu jugalah Malaysia yang berhadapan dengan berbagai krisis seperti krisis kewangan, menentang komunis atau berhadapan dengan waktu-waktu bergolak di dalam sejarah kita. Namun apa jua keadaan kita akan berjaya mengharungi krisis tersebut dan menjadi lebih kuat sebagai sebuah negara. Tetapi semua itu telah dicapai kerana kita telah memberikan tumpuan sepenuhnya kepada permasalahan tersebut.
Ketabahan mengharungi perubahan peribadi
Y.A.B. Perdana Menteri turut menceritakan bahawa di sepanjang kehidupannya, beliau sentiasa perlu berusaha lebih daripada biasa demi membuktikan kemampuan diri kerana tidak mahu orang lain memandang kepadanya dan berkata "dia berada di situ kerana nama, atau nama keluarganya melonjakkannya ke situ". Beliau merasakan ada masa yang sama ia seakan satu bebanan kerana perlu sentiasa membuktikan bahawa beliau wajar mendapat semua itu. Malah beliau sentiasa menyedari bahawa perlu menunjukkan kemampuannya dalam melakukan sesuatu perkara dengan baik. Contohnya semasa beliau menghadapi kekecewaan politik di kawasannya sendiri iaitu pada 1999, apabila hanya menang tipis dengan majoriti yang sangat kecil iaitu 241.
Pada masa itu, ramai yang berkata tidak lama lagi beliau akan menjadi sejarah, dan sebahagian daripada mereka mencadangkannya supaya bertukar kawasan. Tetapi beliau tetap dengan pendiriannya untuk kekal dan menyatakan pada diri sendiri walau apa sekali pun akan terus berjuang. Y.A.B. Perdana Menteri berazam untuk membuktikannya dan dalam jangka masa 4 tahun, beliau menang majoriti besar berjumlah 22,922. Manakala pada Pilihan Raya Umum 2008, beliau mencapai kejayaan terbaik dari segi majoriti BN untuk sebarang kawasan pemilihan Parlimen apabila meraih 26,464. Apabila mengalami kekecewaan tersebut, beliau menyedari perlunya melakukan lebih lagi apabila beliau perlu melakukan sesuatu dengan pendekatan yang lebih kreatif serta berbeza, dan semua itu telah menghasilkan perubahan dan peningkatan tersebut, peningkatan besar yang menakjubkan.
3. Rendah Hati
Bersikap rendah diri pada dasarnya adalah satu aset kerana di dalam masyarakat kita, terutamanya masyarakat tradisional, mereka cenderung menghargai orang yang memperlihatkan sifat merendah diri. Dalam Islam, ia adalah konsep Tawaddu`, yakni rendah hati. Sebagaimana yang anda ketahui di dalam masyarakat Melayu, seseorang itu tidak boleh menunjuk-nunjuk. Contohnya, apabila anda keluar melakukan tugas sebagai seorang ahli parlimen, anda mestilah boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat. Dengan memberikan contoh ketika bertugas sebagai ahli parlimen, jika berada di dalam surau atau pergi ke rumah penduduk miskin di dalam kawasannya, beliau akan memastikan tingkah lakunya tidak akan membuatkan mereka berasa tidak selesa. Namun begitu, bersikap rendah diri bukanlah sebagai satu petanda kelemahan. Dalam masyarakat tertentu, ia cenderung disalahertikan sebagai satu petanda kelemahan. Apabila berurusan dengan orang luar, ada kalanya perlulah menunjukkan kekuatan dan keyakinan kerana apabila dilihat seperti rendah diri akan dianggap sebagai satu petanda kelemahan. Beliau menyatakan seseorang itu mestilah menyedari bahawa dalam lingkungan masyarakat Malaysia, ia adalah satu aset, tetapi ada waktunya apabila berurusan dengan dunia luar perlulah memperlihatkan kekuatan dan kejayaan, tetapi bukanlah dengan cara penindasan.
4. Penerimaan
a) Tentang kepentingan penerimaan berbanding toleransi
Y.A.B. Perdana Menteri berasakan terdapat perbezaan yang agak ketara di antara toleransi dan penerimaan. Apabila menyebut toleransi, kita tidak berapa sukakannya, tetapi tetap menerimanya kerana tiada pilihan. Tetapi jika bercakap dari segi penerimaan, ia memperlihatkan keadaan pemikiran bahawa kita menerima sepenuhnya sesuatu itu secara positif. Pada beliau adalah penting bagi kita untuk beralih dari konsep toleransi semata-mata ini kepada penerimaan. Penerimaan bermaksud bersedia untuk menerima sebarang perkara dan sekiranya sanggup menerima sebarang perkara dengan kerelaan, maka beliau berasakan untuk melihat kepada semua perkara secara lebih positif adalah lebih baik berbanding toleransi semata-mata.
Padanya, itu adalah penting kerana seseorang tidak lagi merasa terbeban dan tidak dipengaruhi oleh sebarang tanggapan melulu yang negatif dan mahu melihat kemampuan terbaik yang boleh diberikan. Kita perlu mendapatkan yang terbaik daripada semua bangsa sama ada Melayu, Cina, India, semua kaum lain dan mengadun semua ini agar menjadi jauh lebih besar berbanding bilangan kelompok kaum secara individu.
b) Tentang peranan kerajaan dalam memupuk penerimaan
Belia berpendapat perlunya memulakan polisi yang kelihatan adil dan dilaksanakan dengan cara yang mencerminkan komitmen. Sebagai contoh, apabila bercakap tentang membantu golongan miskin, bantuan tersebut mestilah diberikan kepada semua golongan masyarakat. Maka semua program dan peruntukan kewangan wajib mencerminkan keperluan untuk mengatasi masalah golongan miskin merentasi semua lapisan etnik dan kaum. Terdapat juga pertimbangan lain, contohnya membangunkan bakat di Malaysia. Setiap rakyat Malaysia sepatutnya berupaya untuk memenuhi sepenuhnya dari segi pembangunan diri mereka tanpa mengira jantina. Sistem sedia ada seperti sistem pendidikan, biasiswa, bantuan kewangan, menunjukkan tiada had yang ditentukan kerana latar belakang etnik seseorang tetapi berdasarkan keupayaan peribadi sendiri.
5) Kesetiaan
Pada beliau kesetiaan adalah penting kerana ia adalah asas kepada kepercayaan. Dalam sebarang perhubungan, kesetiaan adalah penting. Beliau juga mentafsir kesetiaan sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya keterlaluan sehingga membuta tuli. Padanya di dalam perkhidmatan kerajaan, semestinya seseorang itu perlu setia kepada pemimpin. Tetapi seseorang itu hendaklah setia selagi pemimpin itu komited kepada tugasnya dan berdedikasi. Kesetiaan juga tidak bermakna tidak boleh mengkritik, tetapi sudah tentu hendaklah mengkritik dengan cara yang betul, di tempat dan masa yang bertepatan. Beliau akan menghargainya, sama ada ianya perhubungan peribadi atau dalam konteks rakan sejawat bahawa akan adanya peluang dan waktu untuk mereka memberikan pandangan yang membina dan kritikan yang diperlukan. Tetapi kesetiaan juga hendaklah disertai dengan keupayaan.
Pada beliau kesetiaan yang membuta tuli adalah merugikan dari segi perhubungan peribadi atau di dalam kerajaan bahawa tiadanya ruang untuk kritikan membina mahu pun pertentangan pendapat. Tetapi ia hendaklah dilakukan dengan cara yang betul dan dengan niat yang baik.
6) Meritokrasi
Prinsip meritokrasi tidak boleh dilaksanakan dalam erti kata yang sebenar kerana ada masanya perlu mempertimbangkan faktor-faktor tertentu yang lain. Contohnya, mereka yang kekurangan, atau masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman, estet-estet dan perkampungan baru yang berada di luar arus perdana masyarakat yang lebih dinamik. Sudah tentunya mereka ini memerlukan pertimbangan khas. Namun pada dasarnya, meritokrasi merupakan satu prinsip yang diperlukan untuk memacu Malaysia ke arah kejayaan yang lebih hebat. Satu daripada prinsip budaya kecemerlangan adalah prinsip meritokrasi. Jika penghargaan berasaskan kerana mereka adalah terbaik, sama ada untuk tugasan tersebut atau syarikat terbaik untuk mendapatkan kontrak, maka semua pihak akan menyedari bahawa mereka perlu berada di tahap tersebut. Pada beliau setelah menyedari bahawa mereka perlu memberikan yang terbaik, maka semua itu akan menyerlahkan yang terbaik daripada semua orang. Maka itu kita tidak mahu Malaysia tidak memberikan sebaik mungkin sebagai sebuah negara. Melihat kepada Malaysia, menggunakan terma sukan tinju, beliau mahu melepaskan tumbukan melebihi had kategori berat badannya. Jika menggunakan budaya kecemerlangan dan prinsip meritokrasi ini, pada beliau ia akan menjadi adunan yang diperlukan untuk memaksimumkan potensi Malaysia.
Tentang langkah Kerajaan ke arah meningkatkan meritokrasi
Ia memang bermakna bahawa kepelbagaian aspek perkhidmatan kerajaan dan masyarakat secara keseluruhannya sewajarnya dibentuk berdasarkan meritokrasi. Misalnya dalam pemerolehan, Kerajaan sewajarnya memperkenalkan satu polisi yang memastikan persaingan pembidaan kerajaan berpeluang memilih syarikat terbaik untuk tugasan tersebut pada harga terendah dan pada masa yang sama mempunyai kemahiran yang diperakui adalah lebih besar berbanding pemilihan berasaskan tender perundingan. Pada masa ini lebih baik mengenal pasti perkhidmatan atau lapangan tertentu yang hendak diswastakan dan membukanya untuk pembidaan. Seterusnya cadangan terbaik boleh dipertimbangkan oleh Kerajaan.
7) Pendidikan
Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Sepanjang sejarah, hanya empayar yang berteraskan akal yang terus wujud berbanding dengan sebuah empayar yang terbina daripada kekuatan tentera tidak mampu bertahan. Pendidikan dan pengetahuan perlu dilihat dalam konteks holistik dan disepadukan dengan nilai. Bukan saja kerajaan, tetapi juga masyarakat sebagai satu nilai. Sebagai contoh, budaya membaca. Budaya membaca, sama ada melalui buku atau pun internet, akan berupaya membuka minda masyarakat Malaysia.
Kita dikekang oleh kenyataan bahawa kita mempunyai aliran (pendidikan) yang berbeza di dalam negara. Kita tidak mempunyai aliran tunggal dan dengan demikian, kita tidak mempunyai aliran kebangsaan. Sedangkan aliran kebangsaan sendiri telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular. Ia menjadi kedua-duanya kekuatan dan masalah dan cabaran kepada kita kerana kita tidak berpeluang untuk membolehkan rakyat Malaysia membesar bersama melalui satu saluran pendidikan dari segi fizikalnya, sebaliknya mereka akan diasingkan. 95 peratus daripada bangsa Cina akan memasuki sekolah Cina dan 97 peratus daripada bangsa Melayu akan memasuki sekolah kebangsaan. Maka kita akan kehilangan peluang. Namun apa yang boleh kita lakukan ialah memastikan terdapatnya peluang untuk kita berinteraksi dengan melihat kepada kurikulum dan menekankan kepada nilai bersama, agar walau pun kita terpisah secara fizikalnya, tetapi jika dipenuhi dengan nilai sistem yang serupa, pada satu peringkat masa diharap kita akan bertemu pada satu titik persamaan. Apabila kita bertemu dalam erti kata fizikalnya, kita akan berupaya untuk menghargai satu sama lain dengan lebih baik lagi.
8) Integriti
Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Cara terbaik untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan ini adalah dengan berlaku jujur kepada rakyat. Jika anda telah melakukan dengan baik, maklumkan polisi yang dilaksanakan adalah betul. Jika polisi tersebut tidak menjadi, maka anda sewajarnya berani untuk menjelaskan kepada mereka, begini… “kita telah melakukan kesilapan tetapi kita merancang untuk melakukan lebih baik lagi, kita mahu memperbetulkan kesilapan ini”.
Adalah diharapkan kesilapan hanya sedikit sahaja, tetapi sebahagian besar daripada keputusan adalah betul dan bertepatan. Namun akan terdapatnya ketika disebabkan oleh perubahan keadaan, anda tiba-tiba menyedari bahawa polisi atau keputusan anda adalah tidak tepat. Tetapi sebaik anda menyedari bahawa anda kurang tepat, maka berlaku jujurlah dan maklumkan kepada rakyat.
Anda mesti bercakap benar dan percaya kepada rakyat. Selepas satu jangka masa, sudah tentu anda akan berupaya membina kepercayaan dan keyakinan tersebut dengan rakyat. Paling penting, tepati janji anda. Jika anda berjanji, tunaikan. Satu daripada perkara yang boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan ini ialah jika anda memungkiri janji. Jika anda menjanjikan sesuatu, mestilah berpegang pada janji dan menunaikannya.
SUMBER: http://www.1malaysia.com.my
Laman Web Rasmi Y.A.B. Perdana Menteri
[Selanjutnya]
Saturday, April 25, 2009
Dasar Liberalisasi Tidak Jejas Bumiputera
Sebaliknya kaum bumiputera boleh mengambil bahagian dalam persaingan terbuka dan Kerajaan berkeyakinan golongan bumiputera mampu melakukannya. Lebih-lebih lagi liberalisasi adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan dan langkah Kerajaan itu juga dilihat bertepatan dengan situasi di mana bumiputera hari ini dilihat sudah bersedia dan mampu bersaing secara sihat.
Langkah Kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor perkhidmatan berkuatkuasa serta merta tanpa sebarang syarat ekuiti dikenakan juga tidak dilakukan secara terburu-buru tetapi dilakukan setelah membuat kajian terperinci iaitu selaras dengan komiten Malaysia terhadap perjanjian dengan ASEAN. Jika dibandingkan dengan negara-negara lain, Malaysia agak terkebelakang dalam melaksanakan komiten itu dan liberalisasi sektor perkhidmatan akan meletakkan Malaysia standing dengan negara-negara ASEAN lainnya.
Beberapa pihak juga berpendapat pemansuhan syarat perruntukan 30 ekuiti tempatan untuk sektor berkenaan juga mempunyai kesan baik untuk jangka masa panjang di mana akan menjadikan Malaysia sebagai pemain utama dalam ekonomi global. Langkah tersebut dijangka meningkatkan lagi kemasukan pelaburan asing dalam sektor terbabit dan seterusnya merancakkan lagi ekonomi dan paling penting mampu mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih besar kepada rakyat tempatan.
[Selanjutnya]
Monday, March 16, 2009
Kekosongan Di Sektor Awam Akan Diisi
Seperti yang diumumkan dalam pakej rangsangan kedua baru-baru ini, sebanyak 50,000 jawatan kosong di peringkat profesional dan sokongan dalam perkhidmatan awam Persekutuan akan diisi segera dan agensi-agensi kerajaan pula akan diberi kuasa untuk melantik kakitangan kumpulan sokongan.
Selain jaminan kerajaan untuk mengisi kekosongan jawatan di sektor awam, usaha lain yang diambil termasuklah memperuntukkan sebanyak RM700 juta bagi menyediakan 163,000 latihan dan mewujudkan peluang pekerjaan sebagai langkah mengurangkan kadar pengangguran dan kebergantungan negara kepada pekerja asing.
Daripada jumlah tersebut, 100,000 latihan yang disediakan merupakan inisiatif usahasama kerajaan dan majikan sektor swasta. Sementara sasaran utama latihan ini adalah untuk memberikan manfaat kepada pekerja yang diberhentikan, pekerja yang diberhentikan sementara, mereka yang mengalami masalah kekurangan pendapatan untuk menampung hidup dan siswazah menganggur.
Kebelakangan ini impak kemelesetan ekonomi global mulai dirasai oleh rakyat di mana kadar pengangguran negara pada tahun ini meningkat kepada 4.5 peratus berbanding 3.7 peratus pada tahun sebelumnya.
Sejak Oktober 2008, seramai 25,000 orang telah kehilangan pekerjaan manakala 30,900 telah diberhentikan sementara sementara 23,900 orang terpeksa berkerja dengan pengurangan gaji.
[Selanjutnya]
Tuesday, March 10, 2009
Membela Rakyat Menjadi Teras Utama
Tambahan sebanyak RM60 bilion serta RM7 bilion bagi Pakej Rangsangan Pertama sebelum ini serta keseluruhan peruntukan RM206 bilion dalam Bajet 2009, diharap mampu mengurangkan kesan penguncupan ekonomi global ke atas ekonomi negara.
Jika dilihat pakej rangsangan kedua ini lebih bertumpu kepada empat teras dan akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun di mana RM2 bilion diperuntukkan untuk mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan, RM10 bilion untuk meringankan beban rakyat terutama golongan mudah terjejas, RM29 bilion untuk membantu sektor swasta menghadapi krisis dan RM19 bilion untuk membina keupayaan masa depan.
Seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, disebabkan keadaan ekonomi global yang semakin meruncing, Pakej Rangsangan Kedua ini perlu bersifat lebih komprehensif dan bersaiz besar yang menjangkau lebih banyak sektor ekonomi dan kumpulan sasaran.
Antara golongan sasaran termasuklah para pekerja, pengguna, pelabur, peniaga kecil dan sedarhana, pengeksport dan graduan menganggur. Selain itu langkah-langkah yang dirangka bukan sahaja memberi tumpuan kepada usaha merangsang ekonomi dalam tempoh terdekat tetapi juga merangkumi inisiatif membina kapisiti ekonomi jangka panjang.
Semua langkah ini adalah bagi memastikan Malaysia lebih bersiap sedia untuk meraih segera peluang-peluang apabila ekonomi global kembali pulih. Dalam masa yang sama Kerajaan akan terus memastikan kesejahteraan semua rakyat dibela dan tidak terpinggir daripada mendapat manfaat tersebut.
Semua ini dapat dilihat melalui teras pertama dan kedua yang memberikan tumpuan menyeluruh merangkumi soal memberi latihan, menjaga kebajikan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada pekerja yang diberhentikan serta siswazah yang menganggur serta subsidi tol, gula, roti dan tepung di mana sebanyak RM674 juta diperuntukkan sebagai subsidi tambahan untuk mengelakkan kenaikan harga barang makanan harian tersebut.
[Selanjutnya]
Thursday, February 19, 2009
Peluang Kedua Bagi Mereka Yang Diberhentikan
Berdasarkan situasi semasa di Malaysia, impaknya tetap dirasakan bagaimana pun masih terkawal berikutan beberapa langkah segera yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini sekali gus membantu mereka yang terbabit dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.
Berdasarkan rekod Kementerian Sumber Manusia, sejak Ogos 2008 sehingga awal Februari 2009, seramai 15,000 pekerja swasta diberhentikan termasuk kira-kira 2,000 orang yang menerima tawaran skim perberhentian sukarela (VSS). Tindakan segera kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia sekurang-kurangnya memberi ruang yang cukup luas bagi mereka yang terbabit.
Selain berusaha menyerapkan mereka ke dalam sektor lain yang dikenalpasti masih memerlukan peluang pekerjaan seperti industri perhotelan, pelancongan, industri berasaskan makanan, industri berasaskan perubatan dan kesihatan, kerajaan juga menyediakan latihan dalam usaha untuk membekalkan mereka yang terbabit dengan kepakaran baru. Ke semua kos latihan dan elaun kepada pekerja terbabit dibiayai oleh kerajaan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM220 juta.
Selain membantu menyerapkan mereka ke dalam sektor-sektor tersebut, mereka juga berpeluang menyertai sektor awam berikutan kekosongan 20,000 jawatan di seluruh negara ketika ini. Kementerain Sumber Manusia mencadangkan kepada kerajaan supaya mengadakan satu temu duga khusus untuk golongan ini sebagai satu usaha memudahkan mereka untuk meneruskan kehidupan.
Dan dalam kelembapan ekonomi sekarang, kerajaan juga membuat keputusan untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh asing dengan membekukan poengambilan mereka dalam sektor elektronik dan tekstil selain mengetatkan permohonan pengambilan untuk sektor lain terutama perladangan dan perkhidmatan. Semua ini dengan harapan kekosongan itu mampu diisi oleh masyarakat tempatan di mana sejak Januari 2009, kerajaan telah menghanatar pulang kira-kira 5,000 pekerja asing.
[Selanjutnya]
Monday, February 16, 2009
Peluang Nelayan Tradisional Untuk Berubah
Mungkin selama ini golongan nelayan pantai ini tidak pernah terfikir mereka sebenarnya mampu untuk menjana pendapatan yang lebih besar jika mereka memanfaatkan sepenuhnya pinjaman di bawah dana nelayan yang diwujudkan oleh kerajaan Pusat.
Melalui pinjaman tersebut, mereka boleh memiliki bot yang lebih besar mencecah harga RM350,000 sebuah melalui kaedah berkongsi memohon pinjaman di bawah dana tersebut. Ketika ini kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sudah meluluskan peruntukan pinjaman tambahan daripada RM30,000 kepada RM70,000 kepada setiap nelayan.
Bermakna jika mereka berkongsi antara tiga hingga lima orang membuat pinjaman, mereka mampu membeli bot yang lebih besar dan canggih berharga antara RM210,000 hingga RM350,000. Ia bukan sahaja mampu meningkatkan keupayaan mereka menangkap ikan dengan lebih jauh sehingga dua hingga tiga hari tetapi juga mampu menambah pendapatan bertepatan dengan transformasi nelayan bagi mengubah taraf hidup mereka.
Nelayan tradisional perlu merebut peluang yang terbuka luas ini memandangkan ia adalah antara kaedah terbaik yang diusahakan oleh kerajaan untuk membantu meningkatkan taraf kehidupan mereka. Paling penting ialah untuk membolehkan mereka lebih kompetetif tanpa terus bergantung kepada bantuan kerajaan.
[Selanjutnya]
Thursday, February 12, 2009
RM193 juta Untuk Pekebun Kecil Sawit
Langkah tersebut membabitkan lebih 200,000 orang pekebun kecil di mana mereka yang layak memohon adalah mereka yang mengusahakan sawit yang sudah tua dengan tidak melebihi 2.3 hektar.
Bagi setiap hektar, pekebun kecil akan menerima bantuan sebanyak RM6,000. Bermakna dengan bantuan yang disalurkan ini, pekebum kecil sawit akan menerima manfaat yang sebelum ini hanya terbuka kepada pekebun kecil getah.
Bantuan ini merupakan sebahagian daripada peruntukan sebanyak RM193 juta yang disediakan oleh kerajaan pada tahun ini bagi program penanaman semula getah dan kelapa sawit yang diusahakan oleh pekebun kecil di seluruh negara.
[Selanjutnya]
Thursday, February 5, 2009
Usaha Mengatasi Krisis Ekonomi Global
Situasi tersebut sudah pastinya menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat memandangkan Malaysia tidak terkecuali daripada menerima tempiasnya. Kesannya kepada ekonomi negara akan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban daripada beberapa segi antaranya, kadar inflasi yang tinggi, kenaikan harga barang, penutupan kilang dan pemberhentian pekerja yang akan meningkatkan kadar pengangguran.
Beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan dalam menanggani masalah ini. Dalam usaha memerangi inflasi dan menstabilkan harga, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu langkah-langkah fiskal, kewangan dan pentadbiran.
Melalui langkah fiskal dan kewangan, kerajaan mengambil langkah mengawal cukai bagi barangan tertentu termasuk makanan. Sementara melalui langkah kewangan pula, kerajaan akan mengamalkan dasar kewangan yang berdisiplin bagi memastikan kadar inflasi stabil.
Melalui langkah-langkah pentadbiran pula, kerajaan mengambil beberapa pendekatan, antaranya, menggalakkan persaingan, memperbaiki sistem pengangkutan dan meningkatkan kapisiti pengeluaran makanan.
Kerajaan akan terus menggalakkan persaingan yang lebih sihat antara industri untuk menghasilkan produktiviti yang tinggi, permodenan teknologi dan daya saing industri dari segi harga produk. Begitu juga dengan sistem pengangkutan yang akan terus diperbaiki dari semasa ke semasa bagi memastikan pengangkutan barangan dan perkhidmatan menjadi cekap dan efisyen. Pembinaan LRT, lebuhraya dan sistem baru keretapi adalah usaha-usaha mengatasi kesesakan. Mengenai makanan, kerajaan menggalakkan peningkatan kapasiti pengeluaran.
Untuk meningkatkan kapisiti pengeluaran makanan pula, kerajaan melalui agensi-agensinya seperti Kementerian Pertanian, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Lembaga Kemajuan lkan Malaysia (LKIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan badan-badan berkaitan diberi galakan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan.
Menyedari bahawa inflasi boleh menimbulkan kesan buruk kepada perkembangan ekonomi negara, kos sara hidup dan taraf hidup orang berpendapatan rendah, kerajaan telah melaksanakan Kempen Anti Inflasi melalui media cetak dan elektronik untuk meningkatkan kesedaran dan perubahan sikap pembeli supaya mereka boleh mengambil langkah-langkah positif untuk membantu membendung inflasi.
Objektif utama kempen ialah untuk mengurangkan kadar inflasi ke tahap yang paling rendah sehingga mencapai tahap sifar seperti yang dihasratkan oleh YA.B. Perdana Menteri. Kempen ini diasaskan kepada konsep untuk memupuk pemikiran masyarakat supaya membanteras inflasi dengan menggalakkan pengguna supaya membeli barang buatan Malaysia, mengelakkan pembelian tidak dirancang, membeli hanya barangan yang benar-benar diperlukan, menggalakkan para pengguna berjimat cermat dan menabung, mengurangkan pembelian menggunakan kad kredit, elakkan amalan mencatut (profiteering) oleh para peniaga dan menggalakkan pembentukan imej pengguna bijaksana.
Langkah mengurangkan harga barang
Kerajaan telah mengambil langkah mengurangkan harga barang keperluan seperti petrol dan beras selaras dengan pengurangan harga komoditi dunia. Subsidi diesel akan terus diberikan kepada golongan tertentu seperti nelayan kerana bertujuan mengurangkan kos operasi mereka dan secara tidak langsung harga ikan di pasar-pasar. Harga lantai petrol akan ditetapkan dan penjimatan yang kerajaan dapat hasil dari pengurangan subsidi akan disalurkan kepada rakyat. Contohnya pakej rangsangan RM7 bilion yang telah diumumkan kerana penjimatan dari kejatuhan harga minyak.
Bajet mengembang
Kerajaan juga mengamalkan bajet mengembang (expansionary) dan bukannya menguncup demi untuk memasukkan duit ke dalam poket rakyat. Walaupun terpaksa berbelanja melebihi pendapatan dan menaikkan defisit kepada 4.8 peratus, kerajaan melakukannya kerana ia terbaik untuk negara dan rakyat. Menteri Kewangan Kedua telahpun menyatakan 1-2 tahun defisit tinggi tidak menjadi masalah kepada negara. Pada krisis 1997, defisit kerajaan telah mencapai 5.5 peratus.
Penubuhan Jawatankuasa tangani isu pekerja diberhenti
Kerajaan mengambil langkah awal menubuhkan dua jawatankuasa khas bagi menghadapi masalah pemberhentian pekerja oleh majikan di negara ini berikutan krisis ekonomi global. Dua jawatankuasa itu ialah Jawatankuasa Pemberhentian Pekerja dan Jawatankuasa Bantuan Pekerja Yang Diberhentikan.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata Jawatankuasa Pemberhentian Pekerja akan mengeluarkan satu garis panduan berhubung pengurusan pemberhentian pekerja dan langkah yang perlu diambil oleh majikan sewaktu berdepan dengan krisis ekonomi global. Katanya, garis panduan itu akan disediakan sebelum Disember ini dan selain memantau keadaan ekonomi, mereka juga akan membantu mencari pekerjaan bagi pekerja yang diberhentikan kerja tanpa mengira bidang.
Jawatankuasa Bantuan Pekerja Yang Diberhentikan akan berperanan untuk menjaga soal kebajikan pekerja dan merangka beberapa program bagi melatih semula pekerja yang diberhantikan. Latihan akan diberikan menerusia Perbadanan Sumber Manusia berhad (PSMB) dibawah peruntukan RM5 juta dan usaha memohon peruntukan tanmbahan daripada Kementerian Kewangan sedang diusahakan.
Kedua-dua jawatankuasa itu akan dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Thomas George dan turut diwakili Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), wakil kesatuan sekerja, agensi dan jabatan kerajaan yang berkaitan dengan pekerja serta dijadualkan bermesyuarat setiap bulan. Bagaimanapun, setakat ini tidak ada pembuangan pekerja secara besar-besaran tetapi kerajaan tetap berwaspada dan bersedia.
Mempertingkatkan kemahiran pekerja menerusi latihan semula
Kerajaan akan mempertingkatkan kemahiran kira-kira 750,000 pekerja dalam industri kecil dan sederhana menerusi latihan semula bagi membolehkan industri berkenaan bersaing di pasaran lebih besar dan berdikari. Datuk Dr S. Subramaniam berkata, latihan semula itu yang akan diberikan sebelum hujung tahun ini, akan dibiayai oleh Tabung Pembangunan Sumber Manusia.
Pihak kementerian akan mengenal pasti program latihan sesuai yang bermanfaat kepada golongan pekerja, Daripada 11,396 majikan yang mencarum kepada tabung yang dikendalikan oleh Pembangunan Sumber Manusia Bhd (PSMB), lebih 70 peratus adalah IKS, katanya. IKS tersebut kebanyakannya adalah daripada sektor pembuatan yang memiliki kurang daripada 150 pekerja dan sektor perkhidmatan yang mempunyai kurang daripada 50 pekerja.
Dalam pada itu, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggariskan enam langkah proaktif yang perlu digerakkan semua agensi dan kementerian bagi mengelakkan negara terjerumus ke dalam kemelesetan ekonomi terutama tahun depan yang membawa kegelisahan rakyat.
Sambil menyifatkan tahun-tahun akan datang begitu mencabar, Timbalan Perdana Menteri menegaskan, langkah-langkah itu termasuk berpegang teguh kepada nilai integriti dengan menghapuskan rasuah serta membantu mengukuhkan sistem penyampaian kerajaan.
Beliau yang juga Menteri Kewangan mengakui kerajaan ketika ini berusaha memastikan permintaan domestik berada pada tahap setinggi mungkin, menentukan sektor perbankan mempunyai kecairan mencukupi serta menetapkan rangsangan fiskal berjalan mengikut jadual. Tentu sekali kita semua akan terasa beban cabaran yang harus dipikul sebab rakyat meletakkan harapan besar kepada kerajaan untuk menyelamatkan negara daripada terjerumus ke lembah kemelesetan ekonomi.
Keenam-enam langkah proaktif yang perlu dilaksanakan semua agensi dan kementerian adalah seperti berikut:
* Modal keintelektualan mesti diperkukuhkan. Ini bererti segala kepakaran ilmu dan pengkhususan yang berkaitan pengurusan ekonomi dan kewangan negara harus diperkuatkan bagi membolehkan kerajaan membuat keputusan-keputusan yang tepat dan kena pada tempat serta masanya.
* Perlu menambah tahap efisien daripada peringkat paling asas kepada yang lebih canggih. Dalam konteks ini, Kementerian Kewangan sebagai agensi pusat juga memberikan khidmat kepada agensi-agensi lain. Oleh itu, jika dapat menyelesaikan sesuatu fail dengan lebih singkat misalnya, maka tahap efisien ini akan tercapai.
* Dalam keadaan dunia yang mencabar hari ini, semua pihak perlu mencerna idea yang lebih inovatif dan kreatif. Untuk mencapainya, mereka tidak boleh lagi memakai cara lama dalam persekitaran sekarang.
* Tidak boleh lagi melihat kerja-kerja yang dilaksanakan semata-mata kerana peruntukan yang diberikan telah dibelanjakan 100 peratus. Sebaliknya, harus menilai dan melihatnya berlandaskan faktor penghasilan kerja.
*Perlu memastikan setiap produk dan perkhidmatan yang dihasilkan termasuk dibelanjakan benar-benar membawa nilai ringgit kepada kerajaan.
*Hindari rasuah dan terus berpegang kepada nilai-nilai integriti.
[Selanjutnya]