Berita baik untuk mereka yang berdepan dengan masalah pekerjaan terutama kepada yang baru diberhentikan akibat kegawatan ekonomi atau mereka yang baru menamatkan penganjian kerana kerajaan akan membuat pengambilan seramai 63,000 orang kakitangan sama ada secara tetap atau kontrak di peringkat profesional atau sokongan bagi mengisi kekosongan di pelbagai agensi kerajaan.
Seperti yang diumumkan dalam pakej rangsangan kedua baru-baru ini, sebanyak 50,000 jawatan kosong di peringkat profesional dan sokongan dalam perkhidmatan awam Persekutuan akan diisi segera dan agensi-agensi kerajaan pula akan diberi kuasa untuk melantik kakitangan kumpulan sokongan.
Selain jaminan kerajaan untuk mengisi kekosongan jawatan di sektor awam, usaha lain yang diambil termasuklah memperuntukkan sebanyak RM700 juta bagi menyediakan 163,000 latihan dan mewujudkan peluang pekerjaan sebagai langkah mengurangkan kadar pengangguran dan kebergantungan negara kepada pekerja asing.
Daripada jumlah tersebut, 100,000 latihan yang disediakan merupakan inisiatif usahasama kerajaan dan majikan sektor swasta. Sementara sasaran utama latihan ini adalah untuk memberikan manfaat kepada pekerja yang diberhentikan, pekerja yang diberhentikan sementara, mereka yang mengalami masalah kekurangan pendapatan untuk menampung hidup dan siswazah menganggur.
Kebelakangan ini impak kemelesetan ekonomi global mulai dirasai oleh rakyat di mana kadar pengangguran negara pada tahun ini meningkat kepada 4.5 peratus berbanding 3.7 peratus pada tahun sebelumnya.
Sejak Oktober 2008, seramai 25,000 orang telah kehilangan pekerjaan manakala 30,900 telah diberhentikan sementara sementara 23,900 orang terpeksa berkerja dengan pengurangan gaji.
2 comments:
wajar bagi kerajaan memberi peluang pekerjaan kepada kakitangan yang telah diberhentikan akibat oleh kegawatan ekonomi ataupun kepada mereka yang baru menamatkan pengajian untuk memberi peluang kepada mereka yang berkenaan.Namun begitu wajarlah pihak kerajaan memainkan peranan untuk memantau masalah rakyat didalam dunia pekerjaan.Ini kerana masalah seperti ini juga akan memberi kesan impak kepada dunia
bagi sesetengah golongan nelayan tradisional hendaklah mengubah cara hidup mereka supaya lebih terus bersaing moden dari segi peralatan penangkapan ikan dan juga kepakaran di dalam bidang lautan.Jika kita lihat sekarang ini pihak kerajaan pusat talah menubuhkan dana nelayan untuk mereka menfaatkan sepenuhnya pinjaman tersebut.Saya sebagai seorang anak nelayan menyeru agar supaya golongan nelayan tradisional dapat mengubah hala tuju untuk berdaya saing serta kompetatif untuk menambah pendapatan dengan tidak hanya bergantung kepada bot-bot kecil atau lain-lain. Jadi sebagai nelayan buat lah satu pembaharauan baru di dalam kehidupan sebagai seorang nelayan.
Post a Comment