Saturday, April 25, 2009

Dasar Liberalisasi Tidak Jejas Bumiputera

Walaupun banyak pihak menyuarakan rasa kurang senang dengan tindakan kerajaan meliberalisasikan beberapa sektor perkhidmatan yang dilihat mengancam kedudukan bumiputera, hakikatnya ia tidak menjejaskan kedudukan bumiputera. Itu lah jaminan yang diberikan oleh Kerajaan ketika mengulas isu tersebut yang dilihat cuba dimainkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan politik semata-mata.

Sebaliknya kaum bumiputera boleh mengambil bahagian dalam persaingan terbuka dan Kerajaan berkeyakinan golongan bumiputera mampu melakukannya. Lebih-lebih lagi liberalisasi adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan dan langkah Kerajaan itu juga dilihat bertepatan dengan situasi di mana bumiputera hari ini dilihat sudah bersedia dan mampu bersaing secara sihat.

Langkah Kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor perkhidmatan berkuatkuasa serta merta tanpa sebarang syarat ekuiti dikenakan juga tidak dilakukan secara terburu-buru tetapi dilakukan setelah membuat kajian terperinci iaitu selaras dengan komiten Malaysia terhadap perjanjian dengan ASEAN. Jika dibandingkan dengan negara-negara lain, Malaysia agak terkebelakang dalam melaksanakan komiten itu dan liberalisasi sektor perkhidmatan akan meletakkan Malaysia standing dengan negara-negara ASEAN lainnya.

Beberapa pihak juga berpendapat pemansuhan syarat perruntukan 30 ekuiti tempatan untuk sektor berkenaan juga mempunyai kesan baik untuk jangka masa panjang di mana akan menjadikan Malaysia sebagai pemain utama dalam ekonomi global. Langkah tersebut dijangka meningkatkan lagi kemasukan pelaburan asing dalam sektor terbabit dan seterusnya merancakkan lagi ekonomi dan paling penting mampu mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih besar kepada rakyat tempatan.

7 comments:

Waksir said...

Salam..saya setuju dengan dasar itu tetapi kerajaan seharusnya sedar bahawa kekalutan sosio-politik dalam negara hari ini tidak seharusnya kerajaan terpaksa menggadaikan kepentingan Bumiputra yang masih lemah ekonominya akibat sikap monopoli kaum bukan Bumiputra terutamanya Cina. Jangan kerana ketagehkan satu undi kaum bukan bumiputra maka nasib 60% Bumiputra terpaksa menanggung seksanya. Kerajaan seharusnya mencari jalan yang sebaik-baiknya agar Bumiputra tidak terkorban dan kaum lain masih boleh hidup senang.

WAK SAPU said...

Saya percaya dasar liberalisasi memberi impak positif kepada negara. Namun kajian terperinci perlu dibuat supaya tidak kemudian hari nanti akan memberi kesan negatif kepada bumiputera. Mesti ada 'give and take'.

WAK SAPU said...

Saya percaya dasar liberalisasi memberi impak positif kepada negara. Namun kajian terperinci perlu dibuat supaya tidak kemudian hari nanti akan memberi kesan negatif kepada bumiputera. Mesti ada 'give and take'.

mak jah said...

mak cik sokong bebeno la bende² mcm ni..asalkan makcik lpas g pasar tiap² pagi...

kambingurun said...

apa liberalisasi? pada pendapat aku rakyat kita perlu diberi pendedahan mengenai liberalisasi di malaysia.setahu aku kalau ikut buku, liberalisasi tu macam memberi kebebasan mutlak kepada manusia untuk mengaut keuntungan, dengan apa cara sekalipun.bunyinya agak negatif.aku harap bukan liberalisasi macam ni yang kerajaan kita maksudkan.bagus juga buka ruang untuk pelabur luar tetapi pada masa yang sama kerajaan kita perlu bijak dan berdisiplin mengawal ekonomi negara dengan penuh hikmah.

kugiranbebas said...

Kerajaan yakin bumiputera boleh bersaing.hakikatnya mereka masih ketinggalan.kalau nak dibandingkan dengan 20/30 tahun lepas memang mereka banyak peningkatan.tapi harus diingat bahawa golongan bukan bumiputera juga sama2 meningkat maju, malah kalau dibandingkan pencapaian bumi/bukan bumi dulu dan kini pada pengamatan saya nisbahnya menurun.
Ada benarnya telahan sesetengah pihak bumiputera terlalu dimanjakan.Mungkin dengan membuka peluang ekonomi kepada semua atau 'liberalisasi' mampu 'mengejutkan golongan ini daripada tidur nyenyak' mereka selama ini.

GilaUsahawanDotCom said...

Liberalisasi atau tak liberalisasi,.. hakikat yang kita harus terima, kita masih ketinggalan. Bangun,.. kita jihad ekonomi.

Teruskan menggilai dunia usahawan.