Selari dengan konsep gagasan Satu Malaysia – rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan, tidak ada golongan yang terpinggir daripada mendapat manfaat melalui pembentangan bajet 2010 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Apa yang jelas, bajet kali ini merupakan bajet berhemat yang banyak memberi impak kepada rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan masyarakat luar bandar di mana hasrat tersebut juga selari dengan salah satu teras dalam Bidang Keberhasilan Utama nasional (NKRA) bagi mencapai indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) – seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri iaitu untuk meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.
Selain itu bajet kali ini yang berjumlah RM191.5 bilion di mana sebanyak RM138.3 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus dan RM53.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan, diharap mampu untuk memulihkan ekonomi negara yang terjejas berikutan kelembapan ekonomi global ketika ini.
Sebelum ini terbukti melalui Pakej rangsangan Ekonomi yang diperkenalkan, banyak menyumbang kepada pemulihan ekonomi selain mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh pelbagai pihak. Melalui pakej rangsangan ekonomi ini juga kerajaan mampu mewujudkan banyak peluang pekerjaan selain pemberian insentif dalam bentuk latihan kemahiran kepada pekerja yang diberhentikan termasuk kalangan siswazah menganggur.
Jika dilihat bajet kali ini juga mengandungi tiga strategi utama iaiatu untuk memacu ekonomi negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, memastikan pembangunan holistik dan mapan serta mengutamakan kesejahteraan rakyat. Dalam bajet sulung Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang bertemakan ‘1 Malaysia Kemakmuran Bersama’ beliau menganggap bajet kali ini sesungguhnya menyelusuri keperluan dan meresapi denyut nadi rakyat.
Walaupun bajet kali ini menyaksikan pengurangan sebanyak 11.2 peratus berbanding Bajet 2009, Datuk Seri Najib Tun Razak tetap menganggap ia sebagai satu pemberian yang tulus dan ikhlas daripada Kerajaan yang menjiwai rakyat.
Berikut adalah antara inti pati Bajet 2010
CUKAI
- Pelepasan cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000.
- Pengurangan kadar cukai maksimum individu daripada 27 peratus kepada 26 peratus.
- Pelepasan cukai langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun pada 2010 hingga 2012.
KAKITANGAN AWAM
- Bayaran khas RM500 kepada penjawat Gred 41 hingga Gred 54 serta pesara wajib kerajaan pada Disember ini.
- Pinjaman pembelian komputer setiap tiga tahun berbanding lima tahun sekali sekarang.
KWSP
- Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia diuruskan oleh KWSP untuk yang tiada pendapatan tetap termasuk pemandu teksi, petani dan penjaja. Setiap RM100 caruman, kerajaan menyumbang 5 peratus tertakluk kepada jumlah RM60 setahun.
- Pelepasan cukai individu untuk caruman KWSP dan premium insurans hayat dinaikkan RM1,000 kepada RM7,000.
- Caruman KWSP dinaikkan semula kepada 11 peratus.
- Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar mendapat ijazah kelas pertama. 30 pelajar terbaik menerima Biasiswa Nasional di universiti tersohor.
- Pakej ‘netbook’ termasuk perkhidmatan jalur lebar dengan bayaran RM50 sebulan untuk dua tahun.
- Diskaun 50 peratus perkhidmatan kereta api jarak jauh kepada pelajar dengan kad diskaun pelajar 1Malaysia.
No comments:
Post a Comment