Wednesday, November 12, 2014
GMSN Beri Pemahaman Lebih Baik Tentang Malaysia Di Universiti Australia
Pusat Rangkaian Pengajian Global Malaysia di Australian National University (GMSN@ANU) dilancar di sini, Rabu sambil Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan harapan pusat berkenaan akan memberi pemahaman yang lebih baik tentang Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri Malaysia berkata GMSN@ANU akan menjadi platform penting bagi para sarjana dalam bidang pengajian tentang Malaysia untuk menjalankan kajian menyeluruh dan memberi maklumat yang seimbang tentang politik, ekonomi dan masyarakat Malaysia.
"Saya percaya penyelidikan akademik yang bebas, objektif dan mendalam tentang pelbagai aspek kehidupan politik dan sosial akan membantu masyarakat antarabangsa memahami lebih baik tentang Malaysia dan mengelak sebarang pandangan serong terhadap negara kita," katanya.
[Selanjutnya]
Wednesday, October 1, 2014
844 Anggota Malbatt Dianugerah Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu
Seramai 844 anggota pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) yang menjalankan misi Pasukan Tentera Sementara Pertubuhan Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil) hari ini dianugerah pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB).
Mereka terdiri daripada 76 pegawai dan 768 anggota lain-lain pangkat pasukan Malbatt 850-1 diketuai Kol Arman Rumaizi Ahmad.
Anugerah itu bagi mengiktiraf kejayaan pasukan berkenaan menjalankan misi Unifil di Lubnan selama 12 bulan mulai 26 Okt 2011.
[Selanjutnya]
KDN Harap SOP Menyelamat Jadi Satu Agenda Sidang Kemuncak Asean 2015
Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kementerian Dalam Negeri (KDN) berharap agar Prosedur Operasi Standard (SOP) menyelamat melibatkan bencana dimasukkan sebagai satu daripada agenda Sidang Kemuncak Asean tahun hadapan.
Timbalan Menteri berkenaan Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ada beberapa masalah sering berlaku apabila ada negara yang ingin menghulurkan bantuan kepada negara lain jika berlaku sesuatu bencana di negara itu.
"Saya cukup yakin selepas ini, salah satu agenda Sidang Kemuncak Asean 2015, inilah salah satunya (iaitu) mengkoordinasikan struktur bantuan rentas-sempadan. Kita berharap macam itu. Sepatutnya sejak 2005 SOP ini dah ada," katanya
[Selanjutnya]
Monday, June 9, 2014
Jangan Salah Guna Pinjaman Skim Mikro-i Bazar Ramadan
Peniaga dan penjaja di negeri ini yang membuat pinjaman Skim Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan 2014 dinasihat agar tidak menyalahgunakan pinjaman itu.
Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan Negeri Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata, di Pahang sahaja terdapat lebih 10,000 peniaga dan penjaja berdaftar yang layak mendapat pinjaman itu.
"Sebahagian besar mereka berniaga secara kecil-kecilan di pekan sehari, pasar malam, pasar tani dan gerai sekitar taman perumahan di negeri ini.
"Sehubungan itu, kita berharap mereka tidak menyalahgunakan pinjaman yang diperoleh dan bersikap jujur dengan melunaskan pinjaman apabila cukup tempoh sepertimana ditetapkan pihak bank," katanya kepada pemberita di sini.
Skim Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Khamis lalu melibatkan peruntukan RM45 juta dengan pinjaman diuruskan oleh Bank Rakyat, manakala permohonan pula perlu dibuat melalui Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil.
Menerusi skim itu, peniaga diberi pinjaman berlandaskan syariah tanpa cagaran sehingga RM3,000 untuk dijadikan modal perniagaan pada bulan Ramadan dengan kadar bayaran balik dua bulan selepas pinjaman.
Shahiruddin berkata, skim pinjaman itu membuktikan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dengan nasib masyarakat peniaga dan penjaja yang banyak membantu kerajaan meningkatkan ekonomi negara.
Dalam masa yang sama beliau turut menyarankan golongan berkenaan supaya mendaftar dengan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil di daerah masing-masing untuk memudahkan mereka mendapat pinjaman itu.
[Selanjutnya]
Monday, June 2, 2014
Malaysia Monopoli Pengiklanan Menerusi Teksi Di Jepun
Malaysia memonopoli medium pengiklanan menerusi teksi di tujuh bandar utama Jepun hasil hubungan erat yang terjalin antara Tourism Malaysia dan syarikat pengendali teksi di negara itu.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata sebanyak 840 teksi di Osaka, Tokyo, Kobe, Yokohama, Fukuoka, Nagoya dan Sapporo 'dilekatkan' dengan gambar produk pelancongan negara ini, selain risalah berkaitan dimuatkan dalam kenderaan terbabit.
"Tidak ketinggalan, pemandu teksi di Jepun akan dibawa melawat Malaysia secara berperingkat supaya mereka dapat merasai sendiri pengalaman bercuti dan kemudian bercerita kepada penumpang.
[Selanjutnya]
Wednesday, May 21, 2014
14,884 Pengguna Memohon Berdaftar Untuk Lindungi Data Peribadi
Sejumlah 14,884 pengguna data serta organisasi pengguna data memohon pendaftaran sehingga April tahun ini sebagai tanda komitmen untuk melindungi data peribadi pengguna.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata jumlah itu melebihi sasaran ditetapkan iaitu sebanyak 8,500 permohonan.
Komitmen pengguna data itu selaras dengan penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) pada 15 November tahun lepas, yang diperkenalkan bagi mencegah penyalahgunaan data peribadi orang awam untuk tujuan komersial, katanya.
[Selanjutnya]
Labels:
1Malaysia
Friday, May 2, 2014
Lima Prinsip Digariskan PM Perlu Diikuti Penjawat Awam
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan Anugerah Khas 2014 kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Mohd Ali Hamsa sempena Hari Pekerja Penjawat Awam 2014
Lima prinsip digariskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu diikuti oleh penjawat awam untuk menambah baik lagi perkhidmatan mereka kepada rakyat.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata kelima-lima prinsip itu amat bermanfaat dalam usaha meningkatkan prestasi kakitangan awam di negara ini.
Katanya apa yang penting ialah supaya sumbangan mereka dapat meningkatkan lagi prestasi ekonomi negara pada keseluruhannya.
[Selanjutnya]
Thursday, April 24, 2014
PM Lancar Platcom Venture Untuk Cungkil Keupayaan Inovasi Dalam Kalangan PKS
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis pelancaran PlaTCOM Ventures Sdn Bhd yang menandakan kerjasama antara Agensi Inovasi Malaysia (AIM) dan SME Corporation Malaysia (SME Corp) di bangunan Perdana Putra di Putrajaya
PUTRAJAYA: Satu inisiatif perkongsian awam-swasta, PlaTCOM Ventures Sdn Bhd, dilancarkan pada Rabu untuk merealisasikan keupayaan inovasi dalam kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam satu platform.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan program itu berkata inisiatif itu boleh membawa Malaysia selangkah kehadapan untuk melakukan inovasi yang lebih besar untuk negara.
[Selanjutnya]
Labels:
1 Malaysia,
PKS,
Platcom Venture
Wednesday, April 2, 2014
PNB perkenal ASB 2, sasar Gen-Y
ROZZANA Azni, 26, menunjukkan replika buku akaun yang diterimanya daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada majlis pelancaran Amanah Saham Bumiputera 2 di pekarangan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata produk tersebut turut memberi keutamaan kepada pemegang-pemegang unit ASB yang telah mencapai 200,000 unit serta ingin mempelbagaikan dan meningkat pelaburan mereka di dalam tabung unit amanah ASNB.
Tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, telah membuat pengumuman mengenai pelancaran ASB 2 dengan saiz 10 bilion unit, sebagai usaha memperkasa ekonomi masyarakat Bumiputera melalui peningkatan pegangan ekuiti mereka di dalam sektor korporat menerusi tabung unit amanah.
[Selanjutnya]
Tuesday, March 4, 2014
Empat Juta Bumiputera Terima Manfaat Penubuhan MARA
KUALA LUMPUR -- Lebih empat juta bumiputera di negara ini mendapat manfaat daripada penubuhan Majlis Amanah Rakyat (MARA) 48 tahun lepas, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata jumlah itu merangkumi pelbagai golongan, antaranya pelajar, usahawan kecil dan tokoh korporat yang dibantu menerusi kewujudan pelbagai skim.
"Langkah berkenaan banyak memberi keadilan kepada penduduk di luar bandar yang sedikit sebanyak terpinggir daripada arus pemodenan.
[Selanjutnya]
Monday, March 3, 2014
Rasionalisasi Subsidi Untuk Tambahan Peruntukan Dalam RMK-11
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata peruntukan bagi sektor pembangunan akan dapat dipertingkatkan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) melalui pelaksanaan rasionalisasi subsidi.
Beliau berkata banyak lagi pembangunan perlu dilakukan khususnya dalam bidang pendidikan seperti pembinaan sekolah tambahan dan sekolah vokasional, pembinaan jalan raya di bandar dan luar bandar, loji air dan tebatan banjir
"Setiap projek ini bukan kecil, besar kosnya. Jadi perbelanjaan untuk peruntukan pembangunan negara ini mesti kita tambahkan lagi.
[Selanjutnya]
Sunday, March 2, 2014
Jambatan Kedua P.Pinang Dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Percikan bunga api pada majlis perasmian Jambatan Sultan Abdul Halim
Kerajaan bersetuju untuk menamakan Jambatan Kedua Pulau Pinang sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
"Kalau ada sebuah jambatan yang begini hebat dan orang akan sebut Jambatan Pulau Pinang Kedua, ia tak ada 'umph', tak signifikan.
[Selanjutnya]
Sunday, February 23, 2014
BR1M Diteruskan Selagi Pertumbuhan Ekonomi Kukuh
Perdana Menteri berkata pertumbuhan ekonomi negara yang baik menjurus kepada kemampuan kerajaan melaksanakan program pembangunan dan menyalurkan bantuan kepada rakyat.
Beliau berkata adalah menjadi keutamaan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk melakukan yang terbaik dalam menguruskan negara terutama berkaitan pertumbuhan ekonomi.
[Selanjutnya]
Subscribe to:
Posts (Atom)