Wednesday, October 1, 2014

KDN Harap SOP Menyelamat Jadi Satu Agenda Sidang Kemuncak Asean 2015

Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kementerian Dalam Negeri (KDN) berharap agar Prosedur Operasi Standard (SOP) menyelamat melibatkan bencana dimasukkan sebagai satu daripada agenda Sidang Kemuncak Asean tahun hadapan.


Timbalan Menteri berkenaan Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ada beberapa masalah sering berlaku apabila ada negara yang ingin menghulurkan bantuan kepada negara lain jika berlaku sesuatu bencana di negara itu.


"Saya cukup yakin selepas ini, salah satu agenda Sidang Kemuncak Asean 2015, inilah salah satunya (iaitu) mengkoordinasikan struktur bantuan rentas-sempadan. Kita berharap macam itu. Sepatutnya sejak 2005 SOP ini dah ada," katanya




Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff dan Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Datuk Zaitun Ab Samad.


Sebanyak 12 kertas kerja melibatkan pengurusan krisis dibentangkan pada persidangan selama dua hari itu yang turut dihadiri lebih 100 peserta daripada lapan negara.


Wan Junaidi berkata, setiap negara perlu mempunyai SOP mereka yang tersendiri, selain SOP khusus jika ada negara luar yang menawarkan bantuan dan kepakaran dalam sebarang misi bantuan.


"Kalau ada orang bantu, kita kena selaraskan bantuan dan permudahkan prosedur kita untuk orang datang membantu, asalkan kita mempunyai SOP untuk kita sendiri dan SOP untuk orang datang membantu.


Malaysia akan menjadi Pengerusi Asean pada 2015 dan negara ini juga akan menganjurkan Sidang Kemuncak Asean 2015.


Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata penggunaan teknologi yang digunakan oleh JPAM perlu dinaik taraf agar selari dengan perkembangan semasa, sekaligus boleh memudahkan operasi menyelamat yang dilakukan oleh agensi itu.


"Kami perlu menaik taraf keupayaan dan kemampuan JPAM daripada semua sudut.


Latihan ada, (tapi) perlu disokong dengan teknologi dan alat.


Negara kita berhadapan dengan cuaca yang tak boleh diramal. Dalam keadaan sedemikian, bencana boleh berlaku di mana-mana sahaja. Jadi dalam keadaan sedemikian kami perlu bersedia," katanya

No comments: