Sepanjang 2010 hingga 2011, kerajaan telah menyalurkan
pelbagai bentuk bantuan berjumlah RM36.7 bilion kepada rakyat untuk memastikan
kehidupan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah tidak terbeban dengan pelbagai
kenaikan kos sara hidup.
Menerusi insiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA),
beberapa langkah diperkenalkan oleh kerajaan termasuklah Kos Sara Hidup yang
merupakan salah satu cara atau pendekatan yang diambil oleh Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memastikan isu-isu berkaitan dengan pendapatan
rakyat ditanggani dengan sewajarnya.
Inisiatif tersebut penting kerana ketika kerajaan berusaha
dan berkerja keras menjana pertumbuhan ekonomi yang konsisten dan memenuhi
impian untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020,
kepentingan golongan miskin dan pekerja terutama mereka yang memiliki
pendapatan di bawah RM800 sebulan tetap menjadi keutamaan dalam agenda
pembangunan negara.
Selain memberikan bentuk bantuan secara terus dalam bentuk
wang tunai seperti Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan di bawah
RM3,00 sebulan, kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM530 juta bagi menyalurkan
bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap anak-anak yang masih
bersekolah.
Begitu juga dengan pemberian baucher pembelian buku sebanyak
RM200 kepada pelajar tingkatan enam dan pelajar universiti yang sedikit
sebanyak berjaya meringankan beban yang terpaksa ditanggung akibat kenaikan
pelbagai kos sara hidup.
Di bawah program BR1M umpamanya seramai 4.78 juta rakyat
Malaysia memperoleh manfaat daripadanya.
Tidak cukup dengan itu, kerajaan turut prihatin dan
memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk menampung subsidi ke atas barangan
keperluan utama seperti petrol, minyak masak, gula, tepung dan pelbagai
keperluan lain.
Di bawah inisiatif NKRA Kos Sara Hidup, kerajaan turut
memperkenalkan Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan Menu 1Malaysia yang
mana kewujudannya sedikit sebanyak membantu meringankan beban golongan
berpendapatan rendah kerana berpeluang untuk membuat pilihan mendapatkan
barangan keperluan harian dengan harga jauh lebih murah berbanding di pasaran
terbuka.
Walaupun peningkatan kos sara hidup lebih dirasakan oleh
penduduk di bandar dan pinggir bandar, kerajaan tetap memberikan keutamaan
untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk di luar bandar dengan terutama
daripada segi penyediaan kemudahan prasarana bagi mengimbangi jurang kemajuan
antara penduduk di bandar dan kawasan luar bandar.
2 comments:
Sepatutnya kerajaan perlu bg kpd rakyat yg bergaji bersih RM 3k bukan jumlah pendapatan RM 3k...Mmg ramai yg bergaji atas RM 3k, tapi lepas di tolak hutang belajar, duit sewa rumah yg tinggal di KL, total gaji jadi bawah RM 3k...yang kaya bertambah kaya, yg miskin makin miskin...terima kasih 1Malaysia...
terima kasih kerajaan Malaysia
Post a Comment