Tuesday, April 24, 2012

PM Janji Tangani Kos Sara Hidup Rakyat


Sepanjang 2010 hingga 2011, kerajaan telah menyalurkan pelbagai bentuk bantuan berjumlah RM36.7 bilion kepada rakyat untuk memastikan kehidupan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah tidak terbeban dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup.


Menerusi insiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), beberapa langkah diperkenalkan oleh kerajaan termasuklah Kos Sara Hidup yang merupakan salah satu cara atau pendekatan yang diambil oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memastikan isu-isu berkaitan dengan pendapatan rakyat ditanggani dengan sewajarnya.


Inisiatif tersebut penting kerana ketika kerajaan berusaha dan berkerja keras menjana pertumbuhan ekonomi yang konsisten dan memenuhi impian untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020, kepentingan golongan miskin dan pekerja terutama mereka yang memiliki pendapatan di bawah RM800 sebulan tetap menjadi keutamaan dalam agenda pembangunan negara.

Selain memberikan bentuk bantuan secara terus dalam bentuk wang tunai seperti  Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan di bawah RM3,00 sebulan, kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM530 juta bagi menyalurkan bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap anak-anak yang masih bersekolah.

Begitu juga dengan pemberian baucher pembelian buku sebanyak RM200 kepada pelajar tingkatan enam dan pelajar universiti yang sedikit sebanyak berjaya meringankan beban yang terpaksa ditanggung akibat kenaikan pelbagai kos sara hidup.

Di bawah program BR1M umpamanya seramai 4.78 juta rakyat Malaysia memperoleh manfaat daripadanya.

Tidak cukup dengan itu, kerajaan turut prihatin dan memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk menampung subsidi ke atas barangan keperluan utama seperti petrol, minyak masak, gula, tepung dan pelbagai keperluan lain.


Di bawah inisiatif NKRA Kos Sara Hidup, kerajaan turut memperkenalkan Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan Menu 1Malaysia yang mana kewujudannya sedikit sebanyak membantu meringankan beban golongan berpendapatan rendah kerana berpeluang untuk membuat pilihan mendapatkan barangan keperluan harian dengan harga jauh lebih murah berbanding di pasaran terbuka.

Walaupun peningkatan kos sara hidup lebih dirasakan oleh penduduk di bandar dan pinggir bandar, kerajaan tetap memberikan keutamaan untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk di luar bandar dengan terutama daripada segi penyediaan kemudahan prasarana bagi mengimbangi jurang kemajuan antara penduduk di bandar dan kawasan luar bandar.

2 comments:

pembayar hutang ptptn said...

Sepatutnya kerajaan perlu bg kpd rakyat yg bergaji bersih RM 3k bukan jumlah pendapatan RM 3k...Mmg ramai yg bergaji atas RM 3k, tapi lepas di tolak hutang belajar, duit sewa rumah yg tinggal di KL, total gaji jadi bawah RM 3k...yang kaya bertambah kaya, yg miskin makin miskin...terima kasih 1Malaysia...

Anonymous said...

terima kasih kerajaan Malaysia