Thursday, May 14, 2015

Sultan Nazrin Shah Ziarah Beting Beras Basah, Sempurnakan Istiadat Pertabalan

Gambar : Jabatan Penerangan Malaysia

BAGAN DATOH, 14 Mei -- Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berangkat ke Beting Beras Basah di sini bagi menjalani Istiadat Mencecah Kaki sekaligus menyempurnakan Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV.

Baginda tiba di Jeti Bagan Datoh pada kira-kira 6.45 pagi.

Ketibaan Sultan Nazrin Shah, yang lengkap berbaju Melayu coklat cair, disambut rakyat jelata yang menunggu sejak pukul 6 pagi dan baginda turut bersalaman dengan mereka.

Sejurus itu, bacaan doa dan selawat diperdengar sebelum baginda, yang diiringi Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan Datuk Dr Afifi Al-Akiti, menaiki sebuah bot amphibian milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

[Selanjutnya]

Kabinet Setuju Kad Tambah Nilai Prabayar Telefon Beli RM10 Dapat RM10



PUTRAJAYA, 13 Mei -- Kabinet bersetuju supaya kad tambah nilai prabayar telefon dijual pada harga RM10 akan mendapat nilai yang sama apabila diaktifkan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) untuk tambah nilai kad prabayar akan dikenakan atas penggunaan iaitu apabila pengguna menggunakannya.

"Kerajaan berpandangan cara ini adalah lebih sesuai kerana kerajaan tidak akan mengambil cukai sebelum perkhidmatan digunakan," katanya dalam sidang media di Putrajaya, Rabu.

Ahmad Shabery berkata syarikat-syarikat telekomunikasi dikehendaki melaksanakan kaedah dan pendekatan 'beli RM10 dapat RM10' sepenuhnya dalam tempoh enam bulan.

[Selanjutnya]

Wednesday, November 12, 2014

GMSN Beri Pemahaman Lebih Baik Tentang Malaysia Di Universiti Australia




Pusat Rangkaian Pengajian Global Malaysia di Australian National University (GMSN@ANU) dilancar di sini, Rabu sambil Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan harapan pusat berkenaan akan memberi pemahaman yang lebih baik tentang Malaysia.


Timbalan Perdana Menteri Malaysia berkata GMSN@ANU akan menjadi platform penting bagi para sarjana dalam bidang pengajian tentang Malaysia untuk menjalankan kajian menyeluruh dan memberi maklumat yang seimbang tentang politik, ekonomi dan masyarakat Malaysia.


"Saya percaya penyelidikan akademik yang bebas, objektif dan mendalam tentang pelbagai aspek kehidupan politik dan sosial akan membantu masyarakat antarabangsa memahami lebih baik tentang Malaysia dan mengelak sebarang pandangan serong terhadap negara kita," katanya.


[Selanjutnya]

Wednesday, October 1, 2014

844 Anggota Malbatt Dianugerah Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu



Seramai 844 anggota pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) yang menjalankan misi Pasukan Tentera Sementara Pertubuhan Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil) hari ini dianugerah pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB).


Mereka terdiri daripada 76 pegawai dan 768 anggota lain-lain pangkat pasukan Malbatt 850-1 diketuai Kol Arman Rumaizi Ahmad.



Seramai empat pegawai dan 18 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei turut menerima anugerah tersebut.


Anugerah itu bagi mengiktiraf kejayaan pasukan berkenaan menjalankan misi Unifil di Lubnan selama 12 bulan mulai 26 Okt 2011.


[Selanjutnya]

KDN Harap SOP Menyelamat Jadi Satu Agenda Sidang Kemuncak Asean 2015

Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kementerian Dalam Negeri (KDN) berharap agar Prosedur Operasi Standard (SOP) menyelamat melibatkan bencana dimasukkan sebagai satu daripada agenda Sidang Kemuncak Asean tahun hadapan.


Timbalan Menteri berkenaan Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ada beberapa masalah sering berlaku apabila ada negara yang ingin menghulurkan bantuan kepada negara lain jika berlaku sesuatu bencana di negara itu.


"Saya cukup yakin selepas ini, salah satu agenda Sidang Kemuncak Asean 2015, inilah salah satunya (iaitu) mengkoordinasikan struktur bantuan rentas-sempadan. Kita berharap macam itu. Sepatutnya sejak 2005 SOP ini dah ada," katanya


[Selanjutnya]

Monday, June 9, 2014

Jangan Salah Guna Pinjaman Skim Mikro-i Bazar Ramadan




Peniaga dan penjaja di negeri ini yang membuat pinjaman Skim Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan 2014 dinasihat agar tidak menyalahgunakan pinjaman itu.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan Negeri Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata, di Pahang sahaja terdapat lebih 10,000 peniaga dan penjaja berdaftar yang layak mendapat pinjaman itu.

"Sebahagian besar mereka berniaga secara kecil-kecilan di pekan sehari, pasar malam, pasar tani dan gerai sekitar taman perumahan di negeri ini.

"Sehubungan itu, kita berharap mereka tidak menyalahgunakan pinjaman yang diperoleh dan bersikap jujur dengan melunaskan pinjaman apabila cukup tempoh sepertimana ditetapkan pihak bank," katanya kepada pemberita di sini.

Skim Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Khamis lalu melibatkan peruntukan RM45 juta dengan pinjaman diuruskan oleh Bank Rakyat, manakala permohonan pula perlu dibuat melalui Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil.


Menerusi skim itu, peniaga diberi pinjaman berlandaskan syariah tanpa cagaran sehingga RM3,000 untuk dijadikan modal perniagaan pada bulan Ramadan dengan kadar bayaran balik dua bulan selepas pinjaman.


Shahiruddin berkata, skim pinjaman itu membuktikan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dengan nasib masyarakat peniaga dan penjaja yang banyak membantu kerajaan meningkatkan ekonomi negara.


Dalam masa yang sama beliau turut menyarankan golongan berkenaan supaya mendaftar dengan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil di daerah masing-masing untuk memudahkan mereka mendapat pinjaman itu.
[Selanjutnya]

Monday, June 2, 2014

Malaysia Monopoli Pengiklanan Menerusi Teksi Di Jepun


Malaysia memonopoli medium pengiklanan menerusi teksi di tujuh bandar utama Jepun hasil hubungan erat yang terjalin antara Tourism Malaysia dan syarikat pengendali teksi di negara itu.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata sebanyak 840 teksi di Osaka, Tokyo, Kobe, Yokohama, Fukuoka, Nagoya dan Sapporo 'dilekatkan' dengan gambar produk pelancongan negara ini, selain risalah berkaitan dimuatkan dalam kenderaan terbabit.

"Tidak ketinggalan, pemandu teksi di Jepun akan dibawa melawat Malaysia secara berperingkat supaya mereka dapat merasai sendiri pengalaman bercuti dan kemudian bercerita kepada penumpang.

[Selanjutnya]