Seperti yang dijanjikan, bajet kali ini yang bertemakan ‘Kerajaan Prihatin’ lebih mengutamakan rakyat di mana strategi-strategi yang dirumus membuktikan bahawa kerajaan sentiasa mendengar rintihan rakyat dan bertindak untuk meringankan beban setiap lapisan masyarakat khususnya golongan berpendapatan rendah.
Sejumlah RM207.9 bilion diperuntukkan di mana RM154.2 bilion dicadangkan untuk belanja mengurus sementara RM53.7 bilion untuk pembangunan dengan memberikan tumpuan kepada tiga stretegi khusus iaitu untuk menjamin kesejahteraan rakyat; membangunkan modal insan berkualiti; dan memperkukuhkan daya tahan negara.
Bagi mengurangkan beban rakyat terutama golongan berpendapatan rendah berikutan kenaikan kos sara hidup, Kerajaan mengumumkan untuk menaikkan tahap pendapatan isi rumah yang layak menerima bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat daripada RM400 sebulan sekarang kepada RM720 untuk Semenanjung, RM830 untuk Sarawak dan RM960 untuk Sabah. Lebih menarik apabila jasa pesara penjawat awam tidak dilupakan di mana mereka yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Jan tahun depan.
Bagi meningkatkan kuasa membeli golongan berpendapatan rendah, kerajaan juga mencadangkan rebat cukai RM350 seorang yang diberikan pada masa ini, dinaikkan kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000 dan ke bawah. Bermakna, seramai 100,000 pembayar cukai dalam golongan tersebut tidak lagi dikenakan cukai.
Usaha mempertingkatkan sistem pengangkutan awam bagi menggalakkan orang ramai menggunakannya lebih-lebih lagi dengan kenaikan pelbagai kos hidup termasuk kenaikan bahan bakar. Untuk itu, juga diberikan tumpuan. Sejumlah RM35 bilion akan dibelanjakan dari tahun 2009 hingga 2014 untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan awam, yang melibatkan projek-projek meningkatkan kapasiti perkhidmatan rel sedia ada, membina laluan rel baru, menambah bilangan bas serta menyediakan kemudahan infrastruktur berkaitan.
Turut diberikan tumpuan ialah dasar jaminan makanan, yang membabitkan pelaksanaan pelbagai program pertanian bagi menjamin bekalan makanan yang mencukupi di mana bagi menjayakan program itu, sejumlah RM5.6 bilion diperuntukkan di bawah Dasar Jaminan Makanan bagi tempoh 2008 hingga 2010, yang antara lain adalah untuk pembayaran insentif kepada pengusaha pertanian bagi mengurangkan beban kenaikan kos pengeluaran dan menggalakkan peningkatan pengeluaran hasil tani.
Umumnya bajet kali ini sememangnya menepati aspirasi rakyat sekali gus menunjukkan keperihatinan Kerajaan terhadap permasalahan rakyat yang terpaksa menanggung peningkatan pelbagai kos akibat suasana ekonomi global yang tidak menentu ketika ini.
Apakah pandangan anda tentang bajet kali ini?
6 comments:
Salam,
Pandangan saya, budget kali ini kurang memberi perhatian kepada golongan sederhana dan yang kurang dari sederhana. Ia lebih tertumpu kepada golongan miskin tegar dan penduduk Sabah dan Serawak dan kakitangan kerajaan dan pada pekerja swasta budget kali ini tidak memberi apa-apa faedah yang ditunggu-tunggu cuma dari segi percukaian dan yang lain-lain tu sama sahaja. Walaupun 2-3 langkah di ambil untuk mengurangkangan beban rakyat tapi ia tidak menyebabkan menyumbangkan kepada penurungan inflasi.
Salam mesra,
Fazrul
Terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana memberi bonus sebulan gaji kepada anggota perkhidmatan awam. Tahun depan kalau boleh bagi 2 pula atau bagi sama rata semua dapat 2000.00. COLA bila pula? Harap-harap harga minyak turun lagi.
bajet kali ini mmg bertepatan dgn ekonomi skrang
pengangkutan awam perlu di perluaskan rangkaiannya bg memenuhi keperluan rakyat
Salam...saya berterima kasih kepada Perdana Menteri kita yang begitu prihatin dengan nasib rakyat..moga-moga diselamat dari azab para pembangkang yang sentiasa mencari peluang menghancurkan negara tercinta..
Saya sentiasa mendukung dan bersama-sama Perdana Menteri kita dalam menyuarakan hasrat kerajaan yang rakyat masih tidak tahu..
antirepublik.blogspot.com
Pakar Motivasi Malaya
Kerajaan sememangnya prihatin keatas masalah rakyat. Namun kadang-kadang perkara yang diumumkan tidak sampai kepada rakyat dari segi implementasinya. Umpamanya bantuan-bantuan kepada golongan miskin tidak diketahui oleh mereka. Ini kerana sikap agensi kerajaan yang berkenaan yang masih mempunyai mindset bahawa orang miskin perlu memohon untuk dapatkan bantuan. Sepatutnya mereka pergi cari orang miskin.
Baru-baru ini, terdapat berita bahawa hanya 70 peratus sahaja orang miskin yang dapat dibantu kerana yang selebihnya tidak mengisi borang dengan lengkap. Berita ini amat menyedihkan kerana ternyata mindset agensi kerajaan tidak berubah.
Kita tahu kebanyakan orang miskin adalah tidak berpelajaran. Mana mungkin mereka mengetahui kemudahan yang kerajaan berikan kerana kedaifan dari segi pendedahan maklumat. Maka perlu digerakkan agensi kerajaan yang datang mencari mereka dan memberikan bantuan tanpa orang miskin perlu memohon.
Terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana bajet tahun ini sememangnya memberi manfaat yang besar terhadap golongan berpendapatan rendah. Walaupun begitu,saya harapkan agar kerajaan dapat mengotakan janji2 lain agar penduduk seperti kami di Sabah terasa dihargai. Kami terpaksa berbelanja lebih untuk keperluan kerana semua harga lebih tinggi berbanding harga di Semenanjung. Dengan kenaikan tahap pendapatan isi rumah, kami dapat menikmati sedikit keselesaan. Saya juga berharap agar kerajaan dapat membantu dari segi membuat lebih banyak rumah kos rendah di kawasan bandar kerana kami terpaksa memandu sejauh 50-100 km sehala untuk ke tempat kerja.
Post a Comment