Tuesday, August 5, 2008

Soalan Minggu Ini: Apa Yang Anda Harapkan Dalam Bajet 2009?



Kenyataan Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang memberi jaminan Bajet 2009 yang akan dibentang hujung tahun ini tidak akan membebankan rakyat, sudah pasti memberi satu kelegaan besar kepada rakyat. Lebih-lebih lagi jaminan beliau tersebut bakal memihak kepada rakyat di peringkat bawahan yang kini berdepan dengan kesukaran akibat kenaikan harga minyak, barangan makanan dan perkhidmatan.


Bajet 2009 juga menurut beliau akan memberikan tumpuan untuk menyelesaikan isu-isu besar yang menjadi kegelisahan rakyat kebelakangan ini. Antara yang akan diberi tumpuan adalah untuk menyedia kemudahan pengangkutan awam yang cekap dan berkesan. Langkah tersebut bertujuan untuk meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat berikutan peningkatan mendadak kos bahan bakar di samping menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

Apakah syor anda kepada pihak kerajaan?

42 comments:

Anonymous said...

Seluruh rakyat semestinya mahukan kehidupan yang sejahtera di bumi bertuah ini seperti yang pernah kita lalui dulu. Selepas 50 tahun merdeka nampaknya cabaran semakin besar dan hebat. Ekonomi, politik dan segalanya menjadi isu besar sekarang. Rakyat sedar kesukaran hidup yang terpaksa dihadapi sekarang namum seharusnya kita mencorakkan segalanya mengikut acuan kita sendiri. Malaysia tanah air kita.

Oleh itu diharapkan Bajet 2009 ini membuka jalan ke arah penyelesaian masalah-masalah semasa dengan lebih baik dan bukan setakat menyedapkan cerita sahaja. Sebagai rakyat kita tidak mengharapkan Malaysia menjadi sebuah negara kebajikan tetapi biarlah menjadi sebuah negara yang mampu untuk kita tumpang hidup dan mencari rezeki yang halal dan membina kehidupan yang selesa.

Kita harus percaya bahawa masih ada ruang untuk memperbaiki keadaan sekarang ini dengan cara yang bijaksana walaupun nampak sukar.Jangan bazirkan wang rakyat untuk projek yang tidak penting. Pertanian harus digiatkan sebaik mungkin sebagai sumber untuk kita mengurangkan import makanan dan bahan mentah seterus mengalakkan industri dalam negara kita.

Pejuang Warisan said...

Kita perlu berfikiran terbuka serta rasional dalam menghadapi cabaran globalisasi daripada hanya menuding jari kepada pihak tertentu sahaja. Sayangilah generasi kita akan datang. Kesilapan kita mengambil tindakan hari ini menjanjikan kehidupan yang rosak untuk mereka di masa akan datang. Semoga bajet 2009 lebih menceriakan.

Anonymous said...

Saya cadangkan kurangkan kadar Tol, Turunkan harga beras, Kadar subsidi dikekalkan, Beri duit saku kepada Pelajar IPT memandangkan kenaikan harga minyak.

Untuk pengetahuan pihak kerajaan, kebanyakan pelajar IPT tidak mampu untuk menggunakan kenderaan akibat kenaikan yang mendadak.

Saya ada satu cadangan bagi membantu mengatasi masalah kewangan mahasiswa. Wajibkan pembinaan Kompleks beli belah berhampiran Kampus Universiti supaya memudahkan pelajar bekerja part time. Ianya saya kira sudah dipraktikkan dinegara luar...

HArap dipertimbangkan....

Anonymous said...

salam

(i) pembangunan di kawasan luar bandar dengan seimbang - sekolah, pembangunan pekan2 kecil yang sempurna, kemudahan pengangkutan awam, pendidikan
(ii) penekanan pendidikan kepada generasi berkelulusan pertengahan dan ke bawah. jangan tumpu kepada mencerdikkan orang-orang bijak sahaja.

Anonymous said...

salam

(i) wujudkan skim utk siswazah terlibat dalam pertanian moden secara agresif. yang takde keje, diberi latihan dalam bidang pertanian + pengurusan pertanian (bukannya bidang IT... sekarang ini, pengetahuan asas IT boleh dipelajari sendiri, tidak perlu kursus khas). Highlightkan kerjaya2 dalam bidang pertanian daripada sibuk dengan mempromosi hiburan yang terlalu berlebihan

Abu UK

my said...

Salam,

Lebih banyak peruntukan diberikan kepada pengangkutan awam dan juga subsidi lebih kepada pengangkutan barangan mentah. Ini adalah sejajar dengan keuntungan/dividen yang RM60bil kerajaan telah raih daripada Petronas. Tiada alasan bagi kerajaan untuk tidak menaik taraf pengangkutan awam lebih-lebih lagi disekitar lembah klang yang penuh sesak pada waktu puncak. RapidKL yang sedia ada cukup baik, namun begitu apa yang dirungut oleh orang awam adalah kekerapan bas. Diharap lebih banyak laluan bas disekitar lembah klang.

http://wacanapascapru12.blogspot.com

mn said...

Salam Sejahtera,

Dalam bajet 2009, saya harap perkara berikut daripada Kerajaan:

1) Turunkan harga minyak

2) Naikan kadar pencen 'Pesara Tentera'.

3) Saya akui saya bekas seorang Tentera yang pernah bersabung nyawa berdepan dengan 'Pengganas Komunis' awal 1980an semata-mata untuk memastikan negara dan rakyat negara ini aman sejahtera.

4. Adakah kerajaan sedar bahawa pengorbanan kami 'tidak sama' seperti pengorbanan oleh seorang kakitangan kerajaan sektor lain?

5. Antara keamanan dan kemajuan, maka sudah tentu keamanan itu lebih penting. Jadi selaku bekas tentera kami mempertahankan keamanan dan kemerdekaan.

6. Jika negara tidak aman bagaimana negara boleh maju?

Sekian Terima kasih

http://suarasukj.blogspot.com

Anonymous said...

berharap bajet thn ni dapat meringankan bebank golongan berpendapatan rendah memandangkan minyak sudah naik..harap2 bajet thn ni tidak menyecewakan golongan perpendpatn rendah di kota metropolitan

Anonymous said...

saya cadangkan agar kita naikkan gaji kakitangan awam yg kerja macam nak giler nie....bonus 3 bln gaji....

Anonymous said...

sebagai rakyat, harga minyak naik kita cuba berjimat cermat lah. tak payah buat bising-bising mahu harga turun dan tunggu kena suap aje. cubalah cari altenatif dan kerajaan boleh bantu dari segi itu.

Anonymous said...

harapan kami terhadap bajet? mudah je kalo kjaan nak teke. cara die..
bajet y akan dibentang MESTI lah ssuatu y dpt mnambahkan poket kewangan kami.. sbg cth, wang poket bersih sblum bajet rm600 menjadi rm800-900 selepas bajet 2009 dlaksana..

kalau ini berlaku. rakyat akan berterima kasih.. pcayalah...

R@duan said...

Harapan saya terhadap bajet 2009.

Semua PTD dinaikkan pangkat setiap tahun. Yang bukan PTD, selepas 20 tahun baru boleh dinaikkan pangkat.

Pegawai PTD menjadi ketua setiap Bahagian dan Unit di dalam Kementerian. Sebagai contoh Unit Pengangkutan Hospital KL, letakkan seorang PTD Gred 46 di situ.Contoh 2, Unit Kejuruteraan Hospital Ipoh, letakkan 2 orang PTD disitu, seorang gred 48 dan seorang gred 54.

Hidup PTD

Anonymous said...

Baguslah kalo baget taun nie bertujuan mengurangkan beban rakyat.Eh jap...bukan tiap2 taun macam tue ker,tapi harga barang tetap dok naik jugak.apa cerita nie....Jangan tanam tebu tepi bibir nanti semut gigit...

Anonymous said...

dlam bajet yang akan datang ini, saya mengharapkan:

1)penambahbaikan dalam sistem pengankutan awan. fokus tidak hanya diberikan kepada bas shj, tetapi juga LRT, komuter dan keratapi. adalah amat diharapkan kerajaan dapat membantu KTM untuk menambahkan koc dan sekali gus meningkatkan kekerapan perjalanan. pengangkutan awam hendaklah murah,selesa,selamat dan menepati masa. pengangkutan-pengangkutan awam juga perlu disepadukan untuk memudahkan pergerakan pengguna. tumpukan juga kepada pengankutan awam luar bandar dan negeri lain dan tidak hanya kepada kuala lumpur dan lembah klang shj.
2)lebih tumpuan di berikan kepada pendidikan terutama pada peringkat rendah dan menengah. harus di ingat bahawa objektif pendidikan tidak sekadar melahirkan individu yang berilmu sahaja tetapi juga berakhlak mulia. diharap gajala sosial yang banyak melibatkan pelajar-pelajar sekolah di ambil berat. bantuan juga harus di beri kepada sekolah di luar bandar agar pelajar-pelajar tidak ketinggalan terutama dalam bidang ICT dan pengusaan bahasa inggeris.
3)terus memperkasakan industri pertanian kerana ini bukan sahaja dapat mengurang kebergantungan kerajaan terhadap sumber makanan dari luar bahkan ia juga dapat mewujudkan peluang-peluang pekerjaan untuk rakyat malaysia.
4)memberikan lebih banyak peruntukan kepada kementerian kesihatan. peruntukan yang diberikan bukan shj untuk menampung perbelanjaan ubat-ubatan tetapi juga menyediakan kemudahan kesihatan yang lebih baik seperti wad yang kebanyakannya kini sesak dan melebihi daripada yang sepatutnya.
5)lebih peruntukan untuk membantu usahawan IKS. diharapkan peningkatan usahawan IKS dapat mengurangkan kadar impaort negara.

Anonymous said...

Assalmualaikum wbt..

Harap kerajaan dapat memberi bonus kepada kakitangan awam pada tahun ini setelah tidak memberinya pada tahun lepas. Kami juga begitu terhimpit dengan masalah ekonomi yang melanda negara. Minta dipertimbangkan.

Anonymous said...

Mohon kerajaan 'revise' balik 'welfare' kakitangan kerajaan dari golongan sokongan ni... tak guna gaji dah dinaikkan tetapi harga barang melambung tinggi.. minyak mahal..

Pastu biarlah kami kakitangan kerajaan nak-nak yg dari golongan bawahan/sokongan ni dapat menikmati BONUS thn ni.. tahun lepas tak dpt sebab gaji dah dinaikkan boleh la digunapakai.. thn ni dgn rege minyaknya naik, harga brg2 yg mahal, tolonglah pertimbangkan yeeee... terima kasih byk2.

Anonymous said...

saya mohon bajet tahun nie. berilah berita gembira kepada kami rakyat yang sentiasa menyokong kuat kerajaan walaupun apa situasi skali pun.

Buwau98 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan memberi rebet cukai kepada pengguna pengangkutan awam. (walaupun ini bukan jumlah belanja yang besar)

- Ini dapat membantu golongan berpendapatan rendah yang bergantung kepada kendaraan awam.
- Galakan ini akan mengurangkan kesesakan jalan raya. (mengurangkan ancaman alam sekitar - global warming)
- Secara tidak langsung, permintaan petrol akan berkurangan dan subsidi kerajaan atas petrol dapat dikurangkan.
- Dengan galakan ini, keuntungan syarikat kendaraan awam akan meningkat dan kemudahan pengangkutan awan boleh dipertingkatkan lagi.
- Kemudahan pengangkutan awam di kawasan luar bandar, bandar kecil amat teruk (Kawasan KL juga amat tidak mencukupi). Lagipun kebanyakan penduduk kawasan ini berpendapatan rendah amat memerlukan bantuan kenderaan awam.
- Kos penggunaan lebuhraya juga amat membebankan akibat kekurangan kendaraan awam antara bandar. Ini juga salah satu punca inflasi yang menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan. Sekiranya kos ini dapat dikurangkan atau dihapuskan, banyak masalah rakyat akan dapat diatasi.

Semoga kerajaan menyayangi rakyat Malaysia. Syukur atas bantuan kerajaan kepada rakyat Malaysia terutamanya golongan yang berpendapatan rendah.

Anonymous said...

Kami berharap agar kerajaan bangun (wake-up) dari keadaan "tidur" yang kini membawa kepincangan ekonomi malaysia. Kerajaan Msia jgn terus mudah menyalahkan kesan ekonomi global dunia terhadap Msia. Perbandingan Pendapatan rakyat per kapita antara Msia, Korea Selatan dan Singapura harus diperbandingkan untuk mencari formula budget yang dapat memberi keuntungan kepada rakyat berpendapatan RM3000 kebawah yang mewakili 50+% dari jumlah rakyat negara seperti dilapurkan oleh Amirsham, Menteri di JPM.

Anonymous said...

Bajet 2009

Diharapkan bajet 2009 ini lebih realistik lagi.Memandangkan semua barang2 sudah naik harga maka secara lojiknya pendapatan/gaji kakitangan awam/swasta pun kena naik jugaklah.Jika tidak rakyat akan menaggung bebannya.

Selalunya gaji kakitangan awam/swasta sahaja yang naik walaupun tak banyak.Persoalannya, bagaimana dengan nasib2 mereka yang sudah tidak bekerja lagi (VSS dan sebagainya).Nak cari kerja susah sebab umur dah 45 tahun keatas.Yang ada cuma duit KWSP.Tak tak boleh dikeluarkan selagi belum cukup 50.Itu pun kalau dah 50 tahun baru dapat keluar 1/3 shj.

Jadi bajet 2009 ini bolehkah diadakan peruntukkan untuk membolehkan mereka2 ini yang sudah berusia 45 tahun keatas yang tidak lagi bekerja mengeluarkan wang KWSP mereka.Secara lojiknya itu wang mereka dan mereka berhak keatas duit itu tetapi telah digunakan untuk pembangunan negara sedangkan mereka hidup dalam kesusahan.

Ada lojiknya jika dibenarkan mereka mengeluarkan wang KWSP itu memandangkan mereka tidak lagi bekerja.

one_project-D04 said...

tidak adil kepada semua orang..
PTD saja yg diutamakan oleh kerajaan...
diaorang pun bukan bagus sangat.. kesian kat cikgu-cikgu yang dah lama berkhidmat tapi susah naik pangkat...
saya harap kerajaan dapat mengkaji dengan mendalam dan tidak selalu mengutamakan PTD saja dalam semua hal... ini baik untuk semua pihak supaya tidak timbul kekecohan..

Anonymous said...

saya harapkan dalam bajet akan datang.. kerajaan mesti turunkan harga minyak.. saya sebagai seorang ahli umno..

terasa perit bila mana kerajaan naikkan harga minyak..

dah la harga barang pun naik..

lain lah pak menteri yang bergaji besar, rumah besar, kaya-raya..

kalau tengok dalam rancangan BERSAMAMU TV3.. ramai lagi orang susah..

so dengan turunkan harga minyak.. dapat kurangkan bebanan rakyat!


Aku dalam bajet akan datang.. potong seberapa banyak elaun-elaun pak menteri kerajaan.

Kita komen secara terbuka, so laman blog ini juga harus terima pandangan secara terbuka.. :D

Anonymous said...

semua bercakap dan memberi cadangan atas kapasiti sebagai pemakan gaji, pekerja swasta, peniaga kecil dan peladang kecil...

kami yang sub con dan pekerja kontrak ni camna.......... jumlah kami terlalu ramai dalam industri binaan........

sapa sudi tengok2 kan kami!!!!!!

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

http://ramlyotai.blogspot.com dan http://awanggedeber.blogspot.com dah jawab isu liwat. BUKA LAH.

Anonymous said...

mengapa masih ramai rakyat Malaysia yang masih pentingkan diri sendiri mahu dikurangkan subsidi minyak, dinaikkan gaji dan sebagainya?

kita perlu paham yang Malaysia mungkin akan wujud beratus tahun lagi dan daripada diturunkan harga minyak melalui pemberian subsidi, lebih baik kerajaan melaburkan lebih bnyk wang dalam R&D untuk mencari alternatif kepada penggunaan minyak seperti hybrid car dan sebagainya.

saya rasa kerajaan perlu menggunakan duit subsidi minyak untuk memajukan bandar-bandar lain supaya setaraf dengan KL dengan mengambil kira pelan pembanggunan bandar pintar yang lebih environment friendly seperti kewujudan public transport yang effisien dan taman2 yang menghijau...

rayliew said...

Semoga bajet 2009 dapat memberi pelbagai bantuan tambahan kepada pekerja awam khususnya dari segi perjawatan dari kontrak kepada pekerja tetap, kenaikan elaun tuntutan dan juga perlaksanaan sepenuhnya tadika/pusat asuhan kanak-kanak di kementerian/jabatan untuk memanfaatkan golongan ibubapa.

Juga dicadangkan supaya pekerja awam diberi bantuan untuk melanjutkan pembelajaran sijil diploma atau yang lebih tinggi lagi sebagai langkah untuk meningkatkan pengetahuan dan prestasi kerja pegawai kerajaan.

Anonymous said...

Assalamualaikum.
Pabila k'jaan naikkan hrga minyak, k'jaan kurang beban subsidi RM8 bilion, kemudian harga brg-brg pelbagai guna pun mendadak naik, r'yat kena beban brapa bilion ?

Saya syorkan kpd k'jaan supaya lebih bijak membuat tindakan, kena kaji implikasi dari pelbgai aspek, skop jangka masa, dan lapisan masyarakat. jgn tertekan pd pmbangkang, jgn terburu-buru buat keputusan.

Barang lepas jgn dikenang,
Bajet 2008 penawar duka.

1. Stabilkan harga brg-brg spt
mnyk makan, beras, tepung,dll.
2. Beri insentif kpd penanam padi.
Bernas harus main pranan.
Tanah sawah terbiar diusahakan
oleh swasta. Hukum mereka yg
menimbus tanah sawah utk
tujuan lain.
3. Pegawai-pegawai kastam dan
jab.laut kerap dipindah agar
tak sekongkol dgn penyeledup.
Ramai yg mkn gaji buta, bilis
ditangkap tapi paus terlepas.
(ini kes serius)
4. Pertanian berkelompok digiat
kan. Pegawai pertanian mesti
turun padang, bukan main golf,
tapi beri tunjuk ajar kpd ptani
utk giat dlm tanaman klompok.
5. FAMA juga demikian.
6. Beri kemudahan tanah kpd yg tak
punya tanah tapi minat utk
mengusahakan pertanian.
7. Jika ekonomi kukuh dan KDNK
meningkat, turunkan kadar
faedah bg pinjaman utk belian
rumah (sebab kos rumah naik).

Yg lain ....lu fikirlah sendiri.

Wassalam.

Anonymous said...

Assalamu,alaikum w.w.,
Terutama sekali pelaksanaannya, supaya mencapai hasil yang gemilang, kalaupun tak terbilang. Mereka yang menerima amanah apa saja dari Kerajaan, atau yang telah menerima zakat dari Rakyat yang mampu, sepatutnya turun kebawah dan mencari sesiapa yang memang perlu dibantu. Hal ini perlu, sebab bukan semua orang suka minta-minta, bukankah Allah s.w.t. memerintahkan kita supaya membantu mereka yang memerlukan pertulungan, yang meminta dan yang malu meminta ? Jadi yang bertanggungjawab perlu turba (turun ke bawah) mencari siapa-siapa yang perlu dibantu. Jangan hanya menunggu mereka datang meminta bantuan, sebab tidak semua orang suka minta-minta, ramai juga yang sudah penat meminta bantuan, tetapi yang berkenaan pura-pura tidak paham, ataupun mungkin tak ambil kissah.Jadi meskipun betapa eloknya bantuan yang disediakan, akan tetapi jika manusia yang melaksanakannya terdiri dari manusia-manusia yang tidak bertanggun jawab, atau tidak amanah akhirnya segala rancangan dan bantuan yang telah disediakan tidak sampai secara menyeluruh, terutama kepada mereka yang sangat-sangat memerlukan. Oleh itu perlu pula ada satu badan yang akan mengawasinya sehinga apa-apa batuan dapat diterima oleh yang memerlukannya secara merata,dan segera mungkin.
S.H.Alatas
www.shiar-islam.com

Anonymous said...

saya tidak mengharapkan sesuatu yang belum pasti kita perolehi ...

buatkan yang terbaik untuk rakyat ... itu sudah cukup ....

jika nak buat penambahbaikan pengangkutan ... tidak perlu berdolak dalih .. seperti faktor kewangan, kawasan dsb.. kerana kita sendiri yang mencipta undang undang ... dan buatlahh dikawasan yang sesuai.

Anonymous said...

Berikan insentif kepada rakyat miskin untuk membeli basikal supaya senang mereka nak pergi menoreh getah atau tanam padi

Anonymous said...

Kurangkan pembaziran dalam perbelanjaan. Seperti yang dilaporkan oleh Ketua Odit Negara. Odit dan BPR harap memantau secara berterusan Kementerian dan Jabatan yang menguruskan perolehan tanpa perlu menunggu penutupan akaun akhir tahun atau menunggu laporan baru hendak disiasat.

Kedua kurangpan bajet untuk pembelian perkara-perkara yang kurang mendesak seperti kelengkapan perang, Kelengkapan angkasa lepas, Tugu-tugu yang berjuta ringgit, dan seumpamanya. Kerana orang kampung tidak dapat melihat atau merasai manfaatnya.

Dengan menghapuskan unsur-unsur pembaziran dan hanya mengutamakan keperluan yang mendesak dalam bajet 2009 diharap Kerajaan dapat menjimatkan banyak wang bagi membiayai subsidi petrol/disel. Jadi harga petrol/disel bolehlah diturunkan semula. Secara tak langsung semua harga bahan seperti beras, baja, racun, perkhidmatan dan segalanya bolehlah dikurangkan semula. Dan mungkin kehidupan rakyat akan menjadi lebih selesa.
Terima kasih.

Anonymous said...

Harapan saya tiada kenaikan cukai yang tinggi. Kerajaan memberi bonus tahunan kepada anggota awam.Pemberian itu juga akan menguntungkan para pesara.Disamping itu sistem pengangkutan awam seperti bas,LRT dapat diperbaiki dan dipertingkatkan.Ini menggalakkan penumpang menggunakannya.

penghunibandaraya said...

Harapan saya tiada kenaikan cukai.
Kerajaan memberi bonus tahunan kepada anggota awam. Sistem pengangkutan awam seperti teksi,bas dan LRT diperbaiki dan pertingkatkan. Dengan ini orang awam akan menggunakan pengangkutan awam semasa kerja dan urusan harian.

Anonymous said...

Harapaan saya tiada kenaikan cukai.
Kerajaan memberi bonus tahunan kepada anggota awam
Sisitem pengangkutan awam diperbaiki dengan kelulusan peruntukan yang lebih.

penghunibandaraya said...

Harapan saya Bajet akan membawa kegembiraan kepada rakyat semua lapisan. Semoga tiada kenaikan cukai yang membebankan kita

Anonymous said...

Pengangkutan awam

Anonymous said...

1. BERI BONOS KAKITANGAN K'JAAN.
2. KURANGKAN HARGA RACUN RUMPAI, BAJA TANAMAN.
3. PERUNTUKAN KEMENTERIAN PELAJARAN GUNAKAN UNTUK MENINGKATKAN KEMUDAHAN DAN TAHAP PENDIDIKAN TANPA PERLU PIBG/SEKOLAH MENGENAKAN PELBAGAI YURAN LAIN KPD IBUBAPA.
4. PEMBINAAN KAPAL ANGKASA LEPAS TANGGUHKAN KERANA BUKAN KEUTAMAAN.
5. KURANGKAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN KETENTERAAN, TAK ADA SAPAPUN NAK SERANG KITA.
6. PROJEK MEGA TANGGUH. GUNAKAN PERUNTUKAN UNTUK MEMBANGUN USAHAWAN DAN IKS MELAYU.
7. PANTAU SEMUA JABATAN/AGENSI YANG MEMBELANJAKAN WANG SECARA BERTERUSAN BAGI MENGURANGKAN RASUAH DAN SALAHURUS WANG RAKYAT.

SEKIAN DARI ULAQ LIDI.

Zikri Husaini said...

saya harapkan buget 2009 lebih tulus dan tidak membebankan rakyat jelata...yang menghadapi krisis yang sangat tidak sihat saya fikir...

Unknown said...

Jadikan realiti pembinaan kilang-kilang pemprosesan Biodiesel (dari minyak kelapa sawit) terutamanya di kawasan-kawasan penanaman kelapa sawit terbesar di Malaysia...contohnya Tawau sabah.

Sebab selama ini perkara tersebut telah diwar-warkan sahaja tetapi belum menjadi realiti lagi.

Juga diharap projek penanaman kayu jarak (Jatropa) di kembangkan di Sabah terutamanya di kawasan seperti Tawau, Sandakan & Lahad Datu.

Terim Kasih.

Anonymous said...

Saya harap bajet tahun ini akan memberi tumpuan kepada cara-cara menangani inflasi dan memperkuatkan sektor pertanian. Dalam masa yang sama diharap kerajaan akan berterusan memberi perhatian kepada sektor pelancongan kerana ia akan menjana pendapatan yang besar kepada rakyat dan negara. Tapi dalam masa yang sama kerajaan jangan lupa pelancongan tempatan sama. Contohnya di Cameron Highland dan Genting Hingland, masa cuti sekolah harga satu bilik hotel sampai RM 200 hingga RM 600. Mana pelancongan tempatan mampu. Tolong tengok-tengokkan yee...

Anonymous said...

Harapan taklah banyak, tetapi jika dapat dimaksimumkan kepentingan rakyat, dan dipenuhi permintaan rakyat, tiada masalah bagi saya..

Supercars and Latest car review