Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperuntukkan sejumlah RM1.6 bilion untuk memajukan sektor pertanian termasuk di Sabah dan Sarawak dalam usaha meningkatkan pengeluaran padi dan beras negara. Usaha tersebut adalah lanjutan daripada langkah dan usaha kerajaan bagi memastikan bekalan beras untuk kegunaan tempatan tidak terjejas. Melalui peruntukan itu juga, pihak kementerian yakin dapat meningkatkan pengeluaran padi daripada 72 peratus sekarang kepada 86 peratus menjelang 2010. Secara tidak langsung usaha tersebut mampu mempertingkatkan pendapatan rakyat di luar bandar seterusnya meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat akibat keadaan ekonomi global yang tidak menentu ketika ini.
Melihat kepada kedudukan semasa bekalan makanan dunia ketika ini, jelas permintaan ke atas beras meningkat mendadak sedangkan bekalannya di seluruh dunia tidak stabil disebabkan oleh beberapa faktor. Selain pengeluaran padi dunia yang tidak meningkat, tindakan negara-negara pengeskport utama beras dunia seperti India, Thailand dan Vietnam mengurangkan eksport, menjadikan bekalan beras dunia berkurangan dan harganya meningkat mendadak. Ia diburukkan lagi oleh keadaan di mana sebahagian besar penduduk dunia kini beralih menjadikan beras sebagai makanan ruji apabila bijirin lain seperti soya, jagung dan gandum dialih guna untuk pengeluaran bio-fuel dan makanan ternakan.
Langkah jangka panjang yang diambil oleh kerajaan ini termasuk memaju dan membuka kawasan penanaman padi baru terutama di Sarawak dan membaik pulih kawasan-kawasan sawah terbiar adalah usaha bagi menjamin bekalan beras untuk kegunaan tempatan terjamin. Ia juga merupakan langkah persediaan untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan ketika masyarakat dunia hari ini mula berdepan dengan krisis barang makanan yang berpuca daripada banyak faktor.

Subsidi Padi:RM923 juta
Subsidi Padi
- i) Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP)
- Bantuan ini diberi dalam bentuk baja iaitu 240 kg setiap hektar bagi baja sebatian (12 kg beg @ 20kg/ beg) dan 80kg baja urea setiap hektar (4 beg @ 20 kg/beg).
- ii) Skim Subsidi Harga Padi (SSHP)
- Kadar bayaran yang diberi kepada pesawah adalah sebanyak RM248.10 bagi setiap tan metrik.
- iii) Insentif Pengeluaran Padi (IPP) – Baja Tambahan dan Bantuan Pembajakan
- Insentif diberi untuk mengurangkan kos pengeluaran. Nilai insentif ini ialah sebanyak RM240.00 setiap hektar semusim. diberikan kepada semua pengusah sawah dalam dua bentuk iaitu; bantuan upah membajak bernilai RM100.00 setiap hektar semusim dan bantuan input pertanian (baja tambahan) bernilai RM140.00 setiap hektar semusim.
- iv) Insentif Peningkatan Hasil (IPH)
- Insentif ini diberi kepada pesawah dengan kadar RM650.00 setiap tan kenaikan. Ianya diberi apabila terdapat peningkatan hasil sekurang-kurangnya 1% daripada musim asas.
- v) Insentif Benih Padi Sah
- Insentif diberikan sebanyak RM0.50 sekilogram kepada pengeluar-pengeluar Benih Padi Sah. Pelaksanaan program penggunaan Benih Padi Sah bermula Januari 2009.
Dasar Jaminan Bekalan Makanan
Keputusan Kerajaan Berkuatkuasa 1 Jun 2008
1. Meningkatkan pengeluaran dan produktiviti sektor agro makanan bagi memenuhi tahap sara
diri.
2. Memastikan bekalan bahan makanan mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan.
3. Memastikan pengusaha pertanian mendapat pendapatan yang setimpal bagi menjamin
pengeluaran bahan makanan tidak terjejas.
diri.
2. Memastikan bekalan bahan makanan mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan.
3. Memastikan pengusaha pertanian mendapat pendapatan yang setimpal bagi menjamin
pengeluaran bahan makanan tidak terjejas.
Keputusan Kerajaan Berkuatkuasa 1 Jun 2008
1. Menetapkan harga maksimum :
- Beras Super Tempatan (ST) 15% pada harga RM1.80 sekilogram
- Beras Super Special Tempatan (SST) 5% pada harga RM2.80 sekilogram
- Beras Super Special Tempatan (SST) 10% pada harga RM2.70 sekilogram
2. Menyeragamkan harga untuk beras gred ST 5%, SST 10% dan SST 15% di Sabah, Sarawak
dan Semenanjung.
3. Harga beras import akan diapungkan, contohnya:Beras Basmati, Beras Pulut dan Beras
Wangi Thai.
4. Langkah-langkah ini akan melibatkan subsidi Kerajaan Persekutuan kepada pengguna di
Negeri Sabah sebanyak RM243.7 juta dan Negeri Sarawak sebanyak RM162.5 juta.

No comments:
Post a Comment