Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) disaran merebut peluang memodenkan perusahaan mereka menerusi pinjaman dan geran yang diperuntukkan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (smidec) berjumlah RM300 juta. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat gesaan itu berikutan sambutan dingin pengusaha IKS walaupun tabungan pinjaman mudah Smidec itu hanya mengenakan kadar faedah serendah empat peratus.
Setakat ini hanya 11 daripada keseluruhan 590,000 pengusaha IKS di seluruh negara memanfaatkan pinjaman dan geran tersebut membabitkan pinjaman sebanyak RM56 juta. Sama ada pengusaha IKS maklum atau tidak dengan kewujudan pinjaman dan geran yang diperuntukan itu, Tan Seri Muhyiddin Yassin menggesa pengusaha IKS berhubung terus dengan Smidec atau agensi-agensi di bawah kementerian lain.
Menurut beliau peluang itu perlu direbut oleh pengusaha IKS dalam usaha untuk memodenkan dan meningkatkan daya produktiviti tambahan pula dengan kenaikan kos bakar dan penstrukturan semula harga minyak baru-baru ini.
Dalam keadaan sekarang beliau juga menyeru pengusaha IKS memandang serius langkah-langkah untuk memodenkan operasi di samping mencari jalan untuk mengurangkan kos bukan sahaja untuk jangka pendek tetapi juga untuk jangka panjang.
Tambah beliau, tanpa sebarang inisiatif untuk meningkatkan pengeluaran menerusi penggunaan mesin moden dan alat yang mampu menjimatkan tenaga elektrik, sektor IKS bakal berdepan dengan peningkatan kos dalam tempoh setahun dua akan datang.

1 comment:
Pinjaman koperasi terbaru menawarkan pinjaman peribadi kepada yang blacklist. Sekiranya anda gagal mendapat pinjaman daripada koperasi atau bank tempatan anda boleh cuba memohon daripada koperasi kami. 100% kes blacklist lulus kerana koperasi tidak ambilkira ctos atau ccris atau bankrapsi.
Pinjaman
Post a Comment