Koperasi Bela Rakyat (Kobera) seperti yang diumumkan oleh Menterinya, Datuk Noh Omar telah pun dipersetujui melalui mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan dan akan dimulakan dalam masa terdekat ini.
Sebagai langkah permulaan MECD akan menyerahkan dana berjumlah RM30,000 bagi setiap DUN untuk memulakan koperasi di mana rakyat miskin yang menjadi ahli diberikan saham bernilai RM100 seorang. Dengan jumlah tersebut seramai 300 orang penduduk miskin akan mendapat manfaat membangunkan koperasi dan jika segalanya berjalan lancar, mereka berpeluang untuk menambah saham mereka dalam Kobera.
Menariknya Kobera terbuka kepada semua kaum termasuk masyarakat orang Asli. Langkah Kerajaan melalui MEDC ini bertujuan untuk meringankan beban penduduk miskin tegar sekali gus membawa mereka ke dalam kelompok masyarakat tanpa rasa tersisih.
3 comments:
Apakah MECD menyerahkan dana berjumlah RM30,000 setiap DUN di seluruh negara?
Sekiranya ya apakah kerajaan telah menimbangkan status miskin tegar diseluruh negara?
Bagaimana pula kepada negeri yang mempunyai KIRT yang ramai?
Apakah progra, ini dilaksanakan diseluruh negara?
Post a Comment