Wednesday, May 21, 2014

14,884 Pengguna Memohon Berdaftar Untuk Lindungi Data Peribadi



Sejumlah 14,884 pengguna data serta organisasi pengguna data memohon pendaftaran sehingga April tahun ini sebagai tanda komitmen untuk melindungi data peribadi pengguna.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata jumlah itu melebihi sasaran ditetapkan iaitu sebanyak 8,500 permohonan.

Komitmen pengguna data itu selaras dengan penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) pada 15 November tahun lepas, yang diperkenalkan bagi mencegah penyalahgunaan data peribadi orang awam untuk tujuan komersial, katanya.


[Selanjutnya]

Friday, May 2, 2014

Lima Prinsip Digariskan PM Perlu Diikuti Penjawat Awam

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan Anugerah Khas 2014 kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Mohd Ali Hamsa sempena Hari Pekerja Penjawat Awam 2014



Lima prinsip digariskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu diikuti oleh penjawat awam untuk menambah baik lagi perkhidmatan mereka kepada rakyat.


Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata kelima-lima prinsip itu amat bermanfaat dalam usaha meningkatkan prestasi kakitangan awam di negara ini.


Katanya apa yang penting ialah supaya sumbangan mereka dapat meningkatkan lagi prestasi ekonomi negara pada keseluruhannya.
[Selanjutnya]