Golongan peladang, penternak dan nelayan
di seluruh negara bakal menerima peruntukan sebanyak RM2.4 bilion setahun
melalui pelbagai insentif-insentif yang akan diberikan oleh kerajaan antaranya
termasuklah subsidi harga padi, subsidi baja
padi, insentif pengeluaran padi, subsidi harga beras, insentif tangkapan ikan
serta elaun sara hidup nelayan.
Insentif-insentif tersebut merupakan komitmen berterusan
kerajaan untuk memastikan golongan itu terus mendapat pembelaan dan juga
menjadi satu bukti bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan sektor pertanian
memandangkan kepentingan sektor tersebut kepada pertumbuhan ekonomi negara.
[Selanjutnya]