Thursday, August 11, 2011

Usaha perangi kenaikan kos kehidupan


Menyedari peningkatan kos hidup yang kian meningkat dan kesannya kepada majoriti rakyat negara ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memutuskan untuk menambah satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang dilihat bukan sahaja penting tetapi juga dianggap sebagai satu keperluan yang mendesak.

Pertambahan NKRA kepada tujuh bidang berbanding enam sebelum ini dibuat berdasarkan kajian dan penilaian terhadap tuntutan serta kehendak rakyat. Perangi Kos Kehidupan Yang Kian Meningkat,akan melengkapkan usaha kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat ekoran kenaikan kos harga barang makanan.


Langkah tersebut diambil memandangkan kebelakangan ini begitu banyak beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat berikutan kenaikan harga barangan disebabkan oleh fenomena global yang tidak dapat dielakkan.

Memandangkan fenomena itu memberi kesan langsung kepada rakyat Malaysia dan pengguna, kerajaan berpendapat tindakan perlu dilakukan untuk mencari penyelesaian yang boleh memberi kesan dan kelegaan kepada rakyat.

Antara langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk memastikan ia berjalan dengan baik dan menguntungkan rakyat termasuklah mengawal harga barangan dan mengekalkan sistem subsidi kepada kebanyakan barangan keperluan asas.

Selain mengawal harga barangan dan mengekalkan subsidi pada barangan tertentu, kerajaan turut memperkenalkan beberapa inisiatif untuk meringankan beban rakyat seperti memperkenalkan Klinik 1Malaysia yang memberikan perkhidmatan dengan kos hanya RM1, rangkaian kedai runcit 1Malaysia yang akan diperluaskan ke seluruh negara.

Sebagai langkah sokongan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga sudah berunding dengan pihak terlibat dalam industri ayam dan mereka setuju mengurangkan kos harga pengeluar yang boleh membawa kepada penurunan harga ayam.

Untuk memastikan langklah tersebut berjalan lancer dan berada pada landasannya, Unit Pengurusan Prestasi Pelaksanaan (Pemandu) akan membantu agensi-agensi kerajaan dan kementerian termasuk Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga untuk mengurangkan kos kepada rakyat.

Langkah tersebut bertujuan untuk melihat bagaimana rangkaian bekalan boleh diliberalisasikan atau melihat kemungkinan-kemungkinan lain seperti membenarkan lebih pengimportan serta memanfaatkan kawasan-kawasan tanah lapang untuk pengeluaran makanan dan ternakan.

Dan sekiranya terdapat cadangan-cadangan yang baik, ia akan dipertimbangkan ke dalam belanjawan akan datang, selain daripada memuatkan ke dalam komputer butiran-butiran jutaan rakyat yang telah mendapat faedah hasil daripada kejayaan pelaksanaan NKRA sebelum ini.

1 comment:

Mike Mobile Choice said...

A good effort which would help the rakyat in reducing the burden of increasing prices of goods.
Thank you.