Monday, October 18, 2010

Melahirkan modal insan berkualiti

Selaras dengan usaha Kerajaan untuk memastikan negara ini muncul sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020, pembangunan modal insan menerusi bidang pendidikan tetap diberikan penekanan. Ia cukup penting kerana untuk menjadi sebuah negara maju kita memerlukan sejumlah besar golongan cerdik pandai bagi membolehkan kita bersaing di peringkat global.

Menyedari kepentingan tersebut dan masa yang semakin suntuk untuk memenuhi impian tersebut dalam tempoh 10 tahun akan datang, Kerajaan bersetuju untuk merombak sistem pendidikan negara dengan memberikan lebih penekanan kepada daya pemikiran, sahsiah diri, kreativiti, inovasi serta daya saing yang tinggi.

Untuk mencapai matlamat tersebut, sebanyak RM29.3 bilion diperuntukkan dalam Bajet 2011 – satu jumlah yang agak besar iaitu peningkatan peruntukan sebanyak 24.9 peratus berbanding tahun lalu sebanyak RM25.5 bilion. Taburan peruntukan tersebut kali ini nampak lebih menyeluruh dan agak seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar.


[Selanjutnya]

Friday, October 15, 2010

Bajet 2011 komprehensif dan realistik

Bertemakan – Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi, ramai yang menyifatkan Bajet 2011 sebagai yang paling komprehensif dan realistik dalam menyediakan asas kukuh kepada Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi tanpa meminggirkan kesejahteraan rakyat.

Ia juga menjadi bukti dan komitmen Kerajaan dalam mengangkat konsep 1 Maaysia sebagai falsafah induk memandu hala tuju negara sementara Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Pelan Transformasi Ekonomi pula menjadi peta panduan dan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Model Baru Ekonomi (MBE) dengan lapan terasnya pula akan membentuk kerangka kerja ke arah hala tuju tersebut dan akan diterjemah melalui RMK-10 dan RMK-11.


[Selanjutnya]