Wednesday, May 7, 2008

Projek Ternakan Babi Di Selangor


Kerajaan Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat melalui Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan negeri akan tetap meneruskan projek ladang ternakan babi secara sistematik dan bersepadu bernilai RM100 juta yang dikatakan bermula sejak pentadbiran Barisan nasional lagi. Walaupun projek ini masih di peringkat kajian pelaksanaannya, pendirian Kerajaan Selangor ini telah menerima tentangan daripada pelbagai pihak kerana ia menjejaskan alam sekitar dan kehidupan penduduk.

Soalan: Wajarkan projek ini diteruskan dengan membelakangkan sensitiviti masyarakat setempat khususnya orang-orang Melayu serta impaknya kepada alam sekitar?

2 comments:

Anonymous said...

Wajarkah kamu dalam kerajaan persekutuan juga kurang sensitiviti terhadap projek ladang ternakan babi...adakah kerajaan itu cuma untuk orang Muslim sahaja dan tidak hirau perasaan kaum lain...?

anuar nordin said...

bagaimana pula projek ternakan babi di negeri sembilan dan melaka yang diusahkan oleh penternak kecil dan sederhana.. adakah ia dijalankan dengan mutu pengahasilan ternakan bermutu tanpa menjejaskan alam sekitar.. sila jelaskan...