Wednesday, May 7, 2008

Krisis Makanan Dunia dan Kenaikan Harga Beras



Krisis makanan yang berlaku di beberapa negara dunia turut memberi kesan kepada peningkatan mendadak harga beras dunia terutama apabila negara-negara pengeluar bahan makanan utama tersebut menghentikan eksport mereka untuk menampung keperluan tempatan yang mendesak. Fenomena global ini turut memberi tempias kepada pengguna Malaysia yang terpaksa berdepan dengan kenaikan harga sedangkan pada hakikatnya bekalan beras di negara ini tidak terjejas.
Situasi tersebut berlaku apabila pengilang beras mengambil kesempatan daripada kekurangan bekalan di peringkat dunia untuk mencari keuntungan dengan mengawal harga. Kenaikan harga ini dikatakan berpunca daripada sikap pengilang yang enggan memproses padi yang dibekalkan oleh petani menyebabkan banyak bekalan padi tidak dapat diproses untuk kegunaan tempatan sehingga memberi kesan kepada kenaikan mendadak barang makanan tersebut. Ini lah masalah sebenar yang terpaksa ditanggung oleh petani yang kerugian kerana pengilang enggan menerima padi untuk diproses dan pengguna pula terpaksa berbelanja lebih untuk mendapatkan bekalan beras.


Soalan: Isu kenaikan harga beras tempatan sebenarnya disebabkan oleh sikap pengilang yang mengambil kesempatan dan ingin mengaut keuntungan lebih sehingga membebankan pihak-pihak lain. Apa komen anda?

1 comment:

Anonymous said...

Tidak bolehkah pihak kerajaan mengambil tindakan kepada pengusaha-pengusaha kilang tersebut? Seperti menarik lesen operasi beliau atau menyaman atau mengeluarkan kompoun kepada mereka?

ataupun..

apa kata jika kerajaan tubuhkan sebuah kilang pemprosesan padi milik kerajaan?