Walaupun kerajaan Malaysia tidak mengambil langkah mengenakan syarat baharu perlesenan terhadap portal berita seperti mana yang diambil oleh kerajaan Singapura untuk mengawal salah laku, banyak pihak menganggap langkah kerajaan itu sebagai tepat untuk membolehkan prinsip-prinsip demokrasi berfungsi dengan baik dan undang-undang sedia ada ketika ini sudah cukup untuk menanggani isu yang ditimbulkan di laman-laman media sosial.
|
Datuk Seri Najib Tun Razak |
Malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga berpandandangan bahawa rakyat dan pengamal media semestinya berpegang kepada pendirian mulia supaya tiada di antara kita yang menyimpang mahupun menyalahgunakan kuasa. Sambil mengingatkan agar pengamal media tidak menyalahgunakan kuasa yang ada, beliau juga menganggap tindakan kerajaan tidak mencontohi pendekatan kerajaan Singapura itu di sebabkan oleh landskap media dan organisasi berita di negara ini telah mengalami perubahan yang amat pesat dengan kehadiran media dalam talian melengkapi media cetak dan media elektronik sedia ada.
Keputusan kerajaan itu juga disambut baik oleh orang ramai dan pengguna media sosial tetapi dalam masa yang sama mereka turut menyarankan agar kerajaan terus mencari jalan penyelesaian kepada isu atau masalah penyalahgunaan media sosial dan internet melalui undang-undang sedia ada atau dibentuk undang-undang baharu selain mengemaskini undang-undang sedia ada.
[Selanjutnya]