Cukup membanggakan apabila Malaysia berada pada
kedudukan ke sembilan daripada 10 buah negara pelancongan paling popular di
dunia - satu-satunya negara di Asia
Tenggara dan ke dua di benua Asia selepas China yang menerima kedatangan
pelancong paling ramai sepanjang tahun 2011.
Malah melihat kepada pencapaian itu, sasaran yang
ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan untuk mencatatkan 36 juta orang
pelancong dengan jumlah pendapat sebanyak RM168 bilion menjelang tahun 2020,
bukan lah sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Bagaimanapun, ia perlu disusuli
dengan tindakan lebih agresif untuk mempromosikan Malaysia di peringkat global.
[Selanjutnya]