Friday, July 13, 2012

Pelan Induk Untuk Melonjakkan PKS


Banyak usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) di negara ini berkembang maju memandangkan PKS mempunyai potensi besar  untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Jika sebelum ini ramai menganggap produk keluaran PKS  kurang bermutu dan tidak mampu untuk bersaing dengan produk-produk yang telah lama bertapak kukuh di pasaran serta sukar untuk menembusi pasaran luar, hari ini pengusaha  PKS boleh berbangga kerana produk yang mereka hasilkan bukan sahaja mampu bersaing tetapi ada sebahagiannya mempunyai kualiti setanding malah jauh lebih baik dan bermutu berbanding  produk keluaran antarabangsa.

Semua ini adalah hasil berterusan yang dilakukan oleh kerajaan melalui peranan  agensi-agensi terbabit untuk membantu  pengusaha  PKS  menjadi pemain utama dalam pemasaran produk bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi juga di peringkat global.


[Selanjutnya]