Presint 11 di Putrajaya dipilih sebagai tapak perintis bagi Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) membabitkan pembinaan 560 unit pangsapuri yang akan dijual dengan harga RM120,000 seunit.
Sehingga kini sebanyak 20 lokasi strategik di Lembah Klang termasuk di kawasan seluas 3.04 hektar di Presint 11telah dikenal pasti di bawah fasa pertama PR1MA yang menyaksikan 42,000 unit rumah dibina.
Rumah-rumah pada kadar harga diskaun sekitar RM150,000 hingga RM300,000 itu akan dijual pada harga yang sama untuk bumiputera dan bukan bumiputera. Ia terdiri dari rumah-rumah yang berkeluasan 1,006 kaki persegi dan 815 kaki persegi dan projek perumahan ini dilengkapi dengan dewan serba guna, taska, tadika, surau, lot perniagaan dan kedai.
Bi bawah program yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini, pemohon rumah PR1MA boleh mendapat pinjaman sehingga 105 peratus untuk menampung kos insurans dan yuran guaman dengan tempoh bayaran sehingga 30 tahun.
PR1MA ini ditujukan khusus kepada warganegara yang berpendapatan sederhana dengan gaji bulanan tidak melebihi RM6,000 tanpa mengira mereka bekerja dengan kerajaan, swasta atau bekerja sendiri.
Antara kelebihan di bawah program itu, pembeli dikecualikan daripada duti stem. Selain itu keluasan keluasan setiap unit rumah PR1MA adalah antara 800 hingga 1,400 kaki per segi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air.
Pembeli boleh memilih untuk menggunakan sebahagian daripada wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau mendapat nilai pinjaman lebih tinggi daripada institusi kewangan untuk beli rumah.
Bagi memastikan program tersebut tidak disalahgunakan oleh pemohon, kerajaan menetapkan bahawa setiap permohon mestilah pembeli kali pertama bagi skim PR1MA dan perlu mendiami rumah tersebut. Pembeli juga tidak dibenarkan menjual rumah tersebut dalam tempoh 10 tahun bagi mengelakkan aktiviti spekulasi.
Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, Program PR1MA ini akan dilaksanakan melalui kaedah usahasama awam swasta dan kerajaan bersedia mempertimbangkan bantuan kepada pemaju-pemaju yang terlibat dari segi penyediaan tanah dan dana mudah cara bagi memastikan rumah dapat ditawarkan pada harga yang ditetapkan kerajaan
2 comments:
salam....dkna sudah menyewa di presint 11 sudah 4 tahun..
macamane nak memohon???
Post a Comment