Selari dengan konsep gagasan Satu Malaysia – rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan, tidak ada golongan yang terpinggir daripada mendapat manfaat melalui pembentangan bajet 2010 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Apa yang jelas, bajet kali ini merupakan bajet berhemat yang banyak memberi impak kepada rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan masyarakat luar bandar di mana hasrat tersebut juga selari dengan salah satu teras dalam Bidang Keberhasilan Utama nasional (NKRA) bagi mencapai indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) – seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri iaitu untuk meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.
[Selanjutnya]