Walaupun banyak pihak menyuarakan rasa kurang senang dengan tindakan kerajaan meliberalisasikan beberapa sektor perkhidmatan yang dilihat mengancam kedudukan bumiputera, hakikatnya ia tidak menjejaskan kedudukan bumiputera. Itu lah jaminan yang diberikan oleh Kerajaan ketika mengulas isu tersebut yang dilihat cuba dimainkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan politik semata-mata.
Sebaliknya kaum bumiputera boleh mengambil bahagian dalam persaingan terbuka dan Kerajaan berkeyakinan golongan bumiputera mampu melakukannya. Lebih-lebih lagi liberalisasi adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan dan langkah Kerajaan itu juga dilihat bertepatan dengan situasi di mana bumiputera hari ini dilihat sudah bersedia dan mampu bersaing secara sihat.
Langkah Kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor perkhidmatan berkuatkuasa serta merta tanpa sebarang syarat ekuiti dikenakan juga tidak dilakukan secara terburu-buru tetapi dilakukan setelah membuat kajian terperinci iaitu selaras dengan komiten Malaysia terhadap perjanjian dengan ASEAN. Jika dibandingkan dengan negara-negara lain, Malaysia agak terkebelakang dalam melaksanakan komiten itu dan liberalisasi sektor perkhidmatan akan meletakkan Malaysia standing dengan negara-negara ASEAN lainnya.
Beberapa pihak juga berpendapat pemansuhan syarat perruntukan 30 ekuiti tempatan untuk sektor berkenaan juga mempunyai kesan baik untuk jangka masa panjang di mana akan menjadikan Malaysia sebagai pemain utama dalam ekonomi global. Langkah tersebut dijangka meningkatkan lagi kemasukan pelaburan asing dalam sektor terbabit dan seterusnya merancakkan lagi ekonomi dan paling penting mampu mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih besar kepada rakyat tempatan.
[Selanjutnya]