Kenaikan harga gula seharusnya dilihat daripada susut positif dan kenaikan sebanyak 20 sen ini sebenarnya bukan lah sesuatu yang membebankan rakyat malah tidak juga memberi impak besar kepada pengguna mahu pun peniaga. Ini kerana gula merupakan barangan yang diperlukan mengikut kemahuan dan kehendak masing-masing. Oleh itu kenaikan harga gula kali ini perlu dilihat dalam perspektif dan sudut yang lebih luas tanpa sebarang prejudis dan prasangka negatif.
Kita juga perlu tahu bahawa diabetes adalah penyakit kronik yang sehingga kini tiada penawarnya dan ubat yang dihasilkan hanya berfungsi untuk mengawalnya sahaja. Berdasarkan fakta ini dan rekod kesihatan sebahagian besar rakyat Malaysia, adalah wajar bagi kita untuk mengurangkan pengambilan gula serendah mungkin. Selain ia membantu daripada segi kesihatan, pengurangan pengambilan gula juga membantu kita untuk lebih berjimat cermat.

No comments:
Post a Comment