Thursday, May 14, 2015

Sultan Nazrin Shah Ziarah Beting Beras Basah, Sempurnakan Istiadat Pertabalan

Gambar : Jabatan Penerangan Malaysia

BAGAN DATOH, 14 Mei -- Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berangkat ke Beting Beras Basah di sini bagi menjalani Istiadat Mencecah Kaki sekaligus menyempurnakan Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV.

Baginda tiba di Jeti Bagan Datoh pada kira-kira 6.45 pagi.

Ketibaan Sultan Nazrin Shah, yang lengkap berbaju Melayu coklat cair, disambut rakyat jelata yang menunggu sejak pukul 6 pagi dan baginda turut bersalaman dengan mereka.

Sejurus itu, bacaan doa dan selawat diperdengar sebelum baginda, yang diiringi Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan Datuk Dr Afifi Al-Akiti, menaiki sebuah bot amphibian milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

[Selanjutnya]

Kabinet Setuju Kad Tambah Nilai Prabayar Telefon Beli RM10 Dapat RM10



PUTRAJAYA, 13 Mei -- Kabinet bersetuju supaya kad tambah nilai prabayar telefon dijual pada harga RM10 akan mendapat nilai yang sama apabila diaktifkan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) untuk tambah nilai kad prabayar akan dikenakan atas penggunaan iaitu apabila pengguna menggunakannya.

"Kerajaan berpandangan cara ini adalah lebih sesuai kerana kerajaan tidak akan mengambil cukai sebelum perkhidmatan digunakan," katanya dalam sidang media di Putrajaya, Rabu.

Ahmad Shabery berkata syarikat-syarikat telekomunikasi dikehendaki melaksanakan kaedah dan pendekatan 'beli RM10 dapat RM10' sepenuhnya dalam tempoh enam bulan.

[Selanjutnya]