Sunday, February 23, 2014

BR1M Diteruskan Selagi Pertumbuhan Ekonomi Kukuh



Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu memberi jaminan bahawa kerajaan akan meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat selagi kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh dapat dikekalkan.


Perdana Menteri berkata pertumbuhan ekonomi negara yang baik menjurus kepada kemampuan kerajaan melaksanakan program pembangunan dan menyalurkan bantuan kepada rakyat.


Beliau berkata adalah menjadi keutamaan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk melakukan yang terbaik dalam menguruskan negara terutama berkaitan pertumbuhan ekonomi.



[Selanjutnya]