Sepanjang 2010 hingga 2011, kerajaan telah menyalurkan
pelbagai bentuk bantuan berjumlah RM36.7 bilion kepada rakyat untuk memastikan
kehidupan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah tidak terbeban dengan pelbagai
kenaikan kos sara hidup.
Menerusi insiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA),
beberapa langkah diperkenalkan oleh kerajaan termasuklah Kos Sara Hidup yang
merupakan salah satu cara atau pendekatan yang diambil oleh Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memastikan isu-isu berkaitan dengan pendapatan
rakyat ditanggani dengan sewajarnya.
[Selanjutnya]